Masalah dan Cabaran Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Problems and Challenges of Tadabbur Al-Qur'an among Ulul Albab Model Tahfiz Students (TMUA)

Authors

  • Rohana Zakaria Universiti Islam Selangor
  • Mohd Asri Ishak Universiti Islam Selangor
  • Sharifah Noorhidayah Syed Aziz Universiti Islam Selangor
  • Mardhiah Yahaya Universiti Sains Islam Malaysia
  • Hayati Hussin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Sofea Thanaa’ Saibon Universiti Islam Selangor

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.355

Keywords:

Tadabbur, Masalah tadabbur, Cabaran tadabbur, Al-Quran, TMUA

Abstract

Tadabbur al-Quran merupakan suatu mekanisme terpenting dalam membangunkan modal insan khususnya dari aspek kerohanian seorang insan, sekali gus menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan krisis dan masalah sosial. Justeru, golongan pelajar tahfiz merupakan golongan remaja yang sentiasa mendampingi al-Quran. Namun realiti kini mendapati bahawa pelajar tahfiz lebih menumpukan hafazan berbanding memahami makna ayat yang dihafaz. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) tingkatan empat dan lima di sekolah Menengah Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik yang dianalisis secara deskriptif kepada 300 pelajar tingkatan empat dan lima dari lima buah sekolah tersebut telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan min dan peratusan. Data kuantitatif kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienes 29.0 (SPSS 29.0). Hasil kajian mendapati nilai keseluruhan min berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan sebahagian pelajar menghadapi masalah dalam mentadabbur dan berinteraksi bersama al-Quran. Hasil kajian mengenalpasti bahawa antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah seperti pelajar lebih mengutamakan kelancaran berbanding kefahaman terhadap ayat al-Quran, pelajar memberi seluruh tumpuan terhadap hafazan tanpa tadabbur, pelajar tidak mempunyai waktu yang cukup untuk tadabbur, pelajar tidak mengambil tahu bagaimana cara untuk tadabbur ketika menghafaz al-Quran, pelajar menghafaz al-Quran hanya untuk menepati silibus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelajar menghafaz al-Quran tanpa menghayati maknanya, pelajar tidak memahami makna ayat al-Quran yang dihafaz dan guru hanya memberi tumpuan terhadap bacaan dan hafazan sahaja. Oleh yang demikian, para pelajar dan seluruh pihak yang terlibat hendaklah berusaha menangani masalah-masalah yang dihadapi agar dapat membantu para pelajar dalam mentadabbur al-Quran seterusnya dapat merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan tahfiz demi melahirkan huffaz yang cemerlang.

References

Al-Quran al-Karim.

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali. 2013. “Latar Belakang Guru Tahfiz Dan

Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia”. The Online Journal of

Islamic Education. 1 (1) :28-39.

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali. 2015. “Persepsi Guru Tahfiz Terhadap

Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia”. International Journal of

Islamic Studies and Arabic Language Education. 2 (1): 35-50.

Hashim Bin Ali Al-Ahdal. 2008. "Ta’lim Tadabbur Al-Quran Al-Karim: Asalib Amaliah Wa Marahil Manhajiyyah’." Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah.

Hayati Hussin. 2019. "Masalah Tadabbur Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Di Maahad

Tahfiz Selangor." Al-Tadabbur: Jurnal Ilmu Al-Quran Dan Tafsir.

Maisarah Thulhuda binti Mat Jafri, Mohd Faizulamri bin Mohd Saad & Sabri bin Mohamad

“Keutamaan Amalan Tadabbur al-Quran Terhadap Murid Tahfiz”. Jurnal al-Turath. 3 (2).

Mohd Faizulamri Mohd Saad, Sabri Mohamad, Hamdi Ishak & Haziyah Hussin. 2020.

“Kaedah Penerapan Tadabbur Untuk Huffaz Al-Quran”. Tinta Artikulasi Membina

Ummah 6 (2), 15-23, e-ISSN: 2289-960X.

Mohd Hakim Bin Mothar Rijan, Mahmmod Bin Sabtu & Azmi Bin Budin. 2021. “Kefahaman Ayat Al-Quran Dikalangan Pelajar Tahfiz: Satu Sorotan”. Jurnal Maw’izah. Jilid 4 2021: 1-10, eISSN: 2636-9354, Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka.

Muhammad Toriq Bin Yaacob Abdul Razak Bin Mohd Zain. 2017. “Amalan Teknik Hafazan

Al-Quran Di Darul Quran”. Darul Quran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Munirah Abd Razzak, Liyana Nadzirah Md Saril, Nor Hizwani Ahmad Thohir & Nik

Mohd Zaim Ab Rahim. 2014. “Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran

Melalui Program Televisyen: Kajian Di Tv Al-Hijrah”. Proceedings: The 4th Annual

International Qur’anic Conference 2014. E-ISBN: 978- 967-12182-6-6© 2014 Centre

of Quranic Research.

Nurul Ain Zainal Abidin, Mohd Faizulamri Mohd Saad & Sabri Mohamad. 2017. “Tahap Pengetahuan Pelajar Di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran”. Jurnal Al-Turath. 2 (1): 47-53.

Nurul Zakirah Mat Sin, Mohd Yusoff Dan Zulkifli. 2012. “Konsep Tadabbur: Suatu Kupasan.” In International Seminar on al-Quran in Contemporary Society.

Nurul Zakirah Mat Sin. 2014. "Definisi Qawa’id al-Tadabbur: Satu Analisis Perbandingan Dengan Qawa’id al-Tafsir." International Journal of Quranic Research 6, no. 1 (2014): 63-82.

Rohana Zakaria, Hayati Hussin dan Zainora Daud. 2017. "Amalan Tadabbur al-Quran Ke Arah

Pemerkasaan Jati Diri Dan Pemantapan Rohani." Kuala Lumpur

Shaharuddin, S. A., Ismail, S., Mustafa, N. M., Yahaya, M., & Razali, K. S. (2024). Kemajuan Inovasi Aplikasi Tahfiz Digital: Satu Kemudahan bagi Pengajian Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Innovative Progress of Digital Tahfiz Application: A Facility of Tahfiz Al-Qur'an Study In Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 17(1), 133-146.

Published

2024-12-09

How to Cite

Zakaria, R., Ishak, M. A. ., Syed Aziz, S. N. ., Yahaya, M. ., Hussin, H., & Saibon, S. T. (2024). Masalah dan Cabaran Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA): Problems and Challenges of Tadabbur Al-Qur’an among Ulul Albab Model Tahfiz Students (TMUA). Jurnal Pengajian Islam, 17(2), 102–112. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.355