Analisis Fiqh Al-Bi’ah Menurut Perspektif Maqasid Al-Sunnah dan Aplikasinya dalam Konteks Masa Kini

Analysis of Fiqh Al-Bi’ah From the Perspective of Maqasid Al-Sunnah and Its Application in Contemporary Context

Authors

  • Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v18i2.346

Keywords:

fiqh al-bi'ah, al-Kutub al-Tis'ah, Maqasid al-Sunnah, aplikasi, alam sekitar

Abstract

Fiqh al-Bi’ah adalah ilmu yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar berdasarkan prinsip Islam. Ilmu ini menggambarkan konsep penjagaan alam sekitar yang telah diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Namun, pemisahan antara sains dan agama telah menyebabkan pengabaian etika terhadap alam sekitar, yang dapat dilihat melalui statistik pencemaran udara di Malaysia. Oleh itu, kajian ini amat diperlukan untuk meneliti kembali teks hadith mengenai Fiqh al-Bi'ah dalam al-Kutub al-Tis’ah. Kajian ini berusaha mengisi kekosongan dalam penyelidikan mengenai integrasi nilai-nilai Islam dalam penjagaan alam sekitar yang kritikal dalam menangani isu-isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar masa kini. Melalui analisis kritikal, kandungan hadith-hadith dianalisis dan prinsip-prinsipnya dibina mengikut perspektif Maqasid al-Sunnah serta aplikasinya dalam konteks masa kini. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif, dengan pengumpulan data melalui dokumentasi dan analisis data menggunakan kaedah analisis kandungan. Sejumlah 40 hadith berkaitan Fiqh al-Bi'ah dalam al-Kutub al-Tis’ah telah dianalisis dan boleh dibahagikan kepada empat tema utama: air, bumi, haiwan, dan tumbuhan, serta gaya hidup manusia. Hadith-hadith ini disusun berdasarkan prinsip Maqasid al-Sunnah dan membentuk tujuh prinsip utama yang kemudian diaplikasikan dalam konteks masa kini. Kajian ini juga mencadangkan agar kajian lanjut mengenai pelaksanaan Fiqh al-Bi’ah dalam masyarakat dijalankan supaya ilmu ini tidak hanya kekal pada peringkat teori semata-mata.

References

Abdul Muhsin, A. R. 2022. Al-Nahyu ‘An Al-Ifsad Fi Al-Ard Wa Himayah Al-Bi’ah. Kutaba. https://khutabaa.com/ar/article/%D8%A7%D9%84%D9%86%D9%87%D9%8A-%D8%B9%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%A5%D9%81%D8%B3%D8%A7%D8%AF-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B1%D8%B6-%D9%88%D8%AD%D9%85%D8%A7%D9%8A%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A8%D9%8A%D8%A6. Diakses pada 1 Oktober 2023.

Abu Bakar, S., & Hussin, H. (2024). Prospek Penyelidikan Tafsir Mawdu’i di Malaysia: Prospects for Tafsir Mawdu’i Research in Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 17(2), 72–86. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.356

Ahmad, A.-R. 2013. Maqāṣid Al-Maqāṣid Al-Ghāyāt Al-‘Ilmiyyah Wa Al-‘Amaliyyah Li Maqāṣid Al-Sharī‘ah. Beirut: Al-Shabkah Al-‘Arabiyyah Li Al-Abhas Wa Al-Nashr.

Al-Husain, M. 2012. Al Mafātih Fi Syarh Al Maṣabih. Kuwait: Dar Nawadir.

Al-Qaradawi, Y. 1998. Al-Sunnah Masdaran Li Al-Ma’rifah Wa Al-Hadarah. Kaherah: Dar Al-Syuruq.

Al-Zabidi, M. M. A.-H. 1987. Tāj Al-‘Arus ed. ‘Abd Majid Qatamisj. Kuwait: Al-Turath Al-‘Arabi’ah.

Al-Zayyan, Ramadan Ishaq. 2002. Al-Ḥadīth al-Mawdī’iy Dirāsah Nazariyyah. Majallah al-Jami‘ah al-Islamiyyah. 10(3): 207-248.

Azizan, B. 2021. Sustainable Development Goals And The Shariah. New Straits Time. https://www.ikim.gov.my/index.php/2021/07/09/sustainable-development-goals-and-the-shariah. Diakses pada 1 Oktober 2023.

Chua Yan Piaw, 2014. Kaedah Penyelidikan. 3rd Ed. Selangor: Mc Graw Hill Education

Fathullah, A., Jasni, S., & Ammar, I. 2021. Analysis Of Use Of Daif Hadith In The Fatwa On Islamic Inheritance Law (Faraid) In Malaysia. Islamiyyat. 43(2): 18.

Hātim, A.-‘. 2009. Al-Takhrīj Wa Dirāsah Asānid. Multaqā Ahl Al-Hadīth.

Ibn Manzur, J. A.-D. M. B. M. 1879. Lisān Al-‘Arab. Beirut: Dar Al-Sadir.

Ibn Rejab, A.-H. 1999. Jāmi’ Al-Ulum Wal Al-Hikam Fi Syarh Khamsin Aḥādith Min Jawāmi’ Al-Kalim Tahqiq Syuaib Al-Arnaut. Beirut: Muassasah Al-Risalah.

Iqbal S., & Razick, A. S. 2021. Awareness Of Enviromental Protection Amongst Muslims In Ampara District. Islamiyyat, 43(2): 27.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 2016. Fatwa Pencemaran Alam Sekitar. http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15481. Diakses pada 1 Oktober 2023.

Latifah, N. A.-R. 2022. Al-Ḥadīth Al-Maudhu’i Al-Manhaj Wa Al-Ta’sīl Wa Al-Tamsil. Mekah: Dar Tayyibah Al-Khudara’.

