Kerangka Pedagogi Pengajian Al-Quran Berasaskan Masjid: Pengintegrasian Tilawah, Tadabbur dan Amal
Pedagogical Framework of Mosque-Based Quranic Education: Integration of Tilawah, Tadabbur and Amal
DOI:
https://doi.org/10.53840/s5jwpc72Keywords:
Pengajian Al-Quran, Masjid, Tilawah, Tadabbur, AmalAbstract
Masjid merupakan antara medium utama dalam menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan wahyu dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia. Secara khusus, pengajian tafsir yang dilaksanakan di masjid memainkan peranan penting dalam membentuk literasi al-Quran yang menyeluruh, meliputi aspek bacaan, pemahaman dan pengamalan. Namun demikian, pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajian tafsir di masjid sering dilihat bersifat berasingan dan tidak dihimpunkan dalam satu kerangka yang sistematik dan bersepadu. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti dan mensintesis pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam pengajian tafsir di masjid di Malaysia bagi membangunkan satu kerangka pedagogi awal yang lebih holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen secara deskriptif terhadap artikel-artikel ilmiah yang berkaitan pengajian tafsir di Masjid Malaysia. Data dianalisis bagi mengenal pasti pola dan tema utama dalam pendekatan pengajian tafsir di masjid. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajian al-Quran di masjid dapat dirumuskan kepada tiga komponen utama yang saling melengkapi, iaitu tilawah (bacaan yang bertajwid dan beradab), tadabbur (pemahaman dan penghayatan makna ayat) serta amal (pengaplikasian nilai al-Quran dalam kehidupan). Integrasi ketiga-tiga komponen ini membentuk satu kerangka pedagogi yang dinamakan sebagai Kerangka Pedagogi Tilawah, Tadabbur dan Amal. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan bahawa pengajian tafsir di masjid perlu dilihat sebagai satu proses pendidikan yang bersepadu yang menghubungkan bacaan, pemahaman dan pengamalan secara sistematik. Kerangka pedagogi yang dicadangkan berpotensi menjadi asas dalam memperkasa pengajian al-Quran di masjid serta menyumbang kepada pembangunan model literasi al-Quran yang lebih holistik dalam konteks masyarakat Muslim di Malaysia.
References
Abdullah, A. A., Ibrahim, A. A. C., Hasan, S. A., & Sabtu, M. (2021). Sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-Quran: Satu kajian di sekolah menengah/Maahad Hafiz Jeram (banat) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Kajang. Jurnal'ulwan, 6(1), 80-94.
Achmad, A. (2025). Strengthening The Synergy of Iman, Islam, and Ihsan Through Tadabbur of Qur’anic Messages. TATHO: International Journal of Islamic Thought and Sciences, 1-10.. https://doi.org/10.70512/tatho.v2i1.50
Afriyanto, D., & Anandari, A. A. (2025). Literasi Al-Qur’an dalam Pembinaan Iman dan Taqwa (IMTAQ): Studi Living Al-Qur’an di SMAN 9 Yogyakarta. IN RIGHT: Jurnal Agama dan Hak Azazi Manusia, 14(1), 61-94. https://doi.org/10.14421/inright.v14i1.4098
Aini, S. (2025). A comparison of traditional and modern Qur’anic teaching methods in Islamic education. Journal of Noesantara Islamic Studies. https://doi.org/10.70177/jnis.v2i1.1843
Alfisyah, N. L., Harahap, Z., & Ruslan, M. (2023). The Influence of The Ability to Read Al-Qur'an on The Quality of Students Memorization of Al-Qur'an. Al-Fikru: Jurnal Ilmiah, 17(1), 139-150. Al-Fikru: Jurnal Ilmiah. https://doi.org/10.51672/alfikru.v17i1.195
Al-Rāghib Al-Aṣfahānī, Al-Ḥusayn bin Muḥammad. (1992). Al-Mufradāt Fī Gharīb al-Qurān. Beirut: Dār al-Qalam.
