Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Hukum: Kajian dalam Fiqh Ibadah
The Effect of Weather and Climate Tto Islamic Law: A Study on Fiqh Ibadah
Keywords:
Weather, Climate, Hukm Waḍʿīy, Fiqh IbadahAbstract
Kehidupan manusia di atas muka bumi ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh cuaca dan iklim. Ini kerana cuaca dan iklim mempunyai kesan terhadap sumber makanan, kegiatan seharian, gaya hidup dan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, orang Islam sentiasa dibebani dengan perintah syarak dalam kehidupan mereka khususnya ibadah yang telah ditentukan dan nilaian hukum pada setiap satu aktiviti harian. Kajian ini bertujuan membuktikan pengaruh cuaca dan iklim terhadap hukum syarak khususnya ibadah dalam kehidupan seorang Muslim. Untuk mengenalpasti kewujudan pengaruh tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data dan maklumat diperolehi daripada dokumen yang mengandungi perbincangan konsep iklim dan cuaca serta pengaruhnya dalam kehidupan manusia. Dokumen berkaitan perbincangan hukum oleh para ulama khususnya pelaksanaan ibadah dan beberapa asas penting dalam ilmu usul al-fiqh juga menjadi rujukan penting dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kehidupan manusia sangat terkesan dengan keadaan cuaca dan iklim. Cuaca dan iklim juga mempunyai pengaruh dan kesan terhadap hukum dan pelaksanaan ibadah mereka sehinggakan para ulama meraikan keadaan cuaca dan iklim dalam membincangkan soal hukum.
Human life in this world is mostly effectted by weather and climate, since they give direct impact to their food sources, daily activities, lifestyle, and health. At the same time, Muslim is subjected to the obligations from the Lawgiver, who should perform ibadah in their daily life and every deed is subjected to evaluation according to shariah. The purpose of this study is to prove the effect of weather and climate on Islamic Law particularly the worship in Muslim life. To identify the existence of this influence, a qualitative methodology with case study design was used. Data and information were collected from documents that contain the discussion of weather and climate concept and their impact to human life. The documents that contain the discussion of Islamic Law by Muslim scholars and principles in Islamic Jurisprudence are also became important references in this study. The research finding showed that human life is really effectted by weather and climate. Weather and climate do affect the rules of worship and its implementation, so that the scholars concern about them in Islamic Law discussion.
References
Al-Kaf, H. B. (2003). Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah. Tareem: Dar Al-Murath Al-Nabawi.
Abdullah, A. R. (2010). Wacana Falsafah Sains; Sejarah Dan Pemikiran. Pulau Pinang: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV).
Al-Kaf, H. B. (2003). Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah. Tareem: Dar Al-Murath Al-Nabawi.
Al-Khatib Al-Syirbini, M. B. (2006). Mughni Al-Muhtaj. Kaherah: Dar Al-Hadis.
Al-Nawawi, Y. B. (2001). Sahih Muslim Dengan Syarah Al-Nawawi. Kaherah: Al-Maktab Al-Thaqafi Li Al-Nasyr Wa Al-Tauzi'.
Al-Zuhaily, W. (2009). Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. Damsyiq: Dar Al-Fikr.
Al-Zuhayli, W. (1986). Usul Al-Fiqh Al-Islami. Damsyiq: Dar Al-Fikr.
Berita Harian, O. (23 Januari, 2020). BH Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649263/lebih-100-artifak-dianggar-berusia-17000-ditemui-di-baling
DOES, D. O. (24 3, 2021). Freie Universitat Berlin. Retrieved from https://www.geo.fu-berlin.de/en/v/iwm-network/learning_content/environmental-background/basics_climategeography/definitions/index.html
Ibnu Qudamah, A. B. (1968). Al-Mughni Li Ibni Qudamah. Kaherah: Maktabah Al-Qaherah.
Khairussaadah Wahid, Muhammad Saiful Anwar Mohd Nawawi, Saadan Man, Nazhatulshima Ahmad. (2019). Teknik Cerapan Anak Bulan: Satu Penelitian Literatur. Umran International Of Islamic and Civilization Studies, 47-55.
Khallaf, A. W. (1942). Ilm Usul Al-Fiqh. Kaherah: Maktabah Al-Dakwah Al-Islamiyyah.
Laurence S. Kalkstein & Kathleen M. Valimont. (1987). Climate Effects On Human Health. Retrieved from Centre For International Earth Science Information Network: http://www.ciesin.org/docs/001-338/001-338.html
Mihye Lee, Sachiko Ohde, Kevin Y. Urayama, Osamu Takahashi & Tsuguya Fukui. (2018). Weather And Health Symptoms. International Journal of Enviromental Research And Public Health.
NOAA, N. O. (26 2, 2021). National Ocean Service. Retrieved from https://www.geo.fu-berlin.de/en/v/iwm-network/learning_content/environmental-background/basics_climategeography/definitions/index.html
Nyazee, I. A. (2018). Islamic Jurisprudence. Petaling Jaya: The Other Press Sdn. Bhd.
UOM, U. o. (2012). World Regional Geography: People, Places, and Globilization. Minnepolis, Amerika Syarikat: M Libraries Publishing.
Wallace, I. (26 April, 2016). Infographic Journal. Retrieved from https://infographicjournal.com/the-strange-effects-of-weather-on-human-behavior/
Zaidan, A. K. (1996). Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh. Beirut: Muassasah Al-Risalah.