Analisis Hukum Ihdād Menurut Empat Mazhab dan Fatwa Kontemporari: Implikasi Terhadap Wanita Bekerjaya di Era Moden
A Legal Analysis of Ihdad According to the Four Sunni Schools of Law and Contemporary Fatwas: Implications for Working Muslim Women in the Modern Era
Keywords:
Ihdād, fiqh wanita, empat mazhab, fatwa kontemporari, wanita bekerjaya, maqasid syariah, fiqh al-waqi‘Abstract
Ihdad merupakan suatu kewajipan syarak ke atas wanita Islam yang kematian suami, sebagaimana dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 234. Hukum ini mencakupi larangan berhias, memakai wangi-wangian, keluar dari rumah tanpa keperluan syarie serta menyertai aktiviti sosial yang tidak sesuai dengan suasana berkabung. Walaupun pelaksanaan ihdad telah diperincikan dalam kitab-kitab fiqh klasik, timbul persoalan baharu dalam realiti semasa, khususnya melibatkan wanita bekerjaya yang terikat dengan komitmen profesional dan keperluan ekonomi. Hal ini menimbulkan konflik antara tuntutan hukum dan keperluan hidup moden, sekaligus menuntut penilaian semula terhadap kefahaman dan pelaksanaannya secara kontekstual. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kedudukan hukum ihdad menurut empat mazhab utama Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali, dari aspek prinsip umum, perincian hukum dan ruang pengecualian. Kajian ini juga meneliti pandangan fatwa semasa daripada institusi utama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah dan Lajnah Da’imah Arab Saudi berhubung keharusan wanita bekerja dalam tempoh ihdad. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap kitab fiqh muktabar serta dokumen rasmi fatwa kontemporari.Hasil kajian mendapati terdapat persamaan dalam prinsip asas ihdad antara keempat-empat mazhab, namun perbezaan wujud dalam perincian pelaksanaan dan pengecualian hukum. Fatwa semasa menunjukkan kecenderungan ijtihad yang lebih fleksibel dengan mengambil kira maqasid syariah dan uruf moden. Kajian ini menyarankan agar garis panduan pelaksanaan ihdad bagi wanita bekerjaya dirangka secara holistik dan kontekstual, agar dapat memelihara maqasid hukum di samping meraikan realiti semasa. Penemuan ini diharap dapat memperkukuh fiqh wanita dalam menghadapi cabaran era kontemporari.
References
al-Buhūtī, M. ibn Y. (1901). Kashshāf al-Qinā‘ ‘an Matn al-Iqnā‘. Cairo: Maṭba‘ah al-Sa‘ādah.
al-Kāsānī, ʿAlāʾ al-Dīn. (1986). Badāʾiʿ al-Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al-Sharāʾiʿ (Vol. 3). Beirut: Dār al- Kutub al-ʿIlmiyyah.
al-Mālikī, M. ibn A. (1905). al-Mudawwanah al-Kubrā. Cairo: Maṭba‘ah al-Maḥmūdiyyah.
al-Marghīnānī, B. b. A. (2005). al-Hidāyah Sharḥ Bidāyat al-Mubtadiʾ (Vol. 1). Beirut: Dār Ihyāʾ al-Turāth al-ʿArabī.
al-Mudawwanah al-Kubrā. (1994). Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
al-Nawawi, Y. (1995). Raudhah al-Talibin (Vol. 2). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Nawawī, Y. b. Sharaf. (1995). al-Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab (Vol. 5). Beirut: Dār al-Fikr.
al-Qarāfī, A. b. I. (1994). al-Dhakhīrah (Vol. 3). Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmī.
al-Qur’an al-Karim, Surah al-Baqarah, 2:234.
al-Shāfiʿī, M. b. Idrīs. (n.d.). al-Umm (Vol. 5). Beirut: Dār al-Maʿrifah.
al‑Shawkānī, M. A. (1994). Nāʾil al‑Awṭār: Sharḥ Muntaqā al‑Akhbār. Beirut: Dār al‑Fikr.
Dar al-Ifta’ al-Misriyyah. (2019). Fatwa no. 3890: Al-khuruj li al-‘amal fi muddat al-‘iddah.
Ibn Qudāmah, A. al-D. (1968). al-Mughnī. Cairo: Maṭba‘ah al-Manār.
Ibn Qudamah. (2004). Al-Mughni (Vol. 8). Riyadh: Maktabah al-Riyadh al-Hadithah
Jabatan Mufti Negeri Kedah. (2018). Himpunan Fatwa Negeri Kedah 2010–2018. Alor Setar: Jabatan Mufti Kedah.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. (2016). Irsyad al-Fatwa: Keharusan Keluar Rumah Semasa Ihdād Bagi Wanita Bekerja.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2023). Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Suku Kedua 2023.
Jafar, W. A., Alamsyah, A., Maimun, M., & Zaki, M. (2025). Gender justice in the concept of iddah: A contextual reading of al-Kasani’s thought for working women in Indonesia. Jurnal Ilmiah Mizani: Wacana Hukum, Ekonomi dan Keagamaan, 12(2), 15–35.
Kamali, M. H. (2008). Maqasid al-Shariah Made Simple. London: The International Institute of Islamic Thought.
Kamali, M. H. (2008). Shari’ah law: An introduction. Oxford: Oneworld Publications.
Normadiah Daud etl. (2023). The implementation and challenges of iddah and ihdād due to husband’s death among working women according to the Islamic perspective. HRMARS Journal.
Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Urduni. (2017). Fatawa Majlis al-Ifta’ al-Urduni. Amman: Dar al-Ifta’ al-Urduniyyah.
Muhamad Zuhaili bin Saiman (2024). Keseimbangan Antara Kelestarian Alam Sekitar Dengan Pembangunan Negara Moden Menurut Perspektif Maqasid Al-Shariah. Jurnal Pengajian Islam. 17(1). 69-87.
Nur Aziz Muslim, A., Taeali, A., & Renaldi, F. S. (2024). Reinterpreting Iddah for Career Women: Najmuddin Tufi’s Maqāṣid Shariah Approach. Retrieved from
Salleh, F., Sahari, N. H., Ab Manan, S. K., Abdullah, C. Z., & Yahya, Z. (2020). Maqasid Shariah in the guidelines for iddah of women upon husband’s death. Journal of Contemporary Islamic Studies, 6(1), 77–94.
Suparyanto, Y., & Rosad, R. (2020). Discussing the problems of implementing iddah for career women. Proceedia of International Conference on Education, Society and Humanity, 1(1), 137–141.
UAE Fatwa Council. (2020). Fatwa on Women Working During Mourning Period. Abu Dhabi: UAE General Authority of Islamic Affairs and Endowments.
Wanto, D., Hidayat, R., & Others. (2021). Maqāṣid al‑sharīʿah’s Change as Theory: From Classical to Contemporary Maqāṣid al‑Sharīʿah. Al‑Istinbāṭ: Jurnal Hukum Islam, 6(2), 427–454. http://dx.doi.org/10.29240/jhi.v6i2.3122
Yusuf al-Qaradawi. (2009). Fiqh al-Mu‘asirah. Cairo: Dar al-Shuruq.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Islam

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