Arifin, Z., Alim, A., & Al Kattani, A. H. (2020). Model Pembelajaran Tadabbur Al-Qur'an dalam Kitab At-Tibyan untuk Pondok Pesantren Tahfidz. Tawazun: Jurnal Pendidikan Islam, 13(2), 171-181. https://doi.org/10.32832/tawazun.v13i2.3955
Aulia, A. P., Nasution, A. F., & Pulungan, J. J. (2024). Implementasi program tadabbur Al-Quran dalam meningkatkan pemahaman isi kandungan Al-Quran siswa di SMP Muhammadiyah 1 Medan. Al-Wasathiyah: Journal of Islamic Studies, 3(1), 65-77. https://doi.org/10.56672/alwasathiyah.v3i2.350
Aulia, S., Rahman, Y., & Wardani, F. (2025). Tradisi amalan empat surah di Ponpes Daarul Ulum Putri, Pekanbaru Riau: Studi Living Qur’an. IMTIYAZ: Jurnal Ilmu Keislaman, 9(1), 177-190. https://doi.org/10.46773/imtiyaz.v9i1.1716
Azwar, & Usman, A. H. . (2025). Mosque empowerment: The quranic perspective and financial management. International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), 4(2), 1–19. Retrieved from https://almimbar.uis.edu.my/index.php/almimbar/article/view/101.
Badli Shah, B. A., Ahmad Effat, M., & Fahmi Zaidi, A. R. (2022). Program “Tafaqquh Fiddin” anjuran kerajaan negeri Pahang di masjid-masjid di negeri Pahang: Suatu sorotan. Al-Mimbar: International Journal of Mosque, Zakat and Waqaf Management, 2(2), 63–70.
Basir, A., Tamjidnor, T., Suraijiah, S., Karoso, S., Saidi, S., & Sholihah, M. (2024). Enhancing Qur'an reading proficiency in madrasahs through teaching strategies. Nazhruna: Jurnal Pendidikan Islam. https://doi.org/10.31538/nzh.v7i2.4985
Dozan, W., & Rahman, S. (2021). The Living Quran: Tradisi Free Lunch Setelah Shalat Jumat di Masjid Jogokariyan Yogyakarta. REVELATIA Jurnal Ilmu Al-Quran Dan Tafsir, 2(2), 194-205. https://doi.org/10.19105/revelatia.v2i2.5121
Efendi, R., & Iskandar, T. F. (2024). Implementasi Al-Qur'an dan Dampaknya terhadap Kualitas Hidup. Al Mabhats: Jurnal Penelitian Sosial Agama, 9(1), 1-16.
Elenia, S. (2025). Elenia, S. (2025). The Role of the Maqasid Approach as a Key Instrument in Qur'anic Tadabbur in the Contemporary Era. Afkaruna: International Journal of Islamic Studies (AIJIS), 2(2), 136-156. https://doi.org/10.38073/aijis.v2i2.2438
Haq, I. A. (2025). Penerapan Nilai-Nilai Tafsir Tarbawi Dalam Kegiatan Belajar Mengajar: Meneladani Strategi Pendidikan Rasulullah SAW. Mustaneer: Journal of Islamic Thought and Civilization, 1(1), 40-59. https://doi.org/10.61630/mjitc.v1i1.7
Hasanah, N., Sutra, S., Admojo, S., & Saleh, M. (2022). Madrasah Diniah as Media Teaching and Learning Islamic Moderation Values at Qur’an Learning Centers. Edukasi: Jurnal Pendidikan. https://doi.org/10.31571/edukasi.v20i2.4046
Hasanah, T. B., & Hayati, F. (2025, August). Metode Iqra’dapat Meningkatkan Minat Baca Al Qur’an Pada Anak di Masjid Al Barokah. Dalam Bandung Conference Series: Islamic Education (Vol. 5, No. 2, pp. 823-830). https://doi.org/10.29313/bcsied.v5i2.21303.
Haziq, M., & Abdul Hafiz, A. (2021). Pengajian tafsir al-Quran di Masjid Negeri Johor dalam membentuk peribadi umat Islam. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 26(2), 394–398.
Husna, R., Zulmuqim, Z., & Zalnur, M. (2022). Pendidikan Diniyah: Dinamika TPQ-TQA dan MDT (Awu) dan Sejenisnya Dalam Pengembangan Pendidikan Islam di Indonesia. Jurnal Kawakib. https://doi.org/10.24036/kwkib.v3i1.33
Ibn Fāris, Ahmad. (2002). Maqāyīs Al-Lughah. Damsyik: Ittiḥād al-Kitāb al-ʿArab.
Ibn Kathīr, Abū al-Fidā’ Ismāʿīl. (2009). Tafsīr Al-Qur’ān Al-ʿĀẓīm. Kaherah: Dār Ibn al-Jawzī.
