Aplikasi Web untuk Pengurusan Tabung Khairat Kematian (Tkk)
Web-Based Application for Managing Tabung Khairat Kematian (Tkk)
Keywords:
Web-based application, Tabung Khairat Kematian (TKK) management, TKK registration, TKK reporting, TKK monitoringAbstract
Khairat Kematian ditubuhkan untuk masyarakat Melayu Islam di Malaysia bagi meringankan beban waris si mati dengan memberi bantuan pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli. Walau bagaimanapun, kebanyakan tugas pengurusan dijalankan oleh qariah masjid menggunakan pendekatan konvensional di mana data direkodkan secara manual dan tiada kaedah pelaporan yang sesuai untuk membentangkan status terkini khairat kematian. Oleh itu, aplikasi Pengurusan Tabung Khairat Kematian (TKK) berasaskan web ini dibangunkan untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, aplikasi berasaskan web ini melaksanakan pendaftaran menggunakan Google Form yang merangkumi maklumat peribadi, yuran TKK, jumlah derma (jika ada) dan lain-lain informasi yang sedia ada dan disimpan dalam storan awan melalui Google Sheet. Selain itu, Google Data Studio akan digunakan dalam aplikasi berasaskan web untuk melakukan analisis data mudah dan menyampaikan maklumat yang dikehendaki secara visual dan interaktif menggunakan carta, graf, peta, dan lain-lain. E-resit juga akan dikeluarkan secara automatik untuk setiap pembayaran pendaftaran TKK, setelah proses pengesahan dilakukan oleh pentadbir sistem. Oleh itu, aplikasi berasaskan web ini berfungsi sebagai penyelesaian kepada pengurusan data berkos rendah dan boleh digunakan dengan mudah oleh pengguna yang berbeza-beza. Ia membantu qariah masjid dalam menguruskan TKK secara sistematik, dan juga membantu komuniti tempatan di sekitar mereka untuk mendaftar TKK dengan cekap.
Khairat Kematian was established for the Malay Muslims community in Malaysia to alleviate the burden of the deceased's heirs by providing funeral management assistance in the event of the death of a member or dependents of the member. However, most of the managerial tasks are conducted by qariah masjid using a conventional approach whereby all data are recorded manually and there is no proper reporting tool to present the current status of the khairat kematian. Our proposed Web-Based Tabung Khairat Kematian (TKK) Management Application is developed for these tasks. On top of that, this web-based application implements registration using Google Form which includes personal information, TKK fees, donation amount (if any) and others that will be captured and stored in cloud storage via Google Sheet. Moreover, Google Data Studio will be utilized in the web-based application to perform simple data analysis and present desired information visually and interactively using charts, graphs, maps, etc. Furthermore, e-receipt will be automatically issued for each payment of TKK registration, once the verification process done by the system admin. Hence, this web-based application serves as a low-cost data management solution and can easily be used by varied users. It helps the qariah masjid in managing TKK systematically, and also helps local communities in their vicinity to register TKK efficiently.
References
JAKIM. (2021). Statistik Bilangan Masjid dan Surau di Malaysia. 7 March 2021. Retrieved from http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=c3RhdGlzdGlrLnBocA==.
Joo Heon-Sik (2015).A Study on the Mobile Game User Characteristic and Mobile Game Oriented, The Korea Contents Society, 5(2015), 389-390.
Khan, M.E. (2011). Different Approaches to Black Box Testing Technique for Finding Errors, IJSEA, Vol. 2, No. 4, pp 31-40, October 2011
Rofaizal Ibhraim, M., Yosef Niteh, M., Ahmad, M., Farid Ravi Abdullah, M., & Sharil, S. (2017). Khairat Kematian di Alam Melayu.
Siren, N., & Yusoff, Y. M. Membangun Institusi Masjid. Retrieved from http://www.masjidsiber. net/file.php/1/artikel/RB_Membangun_ Institusi_Masjid.pdf. Retrieved on 15th October 2011.






