Analisis Keberkesanan Kursus Modul Bersepadu Pasca Perkahwinan Islam Terhadap Perhubungan Suami Isteri di Negeri Selangor

The Effectiveness of The Integrated Post-Marriage Islamic Module Course on Husband-Wife Relationships

Authors

  • Nur Faezah Musthapar CIK
  • Bahiyah Ahmad Universiti Malaya
  • Mohd Rizal Muwazir Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v18i1.326

Keywords:

Kursus Modul Bersepadu Pasca Perkahwinan Islam, Keberkesanan, Perhubungan Suami Isteri

Abstract

Objektif utama Kursus Modul Bersepadu Pasca Perkahwinan Islam adalah untuk mengatasi konflik dalam hubungan suami isteri di Malaysia. Ini berikutan pelbagai isu yang semakin membimbangkan seperti peningkatan kes penceraian, keganasan rumah tangga dan pembunuhan. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kursus tersebut dalam memperkukuh hubungan suami isteri. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini mengadaptasi Model Kirkpatrick yang mengukur keberkesanan kursus pada empat tahap iaitu reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Seramai 104 peserta kursus anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah terlibat sebagai sampel kajian. Data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual, kemudian dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ANOVA sehala dan korelasi Spearman manakala temu bual dianalisis melalui kaedah analisis tematik. Dapatan statistik deskriptif menunjukkan bahawa keberkesanan kursus paling tinggi berada pada tahap tingkah laku (min=5.83), diikuti tahap hasil (min=5.79), tahap reaksi (min=5.73) dan tahap pembelajaran (min=5.51). Hasil analisis ANOVA menunjukkan bahawa hanya demografi bilangan anak memberikan perbezaan yang signifikan terhadap tahap reaksi, tingkah laku dan hasil. Sementara itu, analisis korelasi mendapati hubungan paling kuat berlaku antara tahap reaksi dan pembelajaran. Kajian ini merumuskan bahawa kursus berkenaan berjaya mengukuhkan hubungan suami isteri namun penambahbaikan pada aspek pengisian modul dan pelaksanaan kursus adalah diperlukan.

References

Abū ‘Abdullah Muhammad Fakhr al-Dīn al-Rāzī. (1420). Al-Tafsir al-Kabīr. Bīrūt: Dār Iḥya᾿ al-Turath al-‘Arabī. 25(91)

Aljawharah Alsalamah dan Carol Callinan. (2021). Adaptation of Kirkpatrick’s Four-Level Model of Training Criteria to Evaluate Training Programmes for Head Teachers. Educ. Sci. 11

Aqilah Mior Kamarulbaid. 2022. Abai Nafkah Isteri, Anak Punca Cerai. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/01/abai-nafkah-isteri-anak-punca-cerai/ 16 Jun 2023

Azizah Mohd Rapini, Zanariah Dimon, Nora’inan Bahari, Nawal Solehuddin, Nur Dayana Mohd Khalil & Nurhidayah Muhammad Hashim. (2022). Keperluan Pembinaan Modul Kursus Pembangunan Keluarga Islam Mesra Oku Pendengaran: Analisis Isu-Isu Berkaitan. Jurnal Pengajian Islam Vol 15. Isu 2, hlm. 213-224

Bernama. 2016. Jakim Lancar Modul Pascaperkahwinan Islam, Perkukuh InstitusiKekeluargaan. https://www.utusanborneo.com.my/2016/03/04/jakim-lancar-modul-pascaperkahwinan-islam-perkukuh-institusi-kekeluargaan 13 Ogos 2022

Bernama. 2023. Masalah Kewangan Punca Kes Cerai Tinggi.

https://www.sinarharian.com.my/article/29843/berita/nasional/masalah-kewangan-punca-kes-cerai-tinggi 16 Jun 2023

Ercy Gracella Ajos. 2023. Rombak Modul Kursus Praperkahwinan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1092445/rombak-modul-kursus-praperkahwinan 17 Jun 2023

Hamid Mohamad Asanar et al. (2021). Pencetus Utama Konflik Perkahwinan Sepanjang Fasa Pertama Perkahwinan Dalam Kalangan Pasangan Muda: Kajian Kes Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). International Journal For Studies On Children, Women, Elderly And Disabled