Ishaq, Z., & Hamid, I. M. (2021). Konsep dan Metode Tadabbur dalam Al-Qur'an. Ummul Qura Jurnal Institut Pesantren Sunan Drajat (INSUD) Lamongan, 16(2), 132-14. https://doi.org/10.55352/uq.v16i2.143
Iswati, I., & Cahyono, H. (2022). Pendampingan modernisasi kurikulum taman pendidikan al-qur’an (TPQ) masjid masjid nurul iman tejoagung kota metro sebagai upaya menarik minat anak pada masjid. SINAR SANG SURYA: Jurnal Pusat Pengabdian Kepada Masyarakat. https://doi.org/10.24127/sss.v6i2.2187
Jakfar, M., Haris, A. R., & Zulfikar, F. (2020). Lembaga tahfizh Al-Qur'an dalam sejarah pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Luar Sekolah, 14(1), 1-12. https://doi.org/10.32832/jpls.v14i1.3320
Junaedi, J., Syafi'i, I., Hasyim, F., & Marwat, M. J. (2025). Transformational Curriculum Model through Interpretation Epistemology; Islamic Boarding School Curriculum Management Perspective. Munaddhomah: Jurnal Manajemen Pendidikan Islam, 6(3), 387-403. https://doi.org/10.31538/munaddhomah.v6i3.1802
Muasomah, L., Muthi'ah, B., Irmawati, D., Listiani, A., Rubbiyati, A., Syaifudin, A., Alamsyah, B., Nisa, F., Nashiroh, I., Faturrohman, J., Ubaidillah, M., Firdaus, M., Sani, M., Waluyo, N., Fitrianti, R., Mahmudah, R., & Lestari, S. (2024). Pengorganisasian Taman Pendidikan Al-Quran (Tpa) Dalam Upaya Meningkatkan Mutu Manajemen Pendidikan Islam Di Desa Pandansari Kecamatan Sine Kabupaten Ngawi. LOYALITAS: Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat. https://doi.org/10.30739/loyalitas.v7i2.3240
Muhamad, N., bin Hashim, A., Abdullah, W. H. B., Zaman, M. A. B. K., & Zamri, F. A. B. (2019). Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam pengajaran Al Quran Wa Al-Hifz kurikulum dini SABK di Perak. International Journal of Education, 4(32), 273-283.
Muhyiddin, A. D., & Ridouan, A. (2021). Peranan Ahli kariah masjid dalam mengimarahkan aktiviti-aktiviti masjid: Satu kajian di Masjid Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang Darul Makmur.
Muliati, I., Jamri, J., & Noviyenti, N. (2023). Peranan Pendidikan Islam Berbasis Masyarakat (Studi terhadap Kajian Rutin di Masjid Raya Istiqlal Kampung Kalawi Kota Padang). AS-SABIQUN. https://doi.org/10.36088/assabiqun.v5i6.4078
Nabilah, H. I., & Haziyah, H. (2023). Kaedah pengajian tafsir al-Quran di Malaysia: Sorotan literatur dari 2018–2023. Jurnal Pengajian Islam, 16(2), 168–181.
