Manhaj Kritik Matan Hadis Ibn Al-Qayyim: Kajian Terhadap Kitab Al-Manār Al-Munīf

The Methods of Matan Hadith Criticism Ibn Al-Qayyim: A Study of Al-Manār Al-Munīf

Authors

  • Nur Muhammad Anas Mohd Razak Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Arif Nazri Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.362

Keywords:

Manhaj, Kritik, Matan, Ibn al-Qayyim, Hadis

Abstract

Ibn al-Qayyim merupakan salah seorang tokoh hadis yang menonjol pada abad ke 8 Hijrah. Kesarjanaan Ibn al-Qayyim dalam mengutarakan kritikan terhadap hadis terutamanya pada sudut matan telah menjadi topik perbahasan yang rancak dalam kalangan ilmuwan hadis sejak abad ke 10 Hijrah sehingga zaman moden kini. Justeru, kajian ini meneliti tentang manhaj kritik matan hadis Ibn al-Qayyim menerusi kitab beliau yang berjudul al-Manār al-Munīf. Biografi ringkas Ibn al-Qayyim turut dinyatakan. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Setiap data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan analisis kandungan. Kajian mendapati empat kriteria utama yang penting di sisi Ibn al-Qayyim dalam aplikasi kritik matan hadis. Dapatan kajian ini diperolehi daripada analisis jawapan Ibn al-Qayyim terhadap soalan yang ditujukan kepada beliau mengenai kemungkinan mengenal hadis palsu secara pasti tanpa dimulai kajian menerusi sanad. Hasil penelitian daripada kajian menunjukkan kriteria penting di sisi Ibn al-Qayyim dalam manhaj kritik matannya adalah matan hadis mengandungi perumpamaan melampau, matan hadis bercanggah secara jelas dengan akal, matan hadis mengandungi ketetapan tarikh-tarikh tertentu dan matan hadis berunsur petua-petua ganjil dalam perubatan. Kajian ini membawa implikasi positif dalam mendepani penyebaran hadis palsu dalam kalangan masyarakat yang semakin menular mutakhir ini. Harapan kajian adalah dapat menambah sumbangan kepada perbendaharaan ilmu tentang kajian kritik hadis secara khusus di samping membantu umat Islam bersikap lebih berhati-hati menerima hadis Nabi SAW lalu menyebarkannya tanpa semakan bagi memelihara kemuliaan dan kedudukannya yang tinggi dalam agama Islam.

References

Aan Rukmana. (2017). Kedudukan Akal dalam al-Qur’an dan al-Hadis. Mumtaz: Jurnal Studi Al-Quran dan Keislaman, 1(1), 23-34. doi:https://doi.org/10.36671/mumtaz.v1i1.2

Abū Zayd, B. (2002). Ibn Qayyim al-Jawziyyah hayātuhu āthāruhu mawāriduhu. Riyadh: Dār al-ᶜĀṣimah.

al-ᶜAsqalānī, I. Ḥ. (1972). al-Darar al-Kāminah. Majlis Dāirah al-Maᶜārif al-Uthmāniyyah.

al-ᶜUqaylī, M. b. (1984). al-Dhuᶜafā’ al-Kabīr. Beirut: Dār al-Maktabah al-ᶜIlmiyah.

al-Dhahabī. (2003). Tārīkh al-Islām. Beirut: Dār al-Gurb al-Islāmī.

al-Dumaynī, M. G. (1984). Maqāyīs Naqd Mutūn al-Sunnah. Riyadh.

al-Jawzī, I. (1966). al-Mawḍūᶜāt. Madinah al-Munawwarah: al-Maktabah al-Salafiyah.

al-Jawziyyah, I. (1988). al-Ṣawāiq al-Mursalah ᶜalā rad al-Jahmiyyah wa al-Muᶜaṭṭilah. Riyadh: Dār al-ᶜĀṣimah.

al-Munawar, S. A. (2020). Metode Kritik Matan Hadis Menurut Pandangan Muhadditsin Mutaqaddimin. Ushuluna: Jurnal Ilmu Ushuluddin, 2(1), 148-165.

al-Shawkānī. (2010). al-Badr al-Ṭāliᶜ. Beirut: Dār al-Maᶜrifah.

al-Sibāᶜī, M. (2000). al-Sunnah wa makānatuhā fī al-Tashrīᶜ. Beirut: al-Maktab al-Islamī.

Aziz, A. (2015). Periodisasi Kritik Matan Hadis (Analisis Perkembangan Metodologi Kritik Matan Hadis sejak Periode Permulaan sampai Periode Pasca Atba al-Tabi’in). Yogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.

ᶜAdī, I. (1984). al-Kāmil fī al-Ḍuᶜafā’ al-Rijāl. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn al-Qayyim. (1996). Hidāyah al-Hiyārī fī ajwibah al-Yahūd wa al-Naṣārā. Jeddah: Dār al-Qalam.

Ibn Qayyim, a.-J. (1983). al-Manār al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍaᶜīf. Halab: Jamᶜiyah al-Taᶜlīm al-Sharᶜī.

Jād Hijāzī, ꟲ. A. (1972). Ibn al-Qayyim wa Mawqifuhu min al-Takfīr al-Islāmī. al-Majmaꟲ al-Buḥūth al-Islāmiyyah.

Kathīr, I. (2003). al-Bidāyah wa al-Nihāyah. Kaherah: Dār Hajar.

Maswara, H. (2013). Kritik Matan Hadis Di Kalangan Sahabat. TAHKIM: JURNAL HUKUM DAN SYARIAH, 9(2), 147-172.

Muṣṭafā, I., al-Ziyāt, A., Abd al-Qādir, Ḥ., & al-Najār, M. (1972). al-Muᶜjam al-Wasīṭ. Kaherah: Mujammaᶜ al-Lughah al-ᶜArabiyyah.

Rijal, M. B. (2019). Analisis hadith-hadith yang matannya bercanggah dengan fakta sejarah. Retrieved from https://www.academia.edu/:

https://www.academia.edu/42859767/Analisis_hadith_hadith_yang_matannya_bercanggah_dengan_fakta_sejarah

Saputra, T. (2008). Kritik Matan Hadis: Studi Komparatif Pemikiran Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan Muhammad al-Ghazali. Yogyakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.

Sati, A. (2018). Hadis Palsu dan Hukum Meriwayatkannya. Jurnal El-Qanuny, 4(1), 1-15.

Suryadinata, M. (2020). Kritik Matan Hadis: Klasik hingga Kontemporer. Ushuluna: Jurnal Ilmu Ushuluddin, 2(2), 111-129.

Syimir, M. A., Asri, M., Ramizah, W., & Fadhli, M. (2021). Penggunaan Kaedah Riwayah bi al-Ma'na Dalam Pengriwayatan Hadis-Hadis Motivasi Di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 14, 121-135. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/79/73

Published

2024-12-09

How to Cite

Mohd Razak, N. M. A., & Nazri, M. A. . (2024). Manhaj Kritik Matan Hadis Ibn Al-Qayyim: Kajian Terhadap Kitab Al-Manār Al-Munīf: The Methods of Matan Hadith Criticism Ibn Al-Qayyim: A Study of Al-Manār Al-Munīf. Jurnal Pengajian Islam, 17(2), 140–152. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.362