Pendekatan Pembentukan Akhlak Remaja Melalui Aspek Takhalli Di Institusi Pondok Selangor

Approach of Youth Character through Takhalli Aspects in Selangor Pondok Institution

Authors

  • Nurzatil Ismah Azizan KUIS
  • Nazneen Ismail KUIS
  • Siti Mursyidah Mohd Zin KUIS

Keywords:

Pembentukan akhlak, remaja, Takhalli, institusi pondok, Selangor

Abstract

Membentuk akhlak remaja pada masa kini memerlukan pendekatan yang pelbagai, antara pendekatan yang perlu digunakan ialah membentuk akhlak melalui aspek Takhalli iaitu proses mujahadah untuk menyingkirkan sifat terkeji dengan menyucikan diri daripada najis dan hadas, menyucikan diri daripada dosa zahir dan menyucikan diri daripada dosa batin termasuk juga membebaskan diri daripada sifat tercela. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pendekatan pembentukan akhlak aspek Takhalli di institusi pondok Selangor. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan instrumen temu bual serta dianalisis dengan pendekatan induktif. Hasil kajian mendapati pendekatan pembentukan akhlak aspek Takhalli yang diterapkan oleh pondok-pondok  ialah pemantauan guru, Tazkiyyah al-Nafs dan menjaga pemakanan.  Pendekatan ini wajar dijadikan panduan oleh institusi pengajian yang lain agar dapat memaksimakan impak pendidikan akhlak kepada remaja agar tidak terlibat dengan unsur-unsur yang tidak sihat.

Forming the morals of teenagers nowadays requires a variety of approaches, among the approaches that need to be used is forming morals through the Takhalli aspect which is the process of mujahadah to get rid of abominable traits by purifying oneself from najis and hadas, purifying oneself from outward sins and purifying oneself from inner sins including free oneself from reprehensible nature. This paper aims to discuss the approach to the formation of morals in the aspect of Takhalli in the Selangor pondok institution. This study uses a qualitative study with interview instruments and analyzed with an inductive approach. The results of the study found that the Takhalli aspects of character formation approaches applied by the lodges are teacher monitoring, Tazkiyyah al-Nafs and taking care of nutrition. This approach should be used as a guide by other educational institutions in order to maximize the impact of moral education on teenagers so that they do not get involved with unhealthy elements.

Published

2022-11-30

How to Cite

Pendekatan Pembentukan Akhlak Remaja Melalui Aspek Takhalli Di Institusi Pondok Selangor: Approach of Youth Character through Takhalli Aspects in Selangor Pondok Institution. (2022). Jurnal Pengajian Islam, 15(2), 85-96. https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/216