Nasir, M., Isasih, W. D., & Ajiani, I. P. F. (2024). Pembinaan Karakter Religius Siswa Melalui Program Tahfidz Dan Tadabbur Al-Qur’an Di Sma Islam Al Azhar NW Kayangan Lombok Barat. Jurnal Zentrum Mengabdi, 1(2), 67-73. https://doi.org/10.69657/bc5yve96
Nasyirudin, I., & Al-Kattani, A. H. (2022). Pendidikan tafsir bagi santri di pesantren tahfidz. Tawazun: Jurnal Pendidikan Islam, 15(3), 429-438. https://doi.org/10.32832/tawazun.v15i3.9134
Ningsih, I., Basri, H., & Suhartini, A. (2022). Implementasi Study Living Qur’an di Pesantren Mahasiswa Institut Ilmu Al-Qur’an Jakarta. Journal Analytica Islamica, 11(2), 340-352. https://doi.org/10.30829/jai.v11i2.13706
Noh, M. A. C., Tamuri, A. H., Razak, K. A., & Suhid, A. (2014). The study of quranic teaching and learning: United Kingdom experience. Mediterranean Journal of Social Sciences, 5(16), 313-317. https://doi.org/10.5901/mjss.2014.v5n16p313
Nurjanah, S., & Zulkarnaen, I. (2022). Pendampingan masyarakat melalui peningkatan fungsi masjid sebagai penguat ukhuwah Islamiyah dan pendidikan Islam berbasis nilai-nilai religius di desa Aengdake Bluto Sumenep. ABDINA: Jurnal Sosial dan Pengabdian kepada Masyarakat. https://doi.org/10.28944/abdina.v1i1.547
Qolbi, R. (2024). Aksi Sosial Mengajar Anak Taman Pendidikan Al-Qur’an Masjid Andalusia Islamic Center. Tamkin Jurnal Pemberdayaan Tazkia. https://doi.org/10.30993/tamkin.v2i1.398
Rashid, S. M. M., & Jamil, N. R. M. (2025). Kompetensi Profesional Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pendengaran: Professional Competency of Islamic Education Teachers in Teaching Quranic Recitation to Students with Hearing Impairments. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 9(1), 83-95. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs. https://doi.org/10.33102/jqss.vol9no1.261
Sain, M., Asmariani, A., Ahmad, A., & Siagian, S. (2021). Pembinaan Remaja Masjid dalam Mempelajari Al-Quran. ABDIMASY: Jurnal Pengabdian dan Pemberdayaan Masyarakat. https://doi.org/10.46963/ams.v2i1.333
Segar, D. K., & Wati, E. A. F. (2022). The Living Qur’an: Makna Mujahadah Di Pondok Pesantren Isc Aswaja Lintang Songo Piyungan Bantul Yogyakarta. REVELATIA Jurnal Ilmu Al-Quran Dan Tafsir, 3(1), 18-30. https://doi.org/10.19105/revelatia.v3i1.5423
Semiha, S., Altinyelken, H. K., & Volman, M. L. L. (2021). Pedagogies of Turkish mosque education in the Netherlands. Journal of Muslims in Europe, 10(2), 210–233.
Senjaya, S., Kosasih, A., Hermawan, W., & Oki, A. (2023). Implementasi Tadabbur Berbasis Maqāṣid Al-Qur’an. ZAD Al-Mufassirin, 5(1), 78-92. https://doi.org/10.55759/zam.v5i1.65
Setyo, A. W., & Iksan. (2025). MIM (Maghrib Isya Mengaji): An innovation in mosque-based al-Qur’an learning for parents. Instructional Development Journal, 8(2), 214–219.
Shafiai, M. Z., & Rahim, M. M. A. (2021). Hubungan talaqqi musyafahah dengan bacaan al-Quran dan qiraat pelajar institusi tahfiz di negeri Perak [Correlation between talaqqi musyafahah and the reading of the Qur'an and qiraat of the tahfiz institution in the Perak state]. UFUQ International Journal of Arts and Social Science Research, 1(2), 62-74.
Sharifah Norshah Bani, S. B., Mohd Shafiee, H., Tasnim, A. R., Kasimah, K., & Nik Azeah, N. A. (2018). Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran: Kajian di Masjid UniSZA. Jurnal Hadhari, 10(1), 93–108.
Silvia, S., & Rike, P. (2021). Pelaksanaan pembelajaran al-Qur’an di Lembaga Pendidikan Qur’an Masjid Nurul Iman. At-Tarbiyah al-Mustamirrah: Jurnal Pendidikan Islam, 2(1), 40–46.
Sin, N. Z. M. (2014). Definisi Qawa’id al-Tadabbur: Satu Analisis Perbandingan dengan Qawa’id al-Tafsir. International Journal of Quranic Research, 6(1), 63-82.
Sulaiman, S. S. (2018). Kaedah hafazan: suatu tinjauan ringkas. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2(1), 44-59.
Ulum, B., Yarnis, S., Chairatunnisa, J., Rahma, L., Ikhsani, F. N., Nasution, S. A., & Rusdy, V. M. (2025). Enhancing Islamic Educational Outcomes through Community-Based Research. Al-arkhabiil: Jurnal Pengabdian Masyarakat, 5(1), 1-11. https://doi.org/10.51590/jpm_assunnah.v5i1.740
Yusuff, M. S. S., Haji-Othman, Y., & Manaf, M. R. A. (2021). Tadabbur Surah Al-Hadid Using the Quran Tadabbur Digital Application: A Critical Analysis. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(4), 1138-1143. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v11-i4/9776
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Jurnal Pengajian Islam

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.






