Pendekatan Terapi Psikospiritual Islam dalam Menangani Salah Laku Seksual Remaja

Authors

  • Muhammad Hafizulhilmi Mohd Noh Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Manawi Mohd Akib Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/9s34d684

Keywords:

Psikospiritual Islam, Seks Bebas, Remaja, Tazkiyah al-Nafs, Teriapi Iman, Terapi Ibadah, Terapi Tasawuf

Abstract

Fenomena seks bebas dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia semakin membimbangkan apabila statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja antara tahun 2018 hingga 2020. Kajian ini bertujuan mencapai dua objektif utama: pertama, mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada gejala seks bebas dalam kalangan remaja; dan kedua, mengkaji konsep terapi psikospiritual Islam yang merangkumi tazkiyah al-nafs, terapi iman, terapi ibadah dan terapi tasawuf sebagai pendekatan intervensi yang holistik bagi menangani salah laku seksual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis kandungan dan sorotan literatur sistematik terhadap sumber-sumber primer al-Quran, al-Sunnah dan karya-karya ulama serta sumber sekunder daripada pangkalan data akademik Scopus, Web of Science, Google Scholar dan MyCite dalam tempoh 2015 hingga 2026. Dapatan kajian mengenal pasti dua faktor utama yang mendorong gejala seks bebas remaja, iaitu faktor luaran yang merangkumi pengaruh media sosial, pornografi, rakan sebaya dan persekitaran keluarga yang lemah dan faktor dalaman yang meliputi penyakit hati seperti al-hawa’, hubbu al-dunya dan al-ghaflah, selain tekanan emosi dan kelemahan spiritual. Kajian ini selanjutnya mendapati bahawa keempat-empat terapi psikospiritual Islam berupaya memodifikasi tingkah laku seksual remaja melalui tiga mekanisme bersepadu, iaitu mekanisme kognitif-spiritual, afektif-emosional dan tingkah laku-amali. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan terapi psikospiritual Islam diintegrasikan secara sistematik ke dalam program intervensi remaja berisiko di institusi pendidikan, pusat pemulihan dan platform kaunseling digital bagi membentuk remaja yang beriman, berakhlak mulia dan tahan lasak secara psikospiritual.

References

Al-Quran al-Karim.

al-Bukhari, M. I. (1422H). Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi (Sahih al-Bukhari) (Jld. 1–9). Dar Tawq al-Najah.

al-Naysaburi, M. I. H. (t.t.). Al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar bi Naql al-‘Adl ‘an al-'Adl ila Rasulillah SAW (Sahih Muslim) (Jld. 1–5). Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

al-Razi, F. D. M. I. U. (1981). Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir). Dar al-Fikr.

Ab Razak, M. R., & Hamjah, S. H. (2017). Faktor zina dan kesannya dalam kehidupan remaja. Jurnal Sains Insani, 2(2), 1–9.

Ammer, F. F., & Salleh, S. (2023). Impak media sosial terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja. Jurnal Peradaban Melayu, 18(2), 1–9. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.2.1.2023

Aristyasari, Y. F., Mustaqim, A., & Ichsan. (2026). Buletin Ilmiah Psikologi (BIP), 6(1). https://doi.org/10.51214/bip.v6i1.1819

Azizan, A. H. (2018). Gangguan psikoseksual menurut Barat dan Islam: Faktor dan cabaran dalam menanganinya menurut Islam. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(8), 41–64.

Badri, M. B. (2016). The dilemma of Muslim psychologists. Islamic Book Trust.

Dwinanda, P., Shofiah, V., & Rajab, K. (2023). Psikoterapi Islam: Model psikoterapi taqwa. Psikobuletin: Buletin Ilmiah Psikologi, 4(3), 222–230. https://doi.org/10.24014/pib.v4i3.21830

Haramain, M., & Afiah, N. (2024). Bridging faith and therapy: A systematic review of Islamic psychotherapy in mental health and rehabilitation. Indonesian Journal of Islamic Counseling, 6(2), 133–154.

Hartati, S. (2018). Tazkiyatun nafs as an effort to reduce premarital sexual behavior of adolescents. Islamic Guidance and Counseling Journal, 1(1), 33–44. https://doi.org/10.25217/igcj.v1i1.207

Hasanah, M., Alhifni, A., & Khur’in, L. (2026). Jurnal Psikologi Teori dan Terapan, 17(1), 37–44. https://doi.org/10.26740/jptt.v17n01.p37-44

Ibn Kathir, I. U. (2020). Tafsir Ibn Kathir (Terjemahan). Darussalam.

