Identifikasi Al-Hind Berdasarkan Mu’jam Al-Buld?n oleh Al-?amaw?: Kajian terhadap Huruf Al-Q?f dan Al-K?f
Identification Al-Hind Based on Mu’jam Al-Buld?n by Al-?amaw?: A Study of the Letters of Al-Q?f and Al-K?f
Keywords:
al-Hind, Mu’jam al-Buldān, identification, al-Qāf, al-KāfAbstract
al-Hind merupakan nama tempat yang banyak disebut dalam teks Arab klasik. Ia boleh ditemui dalam syair, tafsir al-Quran, hadith, karya penjelasan hadith, sejarah dan sebagainya. Bagaimanapun, merujuk teks tersebut tanpa penelitian boleh menimbulkan salah faham bahawa al-Hind semestinya bermaksud Subbenua India. Tidak hairanlah banyak penulisan moden yang merujuk keistimewaan al-Hind yang disebut dalam teks Arab klasik sebagai kehebatan yang telah dikecapi oleh Tamadun India. Oleh yang demikian, kajian ini berinisiatif untuk mengemukakan maksud al-Hind dengan memberi fokus kepada bahagian al-Q?f dan bahagian al-K?f dalam kitab Mu’jam al-Buld?n oleh Y?q?t al-?amaw?. Pengumpulan data diusahakan dengan menjalankan kajian kepustakaan menggunakan sumber induk Mu’jam al-Buld?n serta sumber-sumber lain yang berkaitan untuk penjelasan lanjut. Kajian bermula dengan mengeluarkan nama-nama lokasi yang diklasifikasikan oleh al-?amaw? dalam rantau al-Hind daripada senarai di bawah bahagian al-Q?f dan bahagian al-K?f. Ia diikuti dengan mengumpul maklumat tempatan bagi setiap lokasi. Seterusnya, pendekatan analisis tekstual dipilih bagi mengolah data yang didapati. Hasilnya, kajian ini dapat mengenal pasti 12 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 9 daripadanya terletak di Asia Selatan, 2 di Semenanjung Tanah Melayu dan 1 di Indo-China. Identifikasi al-Hind atau penamaan rantau India pada masyarakat Arab dahulu kala didapati meliputi Asia Selatan, Kepulauan Melayu dan Indo-China. Sehubungan dengan itu, kajian berpandangan bahawa adalah tidak wajar menganggap mana-mana karakteristik al-Hind dalam kitab klasik Arab adalah milik Subbenua India tanpa penelitian terlebih dahulu. Walhal, maklumat terperinci boleh didapati dalam kitab-kitab klasik Arab yang ternyata sangat berguna untuk mendapat gambaran yang jelas.
al-Hind is a place name that is often mentioned in classical Arabic texts. It can be noticed in poetry, tafsir al-Quran, hadith, books of hadith explanation, history and other fields. However, referring to the text without scrutiny can lead to a misunderstanding that al-Hind necessarily means the Indian Subcontinent. Many modern writings refer to the privilege of al-Hind mentioned in classical Arabic texts as an achievement that has been enjoyed by Indian Civilization. Thus, this study takes the initiative to present the meaning of al-Hind among ancient Arabs by focusing on the part of al-Q?f and al-K?f in the book Mu’jam al-Buld?n by Y?q?t al-?amaw?. For this aim, this study conducts a literature review using Mu’jam al-Buld?n’s as a main source and other related texts as supportive references. Initially, this study highlights the names of locations classified by al-?amaw? in the al-Hind region from the list under the letter of al-Q?f and the al-K?f. It is followed by collecting further local information for each location. Subsequently, this study employs textual analysis to process the data obtained. As a result, this study identifies 12 place names included in the al-Hind region; of which 9 are located in South Asia, 2 in the Malay Peninsula and one in Indochina. The nomenclature al-Hind or India region in ancient Arab society encompasses South Asia, the Malay Archipelago and Indochina. Accordingly, the study is of the view that it is inappropriate to assume any of the characteristics of al-Hind in the Arabic classics to belong to the Indian Subcontinent without prior scrutiny. Indeed, detailed information can be found in the classic Arabic books which turns out to be very useful to grasp a clear understanding.