John R. Baker. (2023). The Effects of Text Length on the Readability of Model Essays. GEMA Online Journal of Language Studies Vol 23.Isu 1, hlm. 60-73

K.Mohan Kathan & Roslinda Rosli. (2019). The Effectiveness of SM Aeromech For Enhancing Student’s Achievement in Mathematics. GJAT Special Issue, hlm.123-132

Konvensyen Keluarga Sakinah Capai 15 Resolusi Bagi Mendepani Cabaran Dan Isu-Isu Semasa Kekeluargaan. 2022. http://umktv.umk.edu.my/global/353-konvensyen-keluarga-sakinah-capai-15-resolusi-bagi-mendepani-cabaran-dan-isu-isu-semasa-kekeluargaan.html 2 Februari 2022

KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan. 2022. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpwkm-cadang-wujudkan-kursus-pasca-perkahwinan-286518 2 Februari 2022

Latifah Arifin. 2021. Pengurusan Komunikasi Lemah Antara Punca Cerai. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864890/pengurusan-komunikasi-lemah-antara-punca-cerai 16 Jun 2023

Mohd Faizal Mohd Isa, Wan Shakizah Wan Mohd Noor & Zulkiflee Daud. (t.t) Faktor Jurulatih Mempengaruhi Keberkesanan Latihan: Satu Kajian Empirikal Di Jabatan Meteorologi Malaysia. School of Business Management College of Business, Accounting Building Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Noorazura Abdul Rahman. 2023. Kehadiran Orang Ketiga Punca Perceraian Meningkat di Kedah. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1077046/kehadiran-orang-ketiga-punca-perceraian-meningkat-di-kedah 16 Jun 2023.

Nur Iftitah Rozlan. 2023. Kadar Perceraian Membimbangkan. https://www.sinarharian.com.my/article/241595/berita/nasional/kadar-perceraian-membimbangkan 16 Jun 2023

Rosalinda Md. Said. 2022. Tiada tanggungjawab, Lemah Agama Punca Utama Cerai di Terengganu. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/tiada-tanggungjawab-lemah-agama-punca-utama-cerai-di-terengganu/ 16 Jun 2023

Rosman Md Yusoff, Kassim Thukiman dan Fadilah Ismail. (2011). Keberkesanan Pelaksanaan Program Modul Keluarga Sakinah Di Negeri Johor. Disertasi sarjana, Universiti Teknologi Mara.

Sa`id `Abd al-`Azim. (2002). Wa `Ashirūhunna Bil Ma`rūf. Iskandariyah: Dar al-Iman.

Shafiyah Iqlima Mohd Nadzri. (2020). Polemik Penceraian di Malaysia, Perspektif TSIS: Jabatan Kajian Politik Nasional & Antarabangsa. Terengganu Strategic & Integrity Institute, 15, hlm. 8-9

Sharifah Nur Nusrah Syed Yassin dan Suhaili. (2018). Pengurusan Kewangan Keluarga Dan Kursus Pra Perkahwinan Muslim Di Malaysia. Seminar Penyelidikan Antarabangsa Pengurusan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siddiq Hassan Khan. (1990). Fath al-Bayān fi Maqāsid al-Qur’ān. Kuwait: Dār al-Fikr al-‘Arabī. 7(245)

Uma Sekaran. (2003). Research Methods For Business: A Skill-Building Approach. United States of America: John Wiley & Sons, Inc.

Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang & Mazlina Che Mustafa. (2021). Kesan Modul Literasi Awal Terhadap Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Bagi Kanak-Kanak Taska. GJAT Vol 11. Isu 1, hlm. 62-72

Zakiyah Jamaluddin & Ismail Kiprawi. (t.t). Ikatan Dan Kawalan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Delinkuens Jabatan Kerja Sosial Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia Universiti Utara Malaysia

Published

2025-06-05

How to Cite

Musthapar, N. F., Ahmad, B., & Muwazir, M. R. (2025). Analisis Keberkesanan Kursus Modul Bersepadu Pasca Perkahwinan Islam Terhadap Perhubungan Suami Isteri di Negeri Selangor: The Effectiveness of The Integrated Post-Marriage Islamic Module Course on Husband-Wife Relationships . Jurnal Pengajian Islam, 18(1), 97–122. https://doi.org/10.53840/jpi.v18i1.326