Pengetahuan Masyarakat Islam di Sarawak terhadap Ar-Rahnu
The Knowledge of the Muslim Community in Sarawak towards Ar-Rahnu
Keywords:
Knowledge, Ar-Rahnu, Sarawak, Economics, IslamAbstract
Penyelidikan kuantitatif ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat Islam di Sarawak terhadap ar-Rahnu dan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat Islam di Sarawak terhadap ar-Rahnu berdasarkan demografi. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata dan melibatkan responden seramai 502 orang serta memiliki ciri-ciri seperti beragama Islam dan menetap atau bekerja di Bahagian Kuching, Samarahan, Sibu dan Miri. Analisis kajian menggunakan skala pengukuran lima mata Likert kemudiannya dianalisis menggunakan Statistical Product and Services Solution (SPSS) Windows Release 22.0. Kajian ini berjaya mengenal pasti tahap pengetahuan masyarakat Islam di Sarawak terhadap ar-Rahnu dengan melihat kepada nilai peratusan, kekerapan, skor min dan sisihan piawaian. Kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat Islam di Sarawak terhadap ar-Rahnu berada pada tahap yang sangat baik setelah merekodkan nilai min tertinggi (M=4.01) hingga nilai min yang terendah ialah (M=3.69). Dapatan kajian melalui prosedur Crosstabs pula menunjukkan bahawa jantina dan latar belakang pendidikan responden kajian mampu memberi kesan terhadap pengetahuan mengenai ar-Rahnu. Justeru, berdasarkan hasil dapatan kajian mencadangkan agar kajian lanjut berkaitan dengan pengetahuan dan penerimaan masyarakat yang pelbagai di Sarawak terhadap ar-Rahnu hendaklah dilakukan.
This quantitative research was conducted to identify the level of knowledge of the Muslim community in Sarawak on ar-Rahnu and to identify the level of knowledge of the Muslim community in Sarawak on ar-Rahnu based on demographics. This study uses stratified random sampling method and involves a total of 502 respondents as well as having characteristics such as being Muslim and living or working in Kuching, Samarahan, Sibu and Miri Divisions. The analysis of the study using a five-point Likert measurement scale was then analyzed using Statistical Product and Services Solution (SPSS) Windows Release 22.0. This study successfully describes the level of knowledge of the Muslim community in Sarawak on ar-Rahnu by looking at the percentage values, frequency, mean score and standard deviation. The study found that the level of knowledge of the Muslim community in Sarawak on ar-Rahnu is at a very good level after recording the highest mean value (M = 4.01) to the lowest mean value is (M = 3.69). The findings of the study through the Crosstabs procedure showed that the gender and educational background of the study respondents were able to affect the knowledge of ar-Rahnu. Therefore, based on the findings of the study suggests that further research related to the knowledge and acceptance of the various communities in Sarawak towards ar-Rahnu should be done.