Faktor Penerimaan Islam dan Kesan Dakwah Qari-Qari Mesir Melalui Tilawah Al-Quran Terhadap Golongan Non Muslim
Factors in The Acceptance of Islam and The Effect of Da'wah by Egyptian Qaris Through Quranic Recitations on Non-Muslims
Keywords:
Da’wah, recitation, reciter, Islam, non-MuslimAbstract
Al-Quran diturunkan ke atas Nabi SAW adalah bertujuan memberi hidayah kepada semua manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Setiap hamba diberi pilihan sama ada mahu beriman kepada Allah SWT atau tidak beriman. Namun begitu, golongan non Muslim juga sepatutnya diberi perhatian untuk mendapat manfaat yang sama daripada pembacaan al-Quran. Qari-qari Mesir memainkan peranan penting dalam penyebaran dakwah melalui majlis pembacaan al-Quran di seluruh dunia seperti India, Pakistan, Britain, Amerika, Perancis, Palestin, Syria, Jordan, Moroko dan lain-lain. Objektif kajian ini akan menjelaskan penglibatan qari-qari Mesir dalam aktiviti pembacaan al-Quran sebagai salah satu tarikan dakwah terhadap golongan non Muslim. Kajian ini juga akan menghuraikan faktor penerimaan agama Islam serta kesannya terhadap golongan non Muslim. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Data diperolehi melalui analisis dokumen iaitu jurnal artikel, buku, prosiding dan kertas kerja dan video dokumentari eksperimen sosial dalam Youtube Channel. Analisis data dilakukan menggunakan perisian ATLAS TI 8. Hasil kajian ini mendapati Qari al-Quran berperanan dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh masyarakat sehingga golongan non Muslim dapat memeluk agama Islam akibat terkesan dengan mendengar bacaan al-Quran yang dibacakan oleh para qari Mesir. Terdapat lima faktor yang mendorong golongan non Muslim menerima Islam ialah mendengar al-Quran berulang kali, keghairahan mendengar alunan suara, keindahan seni al-Quran, bacaan khusyuk dan tadabur dan keberkatan bacaan al-Quran. Implikasi kajian adalah pengamalan pembacaan al-Quran mendorong golongan non Muslim teruja memeluk agama Islam seterusnya teruja mendalami ajaran yang terkandung di dalamnya. Justeru, lahirlah insan yang bertakwa yang menyambung kembali dakwah al-Quran kepada seluruh masyarakat agar mereka memperoleh hidayah dari Allah SWT.
The Qur'an is sent down upon Prophet SAW with the objective to give guidance to all human beings from darkness to light. Each servant is given a choice whether to believe in Allah SWT or not to believe. However, non-Muslims should also be given attention to get the same benefits from the recitation of the Qur'an. Egyptian qaris (Quran reciters) play an important role in the spread of da'wah through Quranic recitation ceremonies around the world such as India, Pakistan, Britain, America, France, Palestine, Syria, Jordan, Morocco and others. This study aims to explain the involvement of Egyptian qaris in the activity of Qur'anic recitation as one of the attractions of da'wah to non-Muslims. This study will also describe the factors of acceptance of Islam and their impact on non-Muslims. The design of this study is qualitative. The data is obtained through document analysis namely through journal articles, books, proceedings, paper works and social experiment videos on Youtube. The data is analysed using ATLAS Ti 8 software. The results of this study show that the qaris of al-Quran play a role in conveying the message of Islam to the whole community so that non-Muslims can embrace Islam as a result of being impressed by listening to the recitation of the Quran recited by the Egyptian reciters. There are five factors that motivate non-Muslims to accept Islam namely listening to the Qur'an repeatedly, the excitement of listening to the melody, the beauty of the art, devout recitation and the blessings of reciting the Qur'an. The implication of the study is that the practice of reciting the Qur'an encourages non-Muslims to embrace Islam and then excited to delve into the teachings contained therein. Thus, pious people are born to continue the da’wah of Qur'an to the entire community so that they obtain guidance from Allah SWT.
References
Ahmad al-Buluk. (2011). Ashhar Man Qara’ al-Qur’an fi al-‘Asr al-Hadis. Silsilah Thaqafah Shahriyyah Iqra’. Al-Qahirah: Dar al-Ma’arif.
al-Bukhari. (2001). al-Jamic al-Sahih. Cet. Pertama. Bayrut: Dar al-Thawq al-Najah.
Al-Quran.
Al-Zarkashi, Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi Bard al-Din. (2006). al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran. tahqiq Abu al-Fadl al-Dumyati. al-Qahirah: Dar al-Hadis.
Atiyyah ‘Abd al-Khaliq & Nahid Ahmad Hafiz. (1984). Fann Tarbiyyah al-Sawt wa ‘Ilm al-Tajwid. Kaherah: Maktabah al-Anjalu al-Misriyyah.
Faruq Fahmi. (1994). Al-Qur’an wa Mashahir al-Qurra’. al-Qahirah: Kitab Jumhuriyyah Misriyyah.
Ibn Hisham. (1990). Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Tahqiq ‘Umar ‘Abd al-Salam Tadmuri. Cet. 3. Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.
Kamal al-Najmi. (1992). Al-Shaykh Mustafa Isma’il Hayatuh fi Zillil al-Qur’an. Al-Qahirah: Muassasah Dar al-Hilal.
Mahmud al-Khawli. (1992). Aswat min Nur. Al-Qahirah: Dar al-Shabab.
Mahmud al-Sa’dani. (1996). Alhan al-Sama’. Al-Qahirah: Akhbar al-Yawm.
Mahmud Tawfiq al-Khawli. (2011). Qitharah al-Sama’ al-Shaykh Muhammad Rif’at. Cet. Pertama. Al-Qahirah: al-Maktabah al-Azhariyyah.
Muhammad bin Sa’d bin Muni’ al-Zuhri. (2001). Kitab al-Tabaqah al-Kabir. Tahqiq Ali Muhammad ‘Umar. Al-Qahirah: Sharikah al-Dawliyyah li al-Tiba’ah.
Muhammad Yusuf al-Kandahlawi. (1999). Hayat al-Sahabah. Tahqiq Bashar ‘Awad Ma’ruf. Muassasah al-Risalah.
Nabil Hanafi. (2011). Nujum al-‘Asr al-Dhahbi li al-Dawlah al-Tilawah. Kitab al-Yaum. Kaherah: Dar al-Akhbar al-Yawm.
Najib Abdullah. (2006). ‘Aja’ib Qira’ah al-Quran ‘Ala al-’Urubiyyin wa al-Amirikan. Kuwait: Huquq al-Taba’ wa al-Tawzi’, Maharat li al-Ishtiharat wa al-Tadrib.
Shukri al-Qadi. (1997). ‘Abaqirah al-Tilawah fi Qarn al-‘Ishrin. Kaherah: Dar al-Jumhuriyyah.
Zakariya Hamimi. (2009). Sawt Min al-Sama’, al-Shaykh ‘Abdal-Basit ‘Abd Samad. Cet. Pertama. Al-Qahirah: Hibah al-Nil al-‘Arabiyyah.
https://www.youtube.com/watch?v=LmvqJBtArI8&ab_channel=Denaihati,https://www.youtube.com/watch v=7YYuq7KZx3k&ab_channel=AbdurrahmanAl-AmiryOfficial
https://www.youtube.com/watch?v=_4fPF5C9EW8&ab_channel=KoranopiniOpini.
https://www.youtube.com/watch?v=fkYsTqp__uM
https://www.youtube.com/watch?v=HV7-_sz_Ez0






