Peranan Akal Dalam Mengenali Allah S.W.T. : Kajian Terhadap Surah Al-Nahl
The Role of Akal in the Identity of Allah S.W.T. :Al-Nahl Surveys Study
Keywords:
Akal, Surah, al-Nahl, Akidah dan AllahAbstract
Allah s.w.t. has explained in the Quran that man is the best of His creatures. The privilege they have over other beings is common sense. This grace makes human beings intelligent. Therefore, the basic requirement of man is to know his creator, Allah s.w.t. Therefore, there are many verses in the Quran that advise people to use their intellect to know Allah s.w.t. and deny allies to Him. This study will analyze al-Nahl's surah by focusing on verses that encourage people to use their intellect in directing Allah s.w.t. The methodology used in this study is qualitative. The results show that mind plays a very important role in knowing Allah s.w.t. However, it must be guided by the Quran and the Sunnah in order not to deviate from the true path.
ABSTRAK
Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakanNya. Keistimewaan yang mereka miliki berbanding makhluk-makhluk lain ialah akal. Anugerah akal ini menjadikan manusia makhluk yang mukalaf. Oleh itu perkara utama yang diwajibkan kepada manusia ialah mengenal penciptanya, iaitu Allah s.w.t. Lantaran itu, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menyarankan manusia menggunakan akal mereka untuk mengenali Allah s.w.t. serta menafikan sekutu bagiNya. Kajian ini akan menganalisis surah al-Nahl dengan memfokuskan ayat-ayat yang menyarankan kepada manusia agar menggunakan akal dalam mentauhidkan Allah s.w.t. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa akal memainkan peranan yang amat penting dalam mengenali Allah s.w.t. Namun ia perlulah dipandu oleh al-Quran dan al-Sunnah agar tidak tersasar daripada jalan yang sebenar.
References
Abdul Latif Muda dan Rosmawati binti Ali. (1997). Pengantar Ilmu Mantik. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.
Ahmad bin Faris bin Zakaria. (t.t). Mu’jam Maqayis al-Lughah. Dimasyk: Dar al-Fikr.
Ahmad Izzudin al-Bayanuni. (2003). Petunjuk Akidah: Ahli Sunnah wal Jamaah. J.1.
Ahmad Mustafa al-Maraghiy. (2001). Tafsir al-Maraghiy. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Engku Ali bin Engku Endut. (2011). Fiqh al-Aqidah. Pattani: Bin Halabi Press.
Ibrahim al-Laqqoni. (2000). Jauharah al-Tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Jamaah Min Kibar al-Lughawiyyin al-‘Arab. (t.t.). Al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi. Al-Munazommah al-‘Arabiyyah lil Tarbiyyah wa al-Thaqofah wa al-Ulum.
Joyce M. Hawkins. (2000). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. (Edisi Kedua). Selangor: Pustaka Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Maad Ahmad, Mohammed Yosef Nateh & Mohd Rofaizal Ibrahim (2017). Antara Akal Dan Wahyu Dari Perspektif Islam. E Prosiding PASAK 2 – Jilid 2: Subtema Ilmu Bahasa, Nilai-nilai Sejagat, Sejarah dan Ekonomi, 1-11
Mahmud bin Umar bin Muhammad al-Zamarkhsyary. (1995). Tafsir al-Kashyaf ‘an Haqaiq Ghamid al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawilfi Wujuh al-Ta’wil. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Muhammad Ali Sabuni. (1997). Sofwah al-Tafasir. Kaherah: Dar al-Sabuni. J. 2.
Muhammad bin Muhammad al-Ghazali. (1999). Ihya’ Ulum al-Din. Dimasyk: Dar al-Fikr. J. 1.
Muhammad bin Mukram. (1997). Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar Sader. J. 4.
Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi. (t.t.). Tafsir al-Sya’rawi. (tanpa pencetak).
Muhammad Tohir bin ‘Asyhur. (1984). Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Tunisia: Dar al-Tunis lil Nashr. J. 14.
Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Nuh Ali Salman al-Qudha. (2014). Al-Mukhtasor al-Mufid fi Syarh Jauharah al-Tauhid. Pahang: Sohabah Setia Enterprise.
Said Hawwa. (1997). Tarbiyatuna al-Ruhiyyah. Kaherah: Dar as-Salam.
Wahbah al-Zuhaily. (1998). Al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj. Damsyik: Dar al-Fikr. J. 13-14.
Zainal Abidin Muhammad dan Muhd Najib Abdul Kadir. (2009). Al-Amthal Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Zainul Abidin bin Muhammad. (2011). Aqidatu al-Naajin fi ‘Ilm Usul al-Din. Selangor: Al-Hidayah Publications.






