Gaya Komunikasi Puan Siti Nadzrah Sheh Omar dalam Pembentukan Sahsiah Anak
(Style Communication Siti Nadzrah Sheh Omar in The Development Character of The Children)
Keywords:
Gaya, Komunikasi, ibu, Sahsiah AnakAbstract
Mother plays an important role as primary motivator in a child character building. A mother needs to be wise in dealing with changes of character among children. Good communication with children is vital in forming harmonious relationship apart from influencing their moral and social character. Hence, this study aims to elucidate the communication style according to Islamic and Western perspectives. Therefore, this study focuses on the style of communication practiced by a mother named Madam Siti Nadzrah binti Sheh Omar who has succeeded in establishing the character of children and educating the children becoming professional huffaz (profazz). This study is qualitative in nature that adopts phenomenological approach. Data is obtained through structured interviews and is analyzed thematically. The results of the study found that Madam Siti Nadzrah binti Sheh Omar had practiced 10 of various communication styles in character development of her children consisting of Qaulan Sad?d?, Qaulan Ma’r?f?, Qaulan Qaulan Layyina, animated communication styles, dramatic communication styles, open communication styles, friendly communication styles, attentive communication styles, strict communication styles and assertive communication styles. The experience of Madam Siti Nadzrah binti Sheh Omar communication style has certainly able to instil good values in her children and stimulate positive ambiances in their character building.
ABSTRAK
Ibu memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Seorang ibu juga perlu bijak dalam menangani karenah dan perubahan tingkah laku anak-anak. Gaya komunikasi dengan anak yang baik mampu membentuk hubungan yang harmoni dan dapat mempengaruhi sosial dan akhlak anak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji gaya komunikasi menurut perspektif Islam dan Barat. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada gaya komunikasi yang diamalkan oleh seorang ibu yang bernama Puan Siti Nadzrah Binti Sheh Omar yang telah berjaya membentuk sahsiah anak-anak dan mendidik anak-anak menjadi profesional huffaz (profazz). Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif iaitu fenomenologi, data diperolehi melalui temubual struktur dan data dianalisis secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa Puan Siti Nadzrah Binti Sheh Omar telah mempraktikkan 10 gaya komunikasi dalam pembentukan sahsiah anak-anaknya. Ia terdiri daripada Qaulan Sad?d?, Qaulan Ma’r?f?, Qaulan Qaulan Layyina, gaya komunikasi animasi, gaya komunikasi dramatik, gaya komunikasi terbuka, gaya komunikasi sahabat, gaya komunikasi atentif, gaya komunikasi tegas dan gaya komunikasi asersif. Pengamalan gaya komunikasi ibu ini telah berjaya membentuk jiwa anak-anaknya dengan sifat mahmudah dan dapat memberi rangsangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah mereka.






