Pelaksanaan Amalan Sunat dan Hubungannya dengan Kecemerlangan Sahsiah Pelajar Tahfiz di Selangor
The Performance of Sunnah Practice and Its Relationship with Personality Excellence of Tahfiz Students
Keywords:
Personality, Sunnah Practice, Tahfiz StudentsAbstract
Sahsiah yang baik menggambarkan kemenjadian pelajar tahfiz. Kecemerlangan pelajar tahfiz bukan hanya dilihat pada kecemerlangan akademik dan hafazan sahaja, tetapi kecemerlangan sahsiah juga diberi keutamaan. Pelajar tahfiz yang cemerlang sahsiah mampu melakukan amalan-amalan sunat tanpa disuruh dan dipaksa. Amalan-amalan sunat seperti melakukan solat sunat, berpuasa sunat, membaca al-Quran, berzikir dan berselawat adalah antara amalan yang mempengaruhi pembentukan sahsiah pelajar tahfiz. Walau bagaimanapun, belum ada kajian khusus yang meneliti tentang pelaksanaan amalan sunat dalam kalangan pelajar tahfiz. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan sunat dan hubungannya dengan kecemerlangan sahsiah pelajar tahfiz. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pensampelan rawak berstrata terhadap pelajar tahfiz. Kaedah pengumpulan data adalah melalui teknik perbincangan kumpulan berfokus (FGD) terhadap 64 orang pelajar tahfiz berumur antara 13 hingga 21 tahun. Seterusnya, maklumat perbincangan kumpulan berfokus tersebut dianalisis dan satu set soal selidik dibina, disahkan oleh pakar, diuji rintis, ditambahbaik dan kemudiannya diedarkan kepada 618 orang pelajar tahfiz (PITAS) di Selangor. Data kajian utama dianalisis secara deskriptif dan inferens. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan sunat pelajar tahfiz adalah pada tahap sederhana dan terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan amalan sunat dan kecemerlangan sahsiah pelajar tahfiz. Oleh yang demikian, amalan sunat yang telah dipupuk dalam diri pelajar tahfiz perlu dipantau secara berterusan dan dilaksanakan secara konsisten. Ia adalah untuk mendidik pelajar tahfiz bahawa amalan sunat yang dilakukan bukan hanya sekadar mematuhi peraturan maahad tetapi perlu lahir dari dalam diri pelajar tahfiz itu sendiri.
A good personality portrays a well-developed tahfiz student. The excellence of tahfiz students is viewed not only on academic and memorisation excellence but also on personality excellence. Tahfiz students with excellent personality are able to perform the sunnah practice without being told and forced. Sunnah practice, such as performing sunnah prayers and sunnah fasting, and reciting al-Quran, dhikr, and salawat, are among the practice influencing tahfiz students’ personality formation. However, there is yet a specific study examining the performance of sunnah practice among tahfiz students. Therefore, this study aims to identify the performance level of sunnah practice and its relationship with the personality excellence of tahfiz students. This study is a quantitative study using a survey study design through stratified random sampling of tahfiz students. The data collection method was through the focus group discussion (FGD) technique on 64 tahfiz students aged between 13 to 21 years. Subsequently, the FGD information was analysed. A set of questionnaires was constructed, validated by experts, pilot tested, enhanced, and distributed to 618 tahfiz students (PITAS) in Selangor. The primary study data were analysed descriptively and inferentially. The results of the study found that the level of sunnah practice of tahfiz students is at a moderate level, and there is a significant relationship between the performance of sunnah practice and the personality excellence of tahfiz students. Thus, the sunnah practice instilled in tahfiz students should be monitored continuously and performed consistently. It is to educate tahfiz students that the sunnah practice is not just to comply with the maahad rules but should come from within the tahfiz students themselves.
References
Al-Ghazali. 2013. Ihya Ulumuddin. Jil 1,2,3,4. Cetakan Ketujuh. Terj TKH Ismail Yakub MA-SH. Singapore. Pustaka Nasional Pte Ltd.
Azmil Hashim, Misnan Jemali, Ab Halim Tamuri, Mohd Aderi Che Noh. 2014. Hubungan antara adab pembelajaran tahfiz dan pencapaian hafazan pelajar. The Online Journal of Islamic Education. July 2014 issue 2.
