Kajian Keperluan Pembangunan Prototaip Courseware Subjek Perbandingan Agama

Needs Assessment on Developing A Courseware Prototype in Comparative Religion

Authors

  • Muhamad Hilmee Izanee Jabatan Pengajian Islam, Pusat Matrikulasi, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor
  • Kamal Azmi Abd Rahman Jabatan Dakwah dan Usluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor

Keywords:

Kajian Keperluan, Courseware, Pembangunan Prototaip, Pendidikan Islam, Perbandingan Agama

Abstract

Penggunaan Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu norma baharu dalam dunia pendidikan hari ini. Kemajuan teknologi peranti dan perisian moden seharusnya dimanfaatkan sebagai satu metode untuk memperkasakan kefahaman para pelajar terhadap mata suatu pelajaran khususnya bagi subjek Pengajian Islam. Kajian ini akan mengenal pasti potensi penggunaan courseware dalam pengajaran bagi subjek Perbandingan Agama. Objektif yang ingin dicapai ialah kajian ini ingin mengenal pasti kaedah sedia ada yang telah digunakan oleh pendidik dalam sesi pengajaran subjek Perbandingan Agama. Seterusnya mengenal pasti kefahaman para pelajar terhadap konsep ketuhanan dalam agama Islam dan Kristian. Seterusnya mengenal pasti penerimaan para pelajar terhadap penggunaan courseware sebagai alat bantuan pembelajaran bagi subjek Perbandingan Agama. Metode yang digunakan untuk memperoleh data ialah kaedah soal selidik yang menggunakan skali likert lima kemudian diinterpretasi skor dapatan untuk mendapatakan bacaan skor tersebut. Soal selidik ini dijalankan terhadap mahasiswa di beberapa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di Malaysia yang mengambil kursus Perbandingan Agama. Hasil kajian mendapati kesemua konstruk yang diuji memperolehi kadar bacaan skor yang tinggi. Ini menunjukkan kadar persetujuan yang tinggi daripada kalangan responden terhadap penggunaan courseware bagi subjek Perbandingan Agama dan perlu untuk membangunkan prototaip courseware bagi mata pelajaran ini.

The usage of Technology in education is the new norm in the academic landscape these days. The existence of modern software and technological advancements should be embraced as a mean to improve and enhance the comprehension of students in their studies especially regarding Islamic education. This research should explore the potential of using a courseware in teaching the subject of Comparative Religion. The objectives that this research aims to achieve are; to identify the existing methods that are used by educators to teach Comparative Religion; to examine the students’ understanding of the subject of Comparative Religion; to identify the acceptance of students of using courseware as a teaching aid in learning Comparative Religion. The data is collected using the five scale likert questionnaire then the scores are analysed to obtain a reading. The questionnaires are distributed among Malaysian university students that enrol in the subject of Comparative Religion. The result shows a high level of agreement among the respondents that using Comparative Religion courseware is useful to aid in learning the subject thus supports the idea of developing a prototype of the subject.

References

Aemy Elyani binti Mat Zain, Nazneen Ismail, Norsaadah Din@ Mohamad Nasirudin, & Maryam Habibah Kamis. (2019). Tahap Pengetahuan Mahasiswa Universiti Awam (UA) Negeri Selangor Terhadap Ilmu Perbandingan Agama. Al-Banjari, 18(2), 296–312.
Ahmad Munawwar Ismail. (2009). Pengaruh Akidah Terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Azhar Bin Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kamal Azmi Abd Rahman, Norsaleha Mohd Salleh, Ahmad Nazeer Zainal Ariffin, Hailrudin Jaafar, Hilmee Izanee, & Muhamad Najib Fidauddin. (2018). Kajian Awal Pembangunan Prototaip Courseware Subjek Tauhid Darjah Satu di Sekolah Agama Rendah JAIS. Malaysian Journal of Information and Communication Technology, 3(1), 13–31.
Mahizer bin Hamzah, Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Noraini binti Mohamed Noh, & Norazilawati binti Abdullah. (n.d.). KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah (UPSI).
Melvina Chung Hui Ching, Norazah Mohd Nordin, Jamaludin Badusah, & Nawal Mustafa. (2017). Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan M-Edutainment dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa M.pdf. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Paris Saleh & Saedah Siraj. (2016). JuKu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 4(4), 12–24.
Rosseni Din. (2010). Analisis Data Kuantitatif dalam Kajian Pembinaan. In Manuskrip Analisis Data Kuantitatif dalam Kajian Pembinaan. (Vol. 22, Issue 10). https://doi.org/10.1021/jo01361a011

Published

2020-11-30

How to Cite

Kajian Keperluan Pembangunan Prototaip Courseware Subjek Perbandingan Agama: Needs Assessment on Developing A Courseware Prototype in Comparative Religion. (2020). Jurnal Pengajian Islam, 13(2), 85-96. https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/46