Keperluan Pembangunan Model Islamik Daya Tindak Keluarga dalam Menangani Gejala Gangguan Mental Remaja di Selangor
Analysis on The Need of Islamic Developmental Models in Familial Coping for Dealing with The Symptoms of Mental Disorders Among Teenagers in Selangor
DOI:
https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.314Keywords:
Model Islamik, Daya tindak keluarga, Kesihatan mental, RemajaAbstract
Dalam penyelidikan pembangunan model, analisis keperluan dijalankan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan pengguna. Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dan spesifikasi model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja di Selangor. Bagi mewujudkan model yang mampu memenuhi keperluan keluarga sebagai pengguna, analisis keperluan telah dijalankan ke atas 4 orang ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang mengalami gejala gangguan mental di sekitar negeri Selangor. Pengumpulan data adalah melalui temu bual separa berstruktur dan teknik persampelan melibatkan ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami gangguan mental yang menetap di negeri Selangor. Data kualitatif daripada temu bual dengan ibu bapa telah dikategorikan dan dianalisis untuk mengenal pasti tema untuk memahami data. Analisis data mencungkil tiga tema utama iaitu: (1) Kesediaan ibu bapa dalam menghadapi anak yang mengalami masalah gangguan mental, (2) Pendekatan dan tindakan yang diambil ibu bapa dalam merawat anak mereka yang mempunyai gangguan mental dan (3) Stigma dan pandangan masyarakat terhadap pesakit dan isu gangguan mental. Analisis dapatan menunjukkan bahawa model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja berpotensi untuk berkembang dan ditambah baik. Selain daripada tiga tema utama yang dikenal pasti, cadangan dan spesifikasi yang diperolehi daripada temu bual dengan ibu bapa memberi maklumat berguna untuk membangunkan kandungan model. Dapatan ini akan digunakan untuk mereka bentuk dan membangunkan model dalam fasa seterusnya. Dapatan ini juga diharapkan dapat membantu dalam menghasilkan model yang mampu membantu mengurangkan masalah gangguan mental remaja dan memberi panduan kepada ibu bapa dalam berdaya tindak berlandaskan pendekatan secara Islam.
References
Azawawi, N. A. S. (2018). Penjagaan pesakit mental oleh keluarga dalam komuniti di Malaysia: satu kajian sosio-perundangan (Doctoral dissertation, UKM, Bangi).
Ab. Rahman, Z. (2018). Pendekatan Keagamaan Dalam Hubungan Religiositi Dan Kesejahteraan Remaja Berisiko. 3rd International Seminar on Islamic Thought 2018, 295-303.
Aripin, S. N. H., Yahya, S. A., Deraman, S., & Raop, N. A. (2021). Kecerdasan Spiritual Dan Kesihatan Mental Remaja. Jurnal'Ulwan, 6(1), 144-154.
Aziz, A. R. A., Sukor, N. M., & Ab Razak, N. H. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan aspek kesihatan mental semasa norma baharu. International Journal of Social Science Research, 2(4), 156-174.
Aziz, A. R. B. A., Kasmani, M. F. B., & Ab Razak, N. H. B. (2021). Implikasi ketagihan media sosial terhadap kesihatan mental remaja semasa pandemik COVID-19. e-BANGI Journal of Social Sciences and Humanities.
Baharuddin, E., & Ramli, Z. (2014). Definisi dan Konsep Kecerdasan Ruhaniah Menurut Perspektif Sarjana Islam. Jurnal Penyelidikan Islam JAKIM, 26, 49-61.
Bullare, F., Ismail, R., Madlan, L., & Lajuma, S. (2015). Strategi daya tindak remaja sekolah dan hubungannya dengan kemurungan. Jurnal Psikologi Malaysia, 21-20.
Dasar Kesihatan Mental Negara. (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia. Diakses pada 16 Ogos 2023 dari https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/8_Dasar_Kesihatan_Mental_Negara.pdf
Deraman, S., Raop, N. A., Yahya, S. A., & Aripin, S. N. H. (2022). Kecerdasan Spiritual Dan Kesihatan Mental Remaja. Jurnal Sains Sosial: Malaysian Journal of Social Sciences, 7(1), 61-69.
Ghadampoor, E., Mirdrikvand, F. & Moradizadeh, S. (2019). Comparing spiritual intelligence, spiritual well-being, and social support in delinquent and normal teenagers. Islam and Health Journal 4(2), 14-24.
Pauzi, H. M., & Noh, N. A. (2022). Isu dan Literasi Kesihatan Mental dalam kalangan Remaja. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001688-e001688.
Guimond, F. A., Smith, J., Vitoroulis, I., Aucoin, P., St John, E., Gardam, O., & MacLachlan, M. (2021). The role of online schooling, screen-based activities, and parent coping in Canadian children’s COVID-19-related trauma and anxiety symptoms. Psychiatry International, 2(2), 180-190.