Bhasah Abu Bakar 2015 Amalan Sunnah dalam kalangan awal remaja. Sunnah Nabi Realiti dan Cabaran Semasa.
Ismarulyusda, NorMalia A.W. Farah Wahida I. Siti Nur Rasyidah M.R, Sabri. 2016. Kesan bacaan al-Quran terhadap kesihatan dan tahap kecerdasan dlm Memperkasa Generasi Penghafaz Al-Quran, disunting oleh Mohd Yaakub, Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad, Kuala Kubu Bahru, Darul Quran Jakim.
Mardzedlah Makhsin, Ab Halim Tamuri. Mohd Aderi Che Noh & Mohamad Fadhli Ilias. 2012. Hisbah pembelajaran kendiri dalam pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education.
Mashira Yahaya & Aimi Dalila Ahmad Yatim. 2015. Kesan Amalan Agama Ke Atas Pelajar Delinkuen Melalui Modul Spiritual Pemantapan Sahsiah (Mospes) Jurnal Penyelidikan Dedikasi Jilid 14
Mohd Jamalil Ismail, Sabri Mohamad, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Nor Hafizi Yusof 2017. Strategi Kecemerlangan Institut Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Satu tinjauan Literatur.
Muhammad Rodhi 2013. Studi Analisis Pemikiran Al-Ghazali tentang pendidikan karakter anak dalam kitab ayyuhal Walad. Sarjana. Institut Agama Islam Wali Songo
Murihah abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, Ariff Salleh Rosman Mohd Faeez ilias, 2015. Strategi Awal Menghafaz Al-Quran Menurut Abu Dzar Al-Qalamuni.
Nik Safiah Nik Abdullah Selamah Maamor Abdullah Abd Ghani Norazlina Abd Wahab Mohd Shahril Ahmad Razimi Ahmad Bashir Aziz NorHanim Elias. 2015. Kepentingan Elemen Kerohanian Dalam Perlaksanaan Aktiviti Di Mrsm Ulul Albab: Kajian Kes Di Mrsm Gemencheh, Negeri Sembilan Journal Of Global Business And Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 1: no. 2
Santibuana Abd Rahman, Ismarulyusda Ishak, Normalia Abd Warif, Farah Wahida Ibrahim, Normah Che Din, Dzalani Harun, Ahmad Rohi Ghazali, Sabri Mohamed. 2019. Hubungan antara Hafazan al-Quran dan Kualiti Pelajar Tahfiz di Selangor Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia Isu Khas.
Udah Mohsin.1986. Kesan Ibadah Dalam Pembangunan Akhlaq Seorang Muslim. Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
Muhaidi Hj Mustaffa. 2010. Hafalan al-Quran dan Hubungannya dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian di maahad tahfiz al-Quran Pulai Chondong. Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
Nordin Ahmad. 2015. Memperkasa Darul Quran ke arah memartabatkan Pendidikan Tahfiz di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara dan Multaqa Huffaz ke IV, Darul Quran JAKIM. Bangi.
Salasiah Hanin, Ermy Azziaty, Rosmawati & Zainab (2012) Perkaitan Amalan Spiritual Dengan Pencapaian Akademik Pelajar. 4(2), 51-60.
Imam Al-Ghazali. 1988. Tahzib Ihya Ulumuddin. Kaherah. Darul Tauzi’. Wan Nasyar Al-Islamiah
Abdullah Nasih Ulwan.1988. Pendidikan Anak dalam Islam. Terj Singapura. Pustaka Nasional
Ahmad Kilani Mohamed, Siti Norlina Muhammad & Normala Hashim. 2012. Pendidikan al-Quran kearah pembangunan Insan Rabbani. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam. Johor Darul Takzim.
Creswell. J.W. 2005. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London. UK. Sage.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. 2012. Faktor Persekitaran Sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Special Edition:
Cohen, L, Manion, L & Morrison, K, 2002. Research Methods in education. Routledge
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Rahman Ahmad. 2006. Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa dalam Konteks Organisasi di Malaysia. Alor Setar: Human Resources Academy
Fariza Md Sham, Salasiah Hanin Hamjah & Mohd Jurairu Sharifudin,2013. personaliti dari perspektif al-Ghazali, cet 2. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi






