Komitmen Guru dalam Pelaksanaan E-Pembelajaran Pendidikan Islam
Teachers’s Commitment in Implementing Islamic Education E-Learning
Keywords:
E-Learning, Islamic Education, Teachers’ CommitmentAbstract
Konsep pembelajaran secara dalam talian merupakan pendekatan baharu dalam pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di Malaysia. Konsep ini mengimplimentasikan pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi komputer dan jaringan komputer atau internet. E-pembelajaran membolehkan pendekatan pengajaran yang bertumpu kepada guru diubah kepada pembelajaran berpusatkan murid. Guru yang komited perlu sentiasa memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan sepenuhnya, walaupun kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan melalui medium e-pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan kepentingan komitmen guru dalam pelaksanaan e-pembelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan berbentuk konseptual dengan menganalisis kajian-kajian lepas daripada buku-buku, jurnal-jurnal dan sumber lain yang relevan. Hasil daripada analisis terhadap kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam kurang persediaan dan kemahiran berkaitan teknologi dalam pendidikan walaupun telah diberi kursus yang berkaitan namun, sebelum ini ia hanya sebagai pelengkap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beberapa isu yang timbul semasa pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam iaitu motivasi, sikap, kemahiran dan kesediaan guru turut dibincangkan. Justeru, kajian ini memberikan beberapa cadangan untuk memperkukuhkan komitmen guru dalam memastikan matlamat pelaksanaan e-pembelajaran Pendidikan Islam tercapai. Impak kajian ini kepada guru-guru Pendidikan Islam agar meningkatkan kompetensi dalam menghadapi pendidikan di era baru ini, dengan meningkatkan kemampuan dan kreativiti dalam memanfaatkan e-pembelajaran. Hal ini kerana komitmen guru dan sikap guru pendidikan Islam memainkan peranan besar dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar dan juga pembentukan sahsiah pelajar.
The concept of online learning is a new approach in administrating the teaching and learning process in Malaysian educational institutions. This concept requires the implementation of electronic learning or e-learning by utilizing computer technology and its network or the internet itself. E-learning enables the changing of teaching approaches from teacher-centred to student-centred learning. A committed teacher must constantly ensure that the teaching and learning objectives are achieved, even though the teaching and learning method is executed through the e-learning platform. The objective of this research is to discuss on the importance of the teacher's commitment in implementing Islamic E-learning Education. Therefore, this research is custom to literature review method as well as conceptual method by analysing the preceding studies from books, journals and other relevant sources. The result of the analyses on the previous studies shows that Islamic Education teachers are not well verse in skills related to technology in education despite having been provided with necessary training, as it was assumed to be part of the accompaniment in teaching and learning process earlier. The finding of the study shows that there are few issues identified among the Islamic Education teachers during the implementation of e-learning; which are motivation, attitude, skills and teacher readiness are also being brought to the discussion. Therefore, this study provides few proposals to strengthen the teacher's commitment in ensuring the objective of Islamic E-learning Education is accomplished. The impact of this study on Islamic Education teachers is to enhance their competency in dealing with education in this new era, by improving their competencies and creativity while exploiting e-learning. This is because the teacher’s commitment and the attitude of the Islamic education teacher play a significant role in enhancing the student's excellent in academic performance as well as the development of the student’s personality.