Hamdan, S. A., & Akhir, N. M. (2022). Meneroka Daya Tindak Dan Sokongan Sosial Kepada Mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia Yang Terkesan Akibat Pandemik Covid-19. Jurnal Wacana Sarjana, 6(3), 1-11.
Institute for Public Health (2017). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2017: Adolescent Health Survey 2017. Kuala Lumpur: Ministry of Health Malaysia.
Kao, T. S. A., Ling, J., & Dalaly, M. (2021). Parent-adolescent dyads' efficacy, coping, depression, and adolescent health risks. Journal of Pediatric Nursing, 56, 80-89.
Kermen, U. (2018). Spiritual Interventions in Juvenile Delinquency. Spiritual Psychology and Counseling 3(1).
Khairul Hamimah, M. J., Faridah, C. H. & Zawiah, M. 2019. Remaja Dan Kecelaruan Mental; Cabaran dan Penyelesaian. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Special Issue, 229-240.
Mohd Fuad, N. A., Roslan, A. F., Ramachandran, R., & Ayob, A. (2018). Tingkah laku devian pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Dalam Himpunan Kajian Kes Dilema Kanak-kanak di Malaysia, NCDRC, UPSI.
Mustafa, M. N., Suandi, T., Hamzah, A. H., & Ismail, M. D. I. A. (2016). Fenomena delinkuen dalam kalangan remaja yang berisiko di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di luar bandar Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 14(2).
Nazim, A. M., Shama, F., & Hamjah, S. H. (2013). Ciri-ciri Remaja Berisiko: Kajian Literatur. Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies, 35(1).
Nurul Naimah, R., & Mohd Yusri, M. (2018). Tekanan dalam Keluarga: Faktor-faktor, Kesan dan Strategi Daya Tindak Menangani Tekanan. Journal of Human Development and Communication, 7, 135-142.
Perveen, A., Hamzah, H., Ramlee, F., Othman, A., & Minhad, M. (2020). Mental health and coping response among Malaysian adults during COVID-19 pandemic movement control order. Journal of Critical Reviews, 7(18), 653-60.
Razak, N. A., & Kutty, F. M. (2021). Daya Tahan, Strategi Daya Tindak Serta Hubungannya Terhadap Tahap Kesejahteraan Psikologi Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 171-179.
Richardson, M., Cobham, V., McDermott, B., & Murray, J. (2013). Youth mental illness and the family: Parents’ loss and grief. Journal of Child and Family Studies, 22(5), 719-736.
Rozali, W. N. A. W. B. (2020). Tahap Kesihatan Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Jurnal Al-Haady, 1(1), 34-40.
Samsudin, N., & Surat, S. (2022). Hubungan Strategi Daya Tindak dan Kesihatan Mental Terhadap Pelajar Luar Bandar dalam Menghadapi Pembelajaran Semasa Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001379-e001379.
Sanu, M. E., & Rathakrishnan, B. (2019). Pengaruh Strategi Daya Tindak Terhadap Kesejahteraan Psikologi Pelajar Miskin Di Luar Bandar Sabah. Malaysian Journal of Youth Studies, 19, 1-17.
Selian, S. N., Hutagalung, F. D., & Rosli, N. A. (2020). Pengaruh stres akademik, daya tindak dan adaptasi sosial budaya terhadap kesejahteraan psikologi pelajar universiti. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 36-57.
Singh, P. S. J., Azman, A., & Drani, S. (2018). Strategi daya tindak penjaga pesakit mental di Perlis (Coping strategies of mentally ill family caregivers in Perlis). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 14(1).
Sulaiman, N. A. (2022, Oktober 10). Masalah kesihatan mental membimbangkan - Khairy. Berita Harian, 22.
Sulaiman, N. A. (2023, Mac 18). Lebih 12.3 peratus kanak-kanak, remaja di PPR Lembah Klang alami masalah mental. Berita Harian, 23.
Yahya, S. A., & Nasrun, S. (2016). Tahap penghayatan agama dalam kalangan remaja hamil tanpa nikah. Jurnal Sains Sosial, 1(1), 17-35.
Yen, V. L. S., & Surat, S. (2021). Tinjauan Literatur Bersistematik–Implikasi Strategi Daya Tindak Dalam Burnout, Tekanan Kerja, Dan Efikasi Kendiri Dalam Kalangan Guru [Implications Of Coping Strategies In Burnout, Stress, And Self Eficacy Among Teacher-A Systematic Review Study]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(4), 96-107.
Zakaria, S. M., & Tauhaid, N. S. M. (2018). Cabaran Membesarkan Anak-Anak Autisme Daripada Perspektif Ibu (The Challenges Of Nurturing Autistic Children From The Mother’s Perspective). Jurnal Psikologi Malaysia, 32(1).
Zakariah, M. S. (2013). Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Edisi 2.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Islam
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.