Memperkasa Nilai Keharmonian Masyarakat Majmuk Madani Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah

Empowering The Value of Harmony in a Civil Pluralistic Society Based on the Quran and Sunnah

Authors

  • Yasir Ramlee Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Keharmonian, Madani, Masyarakat majmuk, Al-Quran, Al-Sunnah

Abstract

Keharmonian merupakan tunjang kepada kesatuan dan tanpa adanya perpaduan, adalah mustahil sesebuah masyarakat berdaya untuk menapak maju ke hadapan. Kemajmukan masyarakat pula merupakan salah satu cabaran dalam menerapkan nilai keharmonian kerana kepelbagaian identiti dan latar mewujudkan perbezaan yang boleh membawa kepada konflik serta ketegangan. Nilai keharmonian ini sememangnya bergerak seiring dengan pembentukan masyarakat madani. Ketika Rasulullah SAW mula-mula dilantik menjadi utusan Allah, mesej kesejahteraan dan kerharmonian merupakan di antara perkara yang baginda tekankan kerana masyarakat tanah Arab pada zaman tersebut terkenal dengan sikap asabiyah. Usaha baginda SAW ini berjaya membuahkan hasil dengan pembentukan negara Islam Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar masyarakat. Ini membuktikan bahawa keharmonian boleh diterapkan walaupun adanya perbezaan dan prinsip pembangunan negara Islam Madinah boleh kita jadikan contoh. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji kaedah dan formula bagi memperkasa nilai keharmonian dalam masyarakat majmuk melalui analisis ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Berdasarkan kajian, terdapat tiga konsep yang boleh dipraktikkan iaitu al-ta‘āruf, al-ta‘āwun, dan al-tanāsuh. Ketiga-tiga konsep ini boleh dijadikan kerangka dalam membangunkan program serta aktiviti model insan untuk memperkasa keharmonian dalam pelbagai peringkat institusi dan lapisan masyarakat.

References

Abu Daud, S. A. (1999). Sunan Abī Daūd. Riyad: Dār al-Salām li al-Nashr wa al-Tauzī‘.

Al-Bukhari, M.I. (2002). Ṣaḥīḥ. al-Bukharī. Beirut: Dār Ibn Kathīr.

Al-Ghannoushi, R. (1999). Muqorabāt fi al-‘Ilmāniyyah wa al-Mujtama‘ al-Madaniy. Maghribi: Maghrib Center for Research and Translation.

Al-Jurjani, A.M. (1983). Al-Ta’rifat. Lubnan: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Qazwini, Ibn Faris, M. (1979). Maqayīs al-Lughah. Mesir: Dar al-Fikr.

Al-Sa‘di, A.N. (2001). Taisīr Al-Karīm Al-Raḥmān fi Tafsīr Al-Kalām Al-Mannān. Riyadh: Maktabah Al-‘Ubīkān.

Al-Tantawi, M.S. (1998). Al-Wasit. Kaherah: Dar Naḥḍah Misr li Taba’ah wa al-Nashr wa al-Tauzi’.

Beshara, A. (2012). Al-Mujtama‘ al-Madaniy Dirāsah Naqdiyyah. Beirut: Arab Center for Research & Policy Studies.

Furnivall, J .S. (1967). Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.

Ibn Majah, M. Y. (2009). Sunan Ibn Mājah. Dimascus: Mu’assasah al-Risalah Nāshirūn.

Ibn Manzur, M. M. (1994). Lisan al-‘Arab. Beirut: Dār Ṣādir.

Muslim, H. (1991). Ṣaḥīḥ. Muslim. Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Shuhairimi, A., Noor, S., Tungku Salha, T. A., Nurul, N. R., Siti, N. A. B., Adi, A. A., Abdul, J. R., (2023). Masyarakat Madani di Malaysia: Satu Penelitian, Prosiding Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa, Budaya Dan Nusantara (pp. 239-249). Thailand: Thaksin University, Songkhla.

Syaltut, M. (2004). Tafsīr al-Quran al-Karīm. Kaherah: Dār al-Syurūq.

Usman, A. H., Abdullah, M. F. R., & Azwar, A. (2023). Does Islam tolerate other religions? A Quranic Perspective. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 8(1), 1003-1013.

Published

2024-12-09

How to Cite

Ramlee, Y. (2024). Memperkasa Nilai Keharmonian Masyarakat Majmuk Madani Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah: Empowering The Value of Harmony in a Civil Pluralistic Society Based on the Quran and Sunnah. Jurnal Pengajian Islam, 17(2), 21–35. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/353