Kepekaan Terhadap Pemikiran Liberal dalam Kalangan Penjawat Awam Institusi Agama di Selangor
Perceptions and Sensitivity towards Liberal Ideologies among Civil Servants in Religious Institutions in Selangor
DOI:
https://doi.org/10.53840/jpi.v18i1.324Keywords:
Kepekaan, Pemikiran Liberal, Penjawat Awam, Institusi Agama, SelangorAbstract
Dewasa ini umat Islam menghadapi cabaran kepada akidah kuat. Sifat-sifat global yang terdapat dalam pelbagai hal seperti ekonomi, perdagangan, budaya sains dan hasil-hasil teknologi telah mencabar agama untuk terus relevan atau sebaliknya. Bagi memenuhi tuntutan akidah untuk mengatasi masalah moden era ini, pengaruh aliran pemikiran semasa perlu diperincikan sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh ilmuwan Islam terdahulu. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepekaan penjawat awam institusi Islam di Selangor terhadap isu-isu yang berlaku mengenai pemikiran liberal. Bagi mencapai objektif ini, metod kajian kuantitatif telah digunakan. Pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen dan instrumen soal selidik. Begitu juga kajian menggunakan teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling). Pemilihan sampel melibatkan penjawat awam institusi Islam di Selangor. Data kajian telah dianalisa secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan aspek positif dalam kepekaan terhadap pemikiran liberal di Selangor. Walaubagaimanpun terdapat simptom-simptom pemikiran tersebut dapat dikesan dalam aspek tertentu seperti perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia, Kesultanan, Pluralisme agama dan lain-lain lagi. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu merangka dasar baru pendidikan akidah juga dapat membantu pihak majlis agama dalam menangani penularan pengaruh pemikiran liberal di tanah air. Justeru itu pihak MAIS dan JAIS tidak boleh memandang ringan isu ini kerana ia berpotensi mengugat kredibiliti MAIS dan JAIS sebagai tonggak utama institusi Islam di Selangor.
References
Abd Rahim, Rahimin Affandi, and Nor Adina Abd Kadir. (2017). Wacana bias gender dalam masyarakat Melayu di Malaysia: analisis kritikal. The Malaysian Journal of Social Administration, 9(1), 107-128.
Ahmad Sunawari Long. (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Amir Hamzah Akal Ali @ Benz Ali.(2014). Antithesis. Kuala Lumpur; Dubook Press.
Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz & Peter Sickle .(2007). Moderate Muslim Networks. USA: RAND Corporation (Centre For Middle East Public Policy).
Astro Awani. 15 Ogos (2015). JAKIM tiada peranan dalam menentukan moral individu. Http://www.astroawani.com/berita/jakim-tiada-peranan-dalam-menentukan-moral-individu-noor-farida-69855.
Basem Khafaji. (2007). Staregik barat Mengekang Islam: Kajian Laporan yayasan RAND. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Charles Kuzman .(1998). Liberal Islam: A Source Book. New York. Oxford University Press.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2016. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
H.M Rasjidi. (1977). Koreksi Terhadap Drs Nurcholis Madjij Tentang Sekularisasi. Jakarta. Penerbit Bulan Bintang
Konrad Adenauer Foundation (KAF). 2007. The Initiative For The Formation Of A Malaysian Interfaith Commision: A Documentationt. S.Hadi Abdullah & K.S Sieh (ed). Kuala Lumpur: Konrad adenauer Faoudation
Krejcie, V. R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sample Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement, (30), Duluth: University of Minnesota.
Leonard Binder. 1998. Islamic Liberalisme: A Critique of development ideologiest. Chichago: Univeristy of Chichago Press.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2020). Kenyataan Media Mais Serius Tangani Fahaman Liberal Di Negeri Selangor. Diakses pada 6 Mac 2021 daripada https://www.mais.gov.my/kenyataan-media/
Mstar. 13 November 2015. JAKIM perlu jadi badan bebas – zaharin. Https://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/13/jakim-perlu-jadi-badan-bebas/.
Muhamad Rashidi Wahab & Siti Nur Hidayah Kusnin. 2016. laporan Awal: Sorotan Fenomena Buku Indie di Malaysia. Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Nurcholish Madjid.(2008). Islam, kemodernan dan keindonesian. Bandung. Penerbit Mizan.
The Malaysian Insider. 9 November (2015). Anak kepada Tun Dr Ismail mahu JAKIM dimansuhkan. https://www.malaysiainsider.com/bahasa/article/tawfik-ismail-disiasat-menghasut-kerana-gesaan-mansuh-jakim
Utusan Malaysia. 20 Ogos 2013. Video Wan Ji mahu hapus system beraja cetus kemarahan. http://www.utusan.com.my/utusan/dalam_negeri/20130821/dn-11/
Utusan Malaysia. 21 Mac 2015. Pengacara BFM didakwa hina hudud. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pengaca-bfm-didakwa-hina-hudud-1.71981.
Wan Ji Wan Hussin. (2015). Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi. Kuala Lumpur. Vinlin Press Sdn Bhd.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Jurnal Pengajian Islam

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.