Keperluan Pembinaan Modul Kursus Pembangunan Keluarga Islam Mesra Oku Pendengaran: Analisis Isu-Isu Berkaitan
The Need of Developing the Islamic Family Development Friendly Courses for Disabled with Hearing Impairment: Analysis on Related Issues
Keywords:
family development course module, hearing impairment, disabled-friendly module, Islamic familyAbstract
Kursus praperkahwinan Islam yang dianjurkan oleh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia (JAIN) adalah berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walau bagaimanapun, kursus tersebut hanya diwajibkan kepada bakal-bakal suami isteri yang normal dan tidak diwajibkan kepada golongan OKU. Penyertaan golongan OKU adalah agak terhad disebabkan halangan penyertaan OKU secara fizikal, kemudahan serta prasarana kaedah penyampaian serta kefahaman OKU terhadap isi kandungan modul. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan dalam membangunkan satu modul kursus pembangunan keluarga bersifat mesra OKU pendengaran yang lebih komprehensif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif lapangan melibatkan metode pengumpulan data melalui perbincangan meja bulat (Round Table Discussion) melibatkan informan yang terdiri daripada wakil NGO OKU, ahli akademik, wakil Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai penggubal MBKPPI, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kajian mendapati terdapat beberapa isu dalam penganjuran kursus praperkahwinan Islam untuk golongan OKU pendengaran melibatkan fasiliti, keperluan jurubahasa, minat dan penyertaan golongan OKU pendengaran dan kesesuaian isi kandungan modul sedia ada untuk disampaikan kepada OKU tersebut. Justeru, kajian ini merumuskan wujud keperluan membina modul kursus pembangunan keluarga mesra OKU pendengaran yang lebih sesuai dan relevan digunapakai untuk penganjuran kursus pra perkahwinan golongan OKU pendengaran. Kajian ini menjangkakan sumbangan kepada pihak JAKIM untuk memperkasa penganjuran kursus-kursus pembangunan keluarga Islam khusus untuk golongan OKU pendengaran.
The Islamic Pre-Marriage Course conducted by State Islamic Religious Affairs in Malaysia is based on the Integrated Islamic Pre-Marriage Course Module (MBKPPI) provided by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). However, this course is only meant for normal people and is not mandatory for the disabled. The participation of the disabled is very limited due to the physical barriers, no proper facilities, and the content as well as the method of delivery are not friendly for disabled. Therefore, this study aims to identify some relevant issues relating to the need of developing a more comprehensive module which is friendly to disabled especially for those with hearing impairment. This study is a qualitative in nature where data was collected through Round Table Discussion involving informants from several parties including representatives from JAKIM, JAINS, NGOs of Disabled People, Social Welfare Department (JKM), National Population and Family Development Board (LPPKN), academicians and researchers. The study found that there are several crucial issues to be addressed. Among others are, facilities of the seminar rooms which are not disabled-friendly, methods of delivery, the need for interpreters, interest of the target groups and the appropriateness of the content. Thus, this study concludes that there is a need to develop a more comprehensive module that is more appropriate and relevant for the disabled with hearing impairment. It is a hope that the findings could contribute to the body of knowledge and assist the authorities especially JAKIM to better improve the module that could also cover all types of couples including those with hearing impairment.
References
Azizah Mohd Rapini, Zanariah Dimon, Nora’inan Bahari, Nawal Solehuddin, Nurhidayah Muhammad Hashim, Nur Dayana Mohd Khalil.(2022). Kedudukan OKU Dalam Sistem Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia: Analisis Terhadap Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam. eProsiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan kali ke 7 2022. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Azman Ab Rahman, NorFatihah Amlin Ab Ghani, Mohamad Anwar Zakaria & Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap. (2020). Munakahat Issues Among People With Hearing Disability. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, Vol. 4 (1). 1-10.
Ferlis Bullare@Bahari, Lineker ak Takom, Jasmine Adela Mutang, Laila Wati Madian, Mohd Dahlan A.Malek & Rosnah Ismail. (2016). Model Ketidakupayaan Sosial-Perubatan Bagi Orang Kurang Upaya di Malaysia. Southeast Asia Psychology Journal, Vol.4. 35-48.
Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud & Maizatul Haizan Mahbob.(2017). Realiti Penerimaan Masyarakat Terhadap Orang Kelainan Upaya (Oku) Di Malaysia Dari Perspektif Media. Proceedings - The International Conference On Media And Communication 2017, 20-22 Nov 2017. Marriot Putrajaya, Malaysia.
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat - Maklumat Berkenaan Pendaftaran Orang Kurang Upa ya (OKU) Dan Kategori OKU
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat - Pelan Tindakan OKU 2016-2022. Unit Dakwah Dan Tarbiah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor
Modul Bersepadu Kursus PraPerkahwinan Islam.(2018). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Mohhairil Isaruddin, Mohammad Wafiq Lokman & Aizan Sofia Amin. (2018). Isu Pekerjaan Orang Kurang Upaya Pendengaran: Kajian Kes di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana. Vol. . No 2. 1-10.
Naimie Mohd Nawawi, Mohd Khairul Amri Kamarudin, Fuad Mohd Jali, Mohd Syaiful Nizam Abu Hassan. (2020) Penilaian Analisis Keperluan Kepada Penggunaan Bahasa Isyarat Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Kategori Masalah Pendengaran. Akademika. 90 (1).51-61
Siti Muhibah Hj Nor & Zetty Nurzuliana Rashed, Menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid: Keperluan dan Cabaran Perlaksa naannya. (2020) Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, Vol. 4(1).19-27.
Temubual secara Round Table Discussion dalam talian bersama Datin Siti Muhibah Binti Hj. Nor, Wakil NGO OKU. Pada 11 April 2022. Jam 11 pagi.
Temubual secara Round Table Discussion dalam talian bersama Dr. Norakyairee Mohd Raus Pengarah, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Pada 12 April 2022. Jam 10 pagi.
Temubual secara Round Table Discussion dalam talian bersama Puan Adibah Haji Muhammad Rivai, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Perak. Pada 12 April 2022. Jam 10.00 pagi.
Temubual secara Round Table Discussion dalam talian bersama Tuan Fauwaz bin Hasbullah, Pengarah, Bahagian Kesejahteraan Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Negara. Pada 12 April 2022. Jam 10.30 pagi.
Zulazhar Tahir, Sridevi Thambapillay, Jal Zabdi Mohd Yusoff, Ahmad Saufi Abdul Rahman.(2020). Undang-Undang Berkenaan Orang Kurang Upaya: Satu Analisis Perkembangan Perundangan Di Malaysia. The Malaysian Journal of Social Administration. 14(1). 96-114.
Zuliza Mohd Kusrin & Nur Syaidatul Akmar. (2020). Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam Untuk Golongan OKU Pendengaran di Malaysia. Journal of Islamic And Contemporary Issues (al-Irsyad), Vol. 5 (1). 285-292.






