Penerimaan Belia Non-Muslim Terhadap Aktiviti Dakwah di Lembah Klang

Non-Muslim Youth Acceptance of Preaching Activities in Klang Valley

Authors

  • Mohd Hakim Arshad Pensyarah, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
  • Muhammad Yusuf Marlon Abdullah Pensyarah, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Keywords:

Agama, Non-Muslim, Islam, Belia, Penerimaan

Abstract

Lembah Klang merangkumi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Purata belia yang tinggal di kawasan ini tinggi berbanding kawasan lain berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang mempunyai latar belakang budaya serta agama yang berbeza. Namun begitu, agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kepelbagaian kaum dan agama tidak menghalang masyarakat muslim dan non-Muslim hidup secara harmoni dan bertoleransi. Pola kehidupan majmuk tidak menolak tuntutan amanah agama dalam menyampaikan Islam kepada golongan non-Muslim melalui pelbagai pendekatan. Hal ini menunjukkan, aktiviti dakwah kepada masyarakat telah dilakukan sejak dahulu lagi tanpa mengenepikan hak beragama bagi masyarakat non-Muslim yang lain. Berdasarkan landskap sosiologi agama Malaysia, kelihatan bahawa hubungan interaksi antara agama sering dibayangi dengan kecenderungan terhadap persepsi-persepsi negatif dalam kalangan masyarakat multi-etnik yang berbilang agama, bangsa dan budaya (Muhammad Nazmi Abd halim & Jaffary Awang, 2016) Justeru itu, tulisan ini berobjektifkan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, persepsi, penglibatan, penerimaan belia non-Muslim terhadap aktiviti dakwah di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedar soal selidik terhadap responden. Kepentingan kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penerimaan dakwah dalam kalangan belia non-Muslim di Lembah Klang dari segi aktiviti yang dijalankan dan penglibatan golongan ini terhadap dakwah. Kajian ini juga penting untuk mengetahui tahap pengetahuan belia non-Muslim terhadap kepercayaan dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Hasil kajian, jelas membuktikan bahawa belia non-Muslim mempunyai pengetahuan asas berkenaan Islam, persepsi yang dibina juga dilihat cenderung ke arah yang positif selain boleh menerima dan melibatkan diri dengan aktiviti dakwah yang dilakukan di Lembah Klang.

Abstract

The Klang Valley covers the Federal Territory of Kuala Lumpur and Selangor. The average youth living in this area is high compared to other areas based on the Department of Statistics Malaysia which has different cultural and religious backgrounds. However, Islam is the official religion in this country based on the Federal Constitution. Diversity of races and religions does not prevent the Muslim and non-Muslim communities from living in harmony and tolerance. The pattern of plural life does not reject the demands of religious trust in conveying Islam to non-Muslims through various approaches. This shows that da'wah activities to the community have been done since time immemorial without neglecting the religious rights of other non-Muslim communities. Based on the sociological landscape of Malaysian religion, it seems that the relationship between religions is often overshadowed by the tendency to negative perceptions among multi-ethnic communities of various religions, races and cultures (Muhammad Nazmi Abd halim & Jaffary Awang, 2016) Thus, this article aims to identify the level of knowledge, perception, involvement, acceptance of non-Muslim youth on dakwah activities in the Klang Valley. This study uses quantitative methods by distributing questionnaires to respondents. The importance of this study is to identify the acceptance of da'wah among non-Muslim youths in the Klang Valley in terms of activities carried out and the involvement of this group in da'wah. This study is also important to know the level of knowledge of non-Muslim youth on the beliefs and culture practiced by the Muslim community. The results of the study clearly prove that non-Muslim youths have a basic knowledge of Islam, the perception built is also seen to tend in a positive direction besides being able to accept and engage in dakwah activities carried out in the Klang Valley.

References

Sohirin M. Solihin. (2008). Islamic Da‘wah: Theory and Practical. Kuala Lumpur: IIUM Press International Islamic University Malaysia.
Al-Bah? & Muhammad. (1973). Al-Isl?m fi Hay?h al-Muslim . Mesir: Maktabah Wahbah.
Zulkiple Abd. Ghani & Abdul Ghafar Don. 2009. Dakwah Kepada Non-Muslim di Malaysia: Konsep, Metode & Pengalaman. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Aziz Mohd Zin & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2006. Pendekatan Dakwah Masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 (2006): 163-184.
Ab. Aziz Mohd Zin et al. 2008. Perasaan Orang Bukan Islam Terhadap Laungan Suara, Bacaan dan Aktiviti Masjid Di Negeri Selangor Darul Ehsan. Jurnal Usuluddin, Bil 27 (2008): 109-119.

Ahmad Redzuwan & Badlihisham. 2003. Persepsi Masyarakat India Terhadap Agama dan Komuniti Islam Taman Kajang Utama dan Taman West Country. Jurnal Islamiyyat. 24 (2003): 103-121.
Mohd Azhar Abd Hamid et al. 2013. Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Teknologi (Social Sciences). 60 (2013): 11-19.
Mustafa Kamal & Jaffary Awang. 2012. Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur. Jurnal al-Hikmah 4 (2012): 131-147.
Syahrul Azman Shaharuddin & Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2014. Tahap Kefahaman, Penerimaan dan Integrasi Golongan Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Jurnal Al-Hikmah 6 (2014): 66 – 77.
Syed Abdurahman Syed Hussin. (2005). “Pendekatan Targh?b dan Tarh?b dalam Penyampaian Dakwah”. Jurnal Usuluddin, 118.
Khairul Azhar Meerangani et al. 2013. Dakwah terhadap Bukan Muslim di Malaysia: Realiti dan Cabaran. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan 2013.
Abd Hadi Bin Borham. 2016. Pendekatan Dakwah Mohd Fadli Yusof Dalam
Pengislaman Masyarakat Non-Muslim di Pedalaman Pensiangan, Sabah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam.

Ibn Kathir, Abu Fida’ ?Imaduddin Ismail bin ?Umar, Shahih Tafsir Ibnu Katsir, jil.3, terj.
Al-Mubarakfuri,Shaikh Shafiyyurahman (Jakarta: Pustaka Ibnu Katsir, 2013),
190.
Al-Qurtubi, Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari, Al-J?mi‘ li al-Ahk?m al-Qur’?n,
Jil. 10 (Kaherah: D?r al-K?tib al-‘Arabiyy li Tib?‘ah wa al-Na?r, 1967), 103-104.

Sayyid Qu?b, Tafsir Fi Zilal Qur’?n, Jil. 2, terj. Yusoff Zaky Haji Yacob, (Kota Bahru
Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd., 2000), 72.

Al-Sha?rawiy, Muhammad Mutawalli, Mukhtasar Tafsir al-Sha?rawiy, jil. 3, (Kaherah:
D?r al-Tawfiqiyyah litTur?th, 2011), 288.

Abd Aziz Mohd Zin, Psikologi Dakwah (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, 1999), 29.

Haron Din, Manusia dan Islam, Jil. 1, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2002), xix.

Published

2021-01-05

How to Cite

Arshad, M. H., & Abdullah, M. Y. M. (2021). Penerimaan Belia Non-Muslim Terhadap Aktiviti Dakwah di Lembah Klang: Non-Muslim Youth Acceptance of Preaching Activities in Klang Valley. Jurnal Pengajian Islam, 90–105. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/78