Cabaran dan Isu dalam Perkembangan Dakwah Gerakan Islam di Malaysia Tahun, 1957-2000

Challenges and Issue in the Development Da'wah of Islamic Movement in Malaysia Year, 1957-200

Authors

  • Siti Ruzana Ab Ghani Pelajar PhD, UKM
  • Rahilah Omar Pensyarah Kanan, UKM
  • Azlizan Mat Enh Prof. Madya Dr, UKM
  • Russli Kamaruddin Pensyarah Kanan, UKM

Keywords:

Sejarah, Gerakan Dakwah, Pendekatan, Perjuangan, Masyarakat Melayu

Abstract

The wave of Islamic revival in the Islamic world has given way to the development of the Islamic movement in Malaysia. The Muslim community in Malaysia, especially the Malays realize the importance of embracing Islam as a religion of complete and comprehensive aspects of life. Efforts propaganda and the spread of Islam done to the people, especially the Malays. Accordingly, this article discusses the challenges and issues in the development of the Islamic movement in Malaysia, 1957-2000. The objective of this study was to identify the challenges and issues faced by the Islamic movement in preaching between 1957-2000. The focus of the study is the establishment of Islamic movements PAS, ABIM and JIM are preaching to the Malay community in Malaysia. This study uses a historical discipline approach that focuses on primary sources from archives of Islamic movements and secondary sources. The results of the study revealed various challenges faced by the development of Islamic movements in support of Islamic law. The difference flows in the movement do not become obstacles to the common struggle to preach to Muslims in Malaysia, especially the Malays. Islamic movements make the various challenges and issues faced as a process of strengthening and bringing about the struggle as a missionary movement.

 Abstrak

Gelombang kebangkitan Islam di dunia Islam telah memberi ruang kepada perkembangan dakwah gerakan Islam di Malaysia. Masyarakat Islam di Malaysia khususnya masyarakat Melayu menyedari akan kepentingan menghayati Islam sebagai agama yang lengkap dan menyeluruh dalam aspek kehidupan. Pelbagai usaha dakwah dan penyebaran kefahaman Islam dilakukan kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Sehubungan dengan itu, artikel ini membincangkan cabaran dan isu dalam perkembangan dakwah gerakan Islam di Malaysia, 1957-2000. Objektif kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti cabaran dan isu yang dihadapi oleh gerakan Islam dalam berdakwah antara tahun 1957-2000. Fokus kajian adalah terhadap pertubuhan gerakan-gerakan Islam PAS, ABIM dan JIM yang berdakwah kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan disiplin sejarah yang memberikan tumpuan terhadap sumber-sumber primer dari arkib gerakan-gerakan Islam dan sumber-sumber sekunder. Hasil kajian mendapati pelbagai cabaran dakwah yang ditempuhi dalam perkembangan dakwah gerakan-gerakan Islam bagi menegakkan syiar Islam. Perbezaan aliran-aliran dalam setiap gerakan tidak menjadi halangan kepada matlamat perjuangan yang sama untuk berdakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya masyarakat Melayu. Gerakan-gerakan Islam menjadikan pelbagai cabaran dan isu yang dihadapi sebagai proses memantapkan dan mematangkan perjuangan sebagai gerakan dakwah.

 

Published

2020-08-11

How to Cite

Cabaran dan Isu dalam Perkembangan Dakwah Gerakan Islam di Malaysia Tahun, 1957-2000: Challenges and Issue in the Development Da’wah of Islamic Movement in Malaysia Year, 1957-200. (2020). Jurnal Pengajian Islam, 13(1), 98-115. https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/37