Mahmud, Y., Et al. 2023. Green Economy Financing According To Fiqh Al-Biah As Part Of Maqashid Sharia. Pena Justisia, 21(1): 203.

Mashitoh, Y., Et al. 2017. Transformation Of Muslim Behavior Towards Sustainable Environment: Perspectives Of Non-Governmental Organisations In Klang Valley. Akademika, 87(2): 20.

Mohd Asmadi, Y., Et al. 2015. Fiqh al-Bi’ah Dalam Pengurusan Air: Kajian Dari Perspektif Al-Sunnah Dalam Sunnah Nabawiyah: Survival Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 351.

Mohd Awang Idris, Haslina Muhamad, and R Zirwatul Aida R Ibrahim. 2018. Metodologi Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Awang, I., Haslina, M., & Zirwatul Aida, R. I. 2018. Metodologi Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Farhan, M. A. (2021). Kenapa Islam Sangat Menghargai Air. Bebas News. https://bebasnews.my/2021/07/24/kenapa-islam-amat-menghargai-air/. Diakses pada 1 Oktober 2023.

Mohd Khairulnazrin, M. N. 2023. Garis Panduan Kajian Hadith Tematik Bagi Penulisan Tesis dan Disertasi. Malaysia: Penerbit KIAS.

Mohd Muhiden, A. R. 1996. Al-Hadith Kedudukan Dan Peranannya Dalam Islam. Jurnal Usuluddin: 35.

Mohd Rusli, A. H. (2025). Metodologi Penulisan dan Verifikasi Hadis-Hadis Khutbah Jumaat:

Tumpuan Kepada Teks Khutbah Terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Tahun 2023: Methodology of Writing and Verification of Friday Sermon Hadiths: Focus on The

Sermon Texts Published by The Terengganu State Religious Affairs Department (JHEAT) In 2023. Jurnal Pengajian Islam, 18(1), 14–55. https://doi.org/10.53840/jpi.v18i1.318.

Muhajarah, K., & Soebahar, Moh. E. (2024). Fiqh of tolerance and religious moderation: a study towards Indonesia, Malaysia, and Thailand. Cogent Arts & Humanities, 11(1). https://doi.org/10.1080/23311983.2024.2303817.

Muhammad Muinul, I. 2004. Towards A Green Earth: An Islamic Perspective. Jurnal Asian Affairs. 26(4).

Muhammad Remy, O., Et al. 2023. Analysis Of The Significance Treatment Of Henna In The Formulation Based On Fiqh Al-Hadith. Islamiyyat, 45(1): 24.

Muhammad Salih, A.-U. 2011. Syarah Riyadh Al-Ṣālihīn. Riyadh: Dar Watan Li Nasyr.

Muslim, B. H. 1955. Sahīh Muslim Tahqiq Muhammad Fuad Abd Baqi Mat’ba’ah Isa: Kaherah, 4:2098 (Kitab Aksar Ahl Al-Jannah Al-Fuqara’ No 99).

Nizamuddin, Z., Et al. (2008). Konsep Dan Dimensi Alam Sekitar: Kupasan Dasar-Dasar Islam Dalam Pemeliharaannya Berdasarkan Al-Quran Dan Al-Sunnah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Agro Sains Dan Teknologi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1-2 April 2008, 105.

Osman Haji Khalid. 2006. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2022. Penjagaan Alam Sekitar Dalam Agama Islam. https://muftiwp.gov.my/ms/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5427-bayan-linnas-siri-ke-259-penjagaan-alam-sekitar-dalam-agama-islam. Diakses pada 1 Oktober 2023.

R. Wahyu Agung, U., Et al. 2019. Tinjauan Maqashid Syariah Dan Fiqh al-Bi’ah Dalam Green Economy. Jurnal Ekonomi Islam, 10(2): 245.

Rosni, W. 2020. Tuntutan Kesihatan Mental Menurut Maqāsid Al-Sunnah. Konferens Persidangan Antarabangsa Isu-Isu Semasa Al-Quran Dan Hadith (Thiqah 2020): 3.

Rozita, I. 2002. Literasi Alamsekitar Menurut Paradigma Agama. Jurnal Pengajian Umum.

Sulaiman Abd, Q. 1998. Al-Ta’yin Fī Syarh Al-Arbaīn. Beirut: Muassasah Al-Rayan.

Usman, A. H., & Nasir, M. N. 2023. Analisis Wacana Hadis tentang Penjagaan Alam Sekitar: Analysis of Hadith Discourse on Environmental Care. HADIS, 13(26), 51-61. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i26.220

Yusry, M. I. 2019. Konsep Umum Rahmat Terhadap Alam Sekitar Menurut Perspektif Pentafsiran Al-Ra’yi. Journal Of Maalim Al-Quran Wa Al-Sunnah: 10.

Zahari, M. M. 2010. Fiqh Al-Bi’ah: Prinsip Interaksi Manusia Dengan Alam Persekitaran. Jurnal Syariah, 18(1): 1-24.

Zaini, U., & Zulkifli, M. Y. 2021. 40 Hadith Pelestarian Alam Sekitar Edisi Kedua (40 Hadith On Environmental Sustainability 2nd Ed.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Published

2025-12-01

How to Cite

Dzulraidi, D. H. . (2025). Analisis Fiqh Al-Bi’ah Menurut Perspektif Maqasid Al-Sunnah dan Aplikasinya dalam Konteks Masa Kini: Analysis of Fiqh Al-Bi’ah From the Perspective of Maqasid Al-Sunnah and Its Application in Contemporary Context. Jurnal Pengajian Islam, 18(2), 1–17. https://doi.org/10.53840/jpi.v18i2.346