Faktor Penglibatan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja: Satu Sorotan Literatur Sistematik

Involvement Factors in Delinquent Behavior among Adolescents: A Systematic Literature Review

Authors

  • Mariam Abd Majid KUIS
  • Nurzatil Ismah Azizan KUIS
  • Noraini Mohamad KUIS
  • Abur Hamdi Usman KUIS
  • Noor Hafizah Mohd Haridi KUIS
  • Zainab Ismail UKM
  • Aisyah Humairak Abdul Rahman KUIS

Keywords:

Factor, Involvement, Behavior, Adolescents, Delinquent, Systematic Literature Review

Abstract

Tingkah laku delinkuen yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini menjadi antara isu yang sangat serius serta membimbangkan pelbagai pihak dan golongan masyarakat. Golongan remaja adalah golongan yang berisiko tinggi terdedah dan terpengaruh dalam tingkah laku delinkuen iaitu sama ada kategori salah laku berat ataupun ringan. Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2019 mencatatkan sebanyak 4833 orang remaja terlibat dengan jenayah mengikut jenis kes dan jantina. Pelbagai faktor dikenalpasti menyumbang kepada penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku delinkuen ini. Justeru itu, artikel ini mengemukakan satu tinjauan literatur sistematik berkaitan faktor-faktor penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku delinkuen. Metodologi kajian menggunakan kaedah sorotan literatur bersistematik yang disusun hasil himpunan artikel jurnal berkaitan kajian topik.  Hasil dapatan mendapati ibu bapa dan keluarga adalah faktor dominan yang mempengaruhi penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuen diikuti dengan faktor rakan sebaya, guru, sekolah dan persekitaran. Keprihatinan dan kerjasama semua pihak penting bagi membendung penglibatan remaja dalam tingkah laku delinkuen ini.

Delinquent behavior that occurs among adolescents today has become one of the most serious issues and worries various parties and sections of society. Adolescents are those who are at high risk of being exposed and influenced in delinquent behavior, which is either a category of serious or mild misconduct. Statistics from the Department of Social Welfare in 2019 recorded a total of 4833 teenagers involved in crime by case type and gender. Various factors have been identified to contribute to the involvement of adolescents in delinquent behavior. Therefore, this article presents a systematic literature review related to the factors of adolescent involvement in delinquent behavior. The research methodology uses a systematic literature review method that is compiled from a collection of journal articles related to the topic study.  The findings found that parents and family were the dominant factors influencing the involvement of adolescents in delinquent behavior followed by peer, teacher, school and environmental factors. The concern and cooperation of all parties is important to curb the involvement of adolescents in this delinquent behavior.

Published

2021-11-27

How to Cite

Abd Majid, M., Azizan, N. I., Mohamad, N., Usman, A. H., Mohd Haridi, N. H., Ismail, Z., & Abdul Rahman, A. H. (2021). Faktor Penglibatan Tingkah Laku Delinkuen dalam Kalangan Remaja: Satu Sorotan Literatur Sistematik: Involvement Factors in Delinquent Behavior among Adolescents: A Systematic Literature Review. Jurnal Pengajian Islam, 14(2), 12–27. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/128