Idris Awang. (1997). Kelakuan seks bebas di kalangan remaja Melayu. Jurnal Usuluddin, 177–192.

Ma’rifah, M., Suranti, N. M. Y., & Gunawan. (2025). Edu-Soshum, 6(1). https://doi.org/10.52366/edusoshum.v6i1.244

Mansor, A., Mohd Yassin, K., Ahmad, S., Thohir, A., & Kodir, M. (2026). Dhikr therapy in mental recovery of drug addicts: An Islamic psychospiritual case study. International Journal of Research and Innovation in Social Science, 10(1), 1–15.

https://doi.org/10.47772/ijriss.2026.10100455

Minhat, H. S., Raja Ismail, R. N. N., & Lim, P. Y. (2023). Determinants of premarital sexual behavior among the late adolescents in Pahang, Malaysia. Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, 19(4), 117–123. https://doi.org/10.47836/mjmhs19.4.18

Mohd Khir Johari Abas, Md Noor Saper, & Nurul ‘Ain Mohd Daud. (2025). Aplikasi model kaunseling tazkiyah al-nafs dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 26(1), 133–151. https://doi.org/10.37231/jimk.2025.26.1.897

Mohd Manawi Mohd Akib, Nurul Shuhadah Md Yahya, Hamdi Ishak, Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Che Zarrina Sa’ari, & Sharifah Basirah Syed Muhsin. (2024). Masalah spiritual remaja berisiko dan faktor yang mempengaruhinya: Suatu kajian literatur. Jurnal Pengajian Islam, 17(II), 1–20.

Mohd Manawi Mohd Akib, Nurul Shuhadah Md Yahya, Sharifah Basirah Syed Muhsin, & Che Zarrina Sa’ari. (2025). Terapi psikospiritual berdasarkan konsep ketenangan jiwa menurut al-Tafsir al-Kabir dalam menangani remaja berisiko. QURANICA, International Journal of Quranic Research, 17(2), 237–268.

Mohd Noh, M. A., Mat Noor, S. F., Judi, H. M., Mat Zin, N. A., & Ashaari, N. S. (2025). Designing self-management features for digital Islamic spiritual health interventions for adolescents with sexual behavior problems. Journal Ilmiah Peuradeun, 13(3).

https://doi.org/10.26811/peuradeun.v13i3.1430

Nur Shahidah Paad, Sharifah Basirah Syed Muhsin, & Mohd Syukri Zainal Abidin. (2021). Implementasi psikospiritual Islam dalam pembentukan model motivasi pembangunan diri remaja. Afkar, 23(2), 405–444. https://doi.org/10.22452/afkar.vol23no2.11

Nurul Husna Mansor, Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, & Raihanah Abdullah. (2016). Implementasi ibadah Islam sebagai terapi salah seksual remaja: Kajian terhadap pusat perlindungan wanita terpilih di Selangor. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 4(1), 73–84. http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2016-0401-07

Othman, M. K., et al. (2024). Global Journal of Al-Thaqafah (GJAT), 14(2). https://doi.org/10.7187/gjat072024-4

Sa'ari, C. Z., & Syed Muhsin, S. B. (2012). Cadangan model psikoterapi remaja Islam berasaskan konsep tazkiyah al-nafs. Jurnal Usuluddin, 36, 49–74.

Said Hawa. (2009). Al-Mustakhlas fi Tazkiyyat al-Anfus. Dar al-Salam.

Suhertina, S. (2025). Jurnal Islam: Jurnal Ilmu-Ilmu Keislaman, 15(2). https://doi.org/10.24014/jiik.v15i2.37785

Tengku Kasim, T. S. A., Ahmad, S. S., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2024). Psikoterapi tasawuf dan peranannya dalam pengurusan emosi pelajar. Journal of Islamic Educational Research (JIER), 10(1), 62–69.

Published

2026-05-31

How to Cite

Pendekatan Terapi Psikospiritual Islam dalam Menangani Salah Laku Seksual Remaja. (2026). Jurnal Pengajian Islam, 19(1), 138-154. https://doi.org/10.53840/9s34d684