Solat Dan Kaifiyat Solat Berdasarkan Golongan Anti Hadis

Anti-hadith Group's (GAH) Stance on Prayer and Kaifiyat Prayer

Authors

  • Nur Zahidah Abdul Hamid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Akma Azizul Akmal Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Najah Nadiah Amran Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.302

Keywords:

Golongan Anti Hadis (GAH), Solat dan Kaifiyat Solat, Hadis, Kassim Ahmad, Malaysia

Abstract

Hadis merupakan sumber kedua Islam selepas al-Quran yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan, perakuan dan sifat tubuh badan (jasmani) atau akhlak (rohani). Ia berperanan sebagai penjelas kepada isi kandungan al-Quran dengan lebih terperinci. Namun terdapat sekelompok masyarakat yang terpengaruh dengan pemikiran orientalis barat sehingga mereka tergolong sebagai kelompok yang beraliran anti hadis. Golongan ini berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua. Kajian ini bertujuan mengkaji pegangan golongan anti hadis (GAH) dari aspek al-Quran, hadis, akidah dan syariat. Secara khususnya, kajian ini memfokuskan kepada pendirian golongan ini terhadap isu solat iaitu yang berkaitan (i) pensyariatan solat, (ii) waktu solat, (iii) kaedah-kaedah solat dan (iv) rakaat solat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengumpulkan data daripada buku, jurnal dan artikel. Analisis data pula dilakukan secara deskriptif tematik. Kajian mendapati bahawa pendirian golongan anti hadis (GAH) terhadap isu solat dan kaifiyat solat adalah salah dan terpesong kerana mereka mentafsirkan ayat al-Quran berkaitan solat mengikut logik akal semata-mata dan tidak menjadikan hadis sebagai panduan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya golongan ini seterusnya memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha membanteras golongan ini di Malaysia.

References

Al-Quran al-Karim

Abdul Mukti bin Baharudin, Zaidul Amin Suffian bin Ahmad. Rosni binti Wazir & Mohd Norzi bin Nasir. 2020. Kesilapan penafsiran ayat-ayat al-Quran oleh golongan anti hadis di Malaysia: Kajian terhadap Kassim Ahmad. Jurnal Pengajian Islam. Vol 13 (1): 1-15.

Abur Hamdi bin Usman & Norhamizah binti Gasmin. 2018. Golongan quraniyyun: implikasi terhadap pemikiran masyarakat Islam. E-Proceeding of 3rd INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith.

Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh & Azman Abdul Rahman. 2016. Golongan anti hadis: isu dan cabaran. E-Proceeding of 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith.

Abur Hamdi Usman, Rosni Wazir, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh & Azman Abdul Rahman. 2016. Hujah golongan anti hadith: analisis kritis. Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam (IconAIT) 2016.

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak & Ahmad

Farid Ibrahim. 2014. Terjemahan al-Qur’an bahasa melayu: penilaian berasaskan tafsīr ‘ilm. Jurnal Usuluddin 39: 111-133.

Akmal Hj Mhd Zain. 1998. Membongkar Kekeliruan Fiqrah Inkar al-Sunnah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

al- 'Asqalani, Abi al-Fadl Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar. 1996. Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Bukhari. Edisi 1. Jil. 2. Kaherah: Dar Abi Hayyan.

Dasman Yahya Macali. 2014. As-sunnah an-Nabawiyah antara pendukung dan pengingkarnya. Jurnal Usuluddin. Vol XXII. Halaman 193.

Faisal Ahmad Shah. 2016. Kaedah Tepat Memahami Hadis. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Hafiz Firdaus Abdullah. 2005. 20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya. https://www.academia.edu/11692060/20_Hujjah_golongan_Anti_Hadis [3 Jun 2023].

Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986-2005). t.th. Fatwa 4: Golongan AntiHadith.https://www.academia.edu/6856539/H_I_M_P_U_N_A_N_F_A_T_W_A_W_A_R_T_A_K_E_R_A_J_A_A_N_N_E_G_E_R_I_M_E_L_A_K_A [5 Jun 2023].

Ibn Manzur. t.th. Lisan al- cArab. Beirut: Dar Sader.

al-Ja'fi, Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 1993. Sahih al-Bukhari. Damsyiq: Dar al-Ulum al-Insaniah.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Ahmad. 1986. Hadis Satu Penilaian Semula. Petaling Jaya, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd.

Kassim Ahmad. 1992. Hadis Jawapan Kepada Pengkritik. Kuala Lumpur: Media Indah Sdn. Bhd.

Kassim Ahmad. 2011. The Road Home from Sosialism to Islam. Selangor: ZI Publication Sdn. Bhd.

Kassim Ahmad. 2014. Hairan bin ajaib: Apabila subjektiviti bertemu dengan objektiviti. http://kassimahmad.blogspot.com/2014/06/hairan-bin-ajaib.html [5 Jun 2023]

Kassim Ahmad. 2013. Sembahyang: Kaedahnya. http://kassimahmad.blogspot.com/2013/02/sembahyang-kaedahnya.htm [8 Jun 2023].

Kassim Ahmad. 2015. Tragedi demi tragedi di Mekah. https://kassimahmad.blogspot.com/search?q=Tragedi+demi+tragedi+di+Mekah [5 Jun 2023]

Kassim Ahmad. 2007. Mesyuarat agung forum Iqra’ yang keenam. https://kassimahmad.blogspot.com/search?q=Mesyuarat+Agung+Forum+Iqra%E2%80%99 [5 Jun 2023].

Mohd Al’Ikhsan bin Ghazali & Siti Salwa bt Md. Sawari. 2014. Pengaruh pemikiran golongan anti hadith (GAH) kepada umat Islam: kajian khusus di Lembah Klang. Al-Bayan-Journal of Quran and Hadith Studies. Vol. 12. 76-88.

Mohd Norzi Nasir, Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman. 2016. Metode Kassim Ahmad dalam kajian hadis: satu penilaian dalam timbangan metode ilmiah ulama hadis. Hadis:

Jurnal Ilmiah Berwasit Tahun Keenam. Bil 11: 49-69.

al-Mubarakfuri, Safiy al-Rahman. 2002. Al-Rahiq al-Makhtum. Riyadh: Dar al-Salam.

Muhammad Ali Rahibin. 2012. Menyingkap Tabir Kegalauan Dari Perspektif Hadis. Jakarta: Darul Zikir.

al-Naisaburi, Muslim bin al-Hajaj Abu al-Hasan al-Qusyairi. 1997. Sahih Muslim bi Syarh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi. Beirut: Dar al-Makrifah.

Najah Nadiah Amran. 2001. Gerakan Anti Hadith di Malaysia: Suatu Kajian Dalam Internet. Disertasi Sarjana. Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith. Universiti Malaya.

Othman Ali. 1992. Solat menurut al-Quran. http://www.e-bacaan.com/artikel_solat.htm [3 Jun 2023].

al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakar bin Farh al-Ansori al-Khazraji Syamsuddin. 1964. Al-Jamic li Ahkam al-Quran. Edisi ke-2. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Kamil Abd Majid, Ruzman Mohd Nor & Nor Hayati Mohd