Dato' Dr. Haron Din (1940-2016) Tokoh Pengamal Perubatan Islam di Malaysia

Dato' Dr. Haron Din (1940-2016) The Pioneer of Islamic Medical Practitioner in Malaysia

Authors

  • Farhah Zaidar Mohamed Ramli Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Phayilah Yama Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Ikmal Zaidi Hashim Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Keywords:

Ketokohan, Sumbangan, Dato' Dr. Haron Din, Perubatan Islam, Malaysia

Abstract

Islamic medicine in the Malaysian context is undergoing a more positive and encouraging transition in line with the passage of the Traditional and Complementary Medicine Act 2016 (Act 775). The inclusion of the Islamic medical category in this Act is regarded as the benchmark for the recognition and acceptance by the Malaysian government of the important role that Islamic medicine plays in enhancing the quality of health of Malaysian mainstream society in line with modern medicine. The booming of community response to Islamic medicine today can also be identified through the establishment of an increasing number of Islamic medical organizations and associations that have led to the merging that brings together thousands of Islamic medical practitioners in Malaysia under single main organization known as the Malaysian Association of Islamic Therapists (GAPPIMA). This article aims to identify the proficiency and contributions of one of Malaysia's most prominent Islamic medical founders and therapists, Dato' Dr. Haron Din. The study data were collected through document analysis methodology and unstructured interviews. The findings of the study are based on historical and descriptive data analysis. There are 11 criteria that indicate that the respondents have met the standard of competence required to be identified as a significant figure and contributor in Islamic medicine in Malaysia.

ABSTRAK

Perubatan Islam dalam konteks Malaysia mengalami transisi perkembangan yang semakin positif dan memberangsangkan sejajar kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775). Kemasukan kategori perubatan Islam dalam akta ini disifatkan sebagai tanda aras pengiktirafan serta penerimaan kerajaan Malaysia terhadap peranan penting yang turut dimainkan oleh perubatan Islam dalam meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia arus perdana seiring dengan perubatan moden. Sambutan masyarakat yang memberangsangkan terhadap perubatan Islam pada masa kini ini turut dapat dikenal pasti menerusi penubuhan organisasi, persatuan dan pertubuhan perubatan Islam yang semakin banyak sehingga mencetuskan penggabungan di bawah organisasi induk yang menghimpuan belasan ribu pengamal perubatan Islam di Malaysia iaitu Gabungan Persatuan Perawat Islam Malaysia (GAPPIMA). Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti ketokohan dan sumbangan salah seorang tokoh pengasas dan perawat perubatan Islam yang terkenal di Malaysia iaitu Dato' Dr. Haron Din. Data-data kajian dikumpul menerusi metode analisis dokumen dan temu bual  tidak berstruktur. Dapatan kajian berdasarkan analisis data secara historikal dan deskriptif mendapati terdapat 11 kriteria yang  menunjukkan responden telah memenuhi standard kompetensi yang diperlukan untuk dikenal pasti sebagai tokoh dan penyumbang signifikan dalam bidang perubatan Islam di Malaysia.

References

Abdul Rashid Mat Amin. 2016. Sepintas Lalu Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa') atas email arma50@yahoo.com/ 17 Julai 2016.

Harakahdaily, 2016. Anugerah Khas Ma’al Hijrah http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42680-tahniah-atas-anugerah-khas-maal-hijrah-1438 /15 Disember 2016.

Haron Din. (2011). Pengantar Perubatan Islam. Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa' Berhad.

Pengenalan GAPPIMA http//.gappimablogspot dalam gappima.blogspot.com/p/pengenalan.html/17 Julai 2016.

Phayilah Yama et.al. (2017). Analisis Takhrij Hadis dan Kaedah Pengamalan Perubatan Pengamal Perubatan Islam di Malaysia. Laporan Penyelidikan GPIK I 2016. Pusat Pengurusan Penyelidikan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Profil Persatuan Perubatan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussyifa.' darussyifa.org dalam http://www.darussyifa.org/ 15 November 2016.)

Temu bual bersama Ustaz Shaharuddin Saad, Murid Responden pada 25 Oktober 2016. Jam 9.00 pagi.

Published

2019-11-28

How to Cite

Mohamed Ramli, F. Z., Yama, P., & Hashim, I. Z. (2019). Dato’ Dr. Haron Din (1940-2016) Tokoh Pengamal Perubatan Islam di Malaysia: Dato’ Dr. Haron Din (1940-2016) The Pioneer of Islamic Medical Practitioner in Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 12(2), 203–213. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/23