Trend Penggunaan Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan Hadis dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia
Trends in The Use of Artificial Intelligence in Hadith Education Among Undergraduate Students at Universiti Kebangsaan Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.53840/kprtnv41Keywords:
Kecerdasan Buatan (AI), Pendidikan Hadis, Pembelajaran hadis di Institusi Pengajian TinggiAbstract
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) telah membawa transformasi signifikan dalam pengajian Islam, termasuk dalam kursus-kursus Hadis, khususnya dalam memudahkan capaian maklumat. Peningkatan penggunaan aplikasi AI menunjukkan peralihan kaedah pembelajaran daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan digital berasaskan teknologi. Timbul persoalan kekerapan penggunaan AI dan kebergantungan pelajar menggunakan AI bakal menggantikan pembelajaran hadis secara tradisi sedangkan pengajian hadis menuntut proses yang kompleks, rujukan daripada sumber yang sahih dan berautoriti. Kajian ini bertujuan meneliti kekerapan dan faktor yang mempengaruhi penggunaan AI dalam kalangan pelajar kursus Hadis, di samping mengenal pasti sumber dan aplikasi AI yang digunakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 30 responden, disokong oleh pendekatan kualitatif melalui pemerhatian lapangan. Dapatan kajian menunjukkan trend kecenderungan pelajar menggunakan AI terutamanya bagi tujuan pencarian maklumat (40.5%) dan membantu penulisan tugasan (33.8%). Faktor utama yang mendorong penggunaan AI ialah capaian maklumat yang pantas dan mudah (51.9%), maklumat yang ringkas dan padat (27.8%), serta kemampuan AI mengatasi kekurangan sumber ilmiah (18.5%). Selain itu, pendedahan pelajar terhadap AI lebih banyak diperoleh melalui rakan sebaya (46.7%) dan media sosial (36.7%), manakala bimbingan pensyarah masih rendah. Kajian ini memberikan sumbangan penting dalam memahami trend semasa khususnya kekerapan, faktor penggunaan AI dalam kalangan pelajar Hadis, serta menilai potensinya sebagai alat sokongan dalam pembelajaran ilmu-ilmu Islam. Walau bagaimanapun, hasil kajian turut menegaskan bahawa penggunaan AI tidak seharusnya menggantikan keperluan merujuk kepada sumber hadis yang muktabar dan yang lebih autoritatif.
References
Abdulrahman, M. A. (2024). The future of Hadis studies in the digital age: Opportunities and challenges. Journal of Ecohumanism, 3(8), 2792–2800. https://doi.org/10.62754/joe.v3i8.4927
Ahmad, N. (2024). Analisis faktor penerimaan kecerdasan buatan (AI) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) kalangan pelajar Politeknik Melaka (PMK). In Proceedings of Kuala Lumpur International Communication, Education, Language and Social Sciences (pp. 16–28).
BERNAMA. (2025). AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media. Kementerian Komunikasi. https://www.komunikasi.gov.my/awam/berita/27018-ai-adalah-alat-bukan-ancaman-terhadap-peranan-media-teo (25 July 2025)
Chen, L., Chen, P., & Lin, Z. (2020). Artificial intelligence in education: A review. IEEE Access, 8, 75264–75278. https://doi.org/10.1109/ACCESS.2020.2988510
Divya, D., Anitha, M. B., Amsaveni, N., Karthbick, K., Raajarajeswari, M. A., & Ponni, C. K. (2024). Impact of ChatGPT on college professors: A comprehensive study. Naturalista Campano, 28(1), 1–7.
Febryan, P. H., Negara, A. K., & Ramadhan, M. F. A. (2025). Analisis penggunaan AI dalam algoritma sosial media: Systematic literature review. JATI: Jurnal Mahasiswa Teknik Informatika, 9(1), 1095–1102.
Hosni, A., Ariffin, M. F. M., & Ishak, H. (2023). Isu dan cabaran ChatGPT terhadap pengajian Islam. Al-Turath Journal of al-Quran and al-Sunnah, 8(1), 1–19.
Jasferi, M. K., Arifen, M. N. A. K., Zin, M. A. M., & Rahman, M. Z. A. (2024). Penggunaan artificial intelligence (AI) secara engine dalam pencarian maklumat al-Quran dan hadis dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). In E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-9 (PASAK) (pp. 388–399).
