Penerapan Bahasa Arab dalam Kurikulum Kanak-Kanak di Malaysia

Application of Arabic Language in The Curriculum Children in Malaysia

Authors

  • Muhammad Firdaus Abdul Manaf UITM
  • Muhammad Zaid Shamshul Kamar KUIS
  • Mohamad Redha Mohamad Redha Mohamad KUIS
  • Ilman Mursyid Idris KUIS

Keywords:

Arabic, Curriculum, Teaching, Learning, Children

Abstract

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa utama di dunia dan diiktiraf dalam sistem pendidikan di Malaysia. Namun bahasa ini masih kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa kedua yang lain seperti Bahasa Inggeris, Cina, Tamil dan sebagainya. Bahkan, ia seakan-akan dilihat hanya relevan kepada mereka yang beragama Islam semata-mata. Kajian ini memberikan tumpuan kepada penerapan Bahasa Arab dalam kurikulum kanak-kanak di Malaysia dengan dua objektif kajian yang utama. Pertama ialah meneliti faktor-faktor yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak. Kedua ialah cabaran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kualitatif yang berasaskan instrumen pengumpulan data melalui metode kepustakaan yang berdasarkan sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati walau pun terdapat pelbagai masalah dan cabaran untuk menerapkan Bahasa Arab dalam kurikulum kanak-kanak di Malaysia, namun banyak faktor lain yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bahasa ini wujud seperti saranan dan dasar kerajaan terhadap Bahasa Arab, sesi pembelajaran yang berkesan melalui Sistem Pendidikan J-QAF atau Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain dan kemampuan guru itu sendiri.   

Arabic is one of the major languages ??in the world and is recognized in the education system in Malaysia. However, this language still receives less attention when compared to other second languages ??such as English, Chinese, Tamil and others. In fact, it seems to be seen as relevant only to those who are Muslims alone. This study focuses on the application of Arabic in the curriculum of children in Malaysia with two main research objectives. The first is to examine the factors that promote the teaching and learning of Arabic among children. The second is the challenge of teaching and learning Arabic among children. This study is a qualitative study based on data collection instruments through library methods based on primary and secondary sources. The results of the study found that although there are various problems and challenges to implement Arabic in children's curriculum in Malaysia, but many other factors that encourage the teaching and learning of this language exist such as government recommendations and policies on Arabic, effective learning sessions through the J-QAF Education System or ‘Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain’ and the ability of the teacher himself.

References

Abdul Ghani, M. T., Wan Daud, W. A. A. (2018). Bahasa Arab Untuk Pendidikan Awal Kanak Kanak; Satu Kajian Analisis Keperluan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak Kanak, 70-82.
Abdullah, A. H., Sulaiman, A. A., Wan Abdullah, W. I. (2015). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 104-122.
Abdul Manaf, M. F., Shamsul Kamar, M. Z., Mohamad, M. R., Hussin, M. N. (2020). Kesepadanan Fungsi Derivasi Tafa’ala Dalam Surah al-Baqarah. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues (IJICI), 211-212.
Abdul Rahman, A., Md. Isa, S. N., Mohd Hamidin, N., Hamdi, I. (2017). Pendidikan Bahasa Arab di Peringkat Pra Sekolah; Satu tinjauan Awal. Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah, 138-147.
Abu Bakar, K., Sualaiman, N. F., Muhammad Raffai, Z. A. (2010). Self-Determination Theory and Motivational Orientations of Arabic Learners: A Principal Component Analysis. GEMA Online: Journal of Language Studies, 71-86.
Ali, S. A., Ismail, S., Abdullah., N. A., Omar, A. R. (2019). Psikologi Pembangunan Kanak-Kanak : Perkaitan Antara Psikologi Pendidikan Barat dan Psikologi Pendidikan Islam. Journal of Islamic Educational Research, 14-23.
Anida Sarudin, D. J. (2018). Kefahaman Aspek Linguisitik dalam Meneliti Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Kajian Linguistik dan Sastera, 51-68.
Harian, S. (19 Disember, 2018). Rakyat Malaysia Disaran Kuasai Lebih 1 Bahasa.
Ibda, F. (2015). Perkembangan Kognitif; Teori Jean Piaget. Intelektualita.
Jaafar, J. L. (2008). Pengenalan kepada Psikologi Kanak Kanak dan Remaja. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Shamsul Kamar, M. Z., Mohamad, M. R., & Abdul Manaf, M. F. (2020). Sejarah Pembelajaran Ilmu Qiraat di Darul Quran; Satu Pemerhatian. Jurnal Qiraat. 15-16.
Yusri, G., Nik Rahimi, N. M., M. Shah, P. (2010). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Journal of Language Studies, 15-33.
Zaini, A. R., Zakaria, N., Hamdan, H., Ghazali, M. R., Ismail, M. R. (2019). Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia; Permasalahan dan Cabaran. Jurnal Pengajian Islam, 47-57.

Published

2021-05-25

How to Cite

Firdaus Abdul Manaf, M., Zaid Shamshul Kamar, M., Redha Mohamad, M. R. M., & Mursyid Idris, I. (2021). Penerapan Bahasa Arab dalam Kurikulum Kanak-Kanak di Malaysia: Application of Arabic Language in The Curriculum Children in Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 14(1), 13–19. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/94