Muhammad, M., Sapuan, M. Z., & Jani, M. H. (2025). Etika penggunaan prompt kecerdasan buatan (AI) dalam memelihara kesahihan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam akidah, fikah dan tasawuf. Jurnal Usuluddin, 53(1), 75–98.
Mustaffa, N. A., Aquil, N. A. P. M., Abdul Ghaffar, A. A., & Najid, M. H. M. (2024). Peranan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu pencarian maklumat al-Quran dan hadis dalam pengajaran dan pembelajaran. In E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-9 (PASAK) (pp. 795–806).
Nainggolan, A. Y. G. M. (2024). AI dan keakuratan hadis: Menelusuri hadis secara online. Al-Mausu’ah: Jurnal Studi Islam, 5(10), 1–8.
Nasir, K., Zaman, R. K., Hilmi, A. B. A., Mahadzir, A. H., & Mustaffa, A. M. (2025). Artificial intelligence integration in mobile applications: Innovation and challenges in supporting Quran memorization and review. QURANICA: International Journal of Quranic Research, 17(2), 612–645.
Nirwana, A. N. A., Rifai, A., Ali, M., Mustofa, T. A., Vambudi, N., Maksum, M. N. R., & Budihargo, M. U. (2025). SWOT analysis of AI integration in Islamic education: Cognitive, affective, and psychomotor impacts. Qubahan Academic Journal, 5(1), 476–503. https://doi.org/10.48161/qaj.v5n1a1498
Othman, F. M., Nazri, M. A., Majid, L. A., Ariffin, M. F. M., & Yabi, S. (2024). Sumbangan kerajaan dan institusi pengajian tinggi dalam memartabatkan pemikiran hadis di Malaysia. In M. F. M. Ariffin, F. M. Othman, & L. A. Majid (Eds.), Wacana Hadis Semasa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pitts, G., Marcus, V., & Motamedi, S. (2025). Student Perspectives on the Benefits and Risks of AI inEeducation. University of Florida & Pennsylvania State University.
Prayogi, A. (2023). Trend of Hadis studies in artificial intelligence research works on Google Scholar: A literature review. In Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Humanities (pp. 609–622).
Ramlan N., Md Rajab N.F. (2025). The Effectiveness of Using Technology for E-Learning among Islamic Students on Their Motivation during Pandemic: Keberkesanan Penggunaan Teknologi dalam E-Pembelajaran Terhadap Motivasi Pelajar Islam Semasa Pandemik. Jurnal Pengajian Islam, 18(2), 131-144. https://doi.org/10.53840/jpi.v18i2.359
Resky, M., & Suharyat, Y. (2024). Analisis pemanfaatan teknologi AI dalam pendidikan Islam. In Social Sciences and Humanities: International Symposium on the Interplay of Science, Technology and Socio-Economic Development (pp. 132–140).
Salleh, F. N. M., Azman, N. A. A., Abdullah, N. I., Rani, N. H. A., Asyikin, N. A., & Lee, A. I. (2025). Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar universiti: Kesan terhadap pembelajaran dan kebergantungan akademik. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 8(1), 82–100.
Shaharuddin, S. A, Ismail, S., Mustafa, N.M., Yahaya, M., Razali, K.S. (2024). Kemajuan Inovasi Aplikasi Tahfiz Digital: Satu Kemudahan bagi Pengajian Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Innovative Progress of Digital Tahfiz Application: A Facility of Tahfiz Al-Qur’an Study In Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 17(1), 133-146. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.277
Sulistio, B., Suhartono, D., Soeparno, H., & Budiharto, W. (2024). Model of text-to-text transfer transformer for Hadis question answering system. In 2024 11th International Conference on Information Technology, Computer, and Electrical Engineering (ICITACEE) (pp. 277–284). IEEE. https://doi.org/10.1109/ICITACEE62763.2024.10762762
Ubaid, U., Ruslan, A.-F., Tahir, M. S. M., & Ramlan, N. (2024). Cabaran dan peluang penggunaan teknologi kecerdasan buatan (ChatGPT) dalam pembelajaran subjek hadis di kalangan pelajar universiti. In E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-9 (PASAK) (pp. 883–891).
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Pengajian Islam

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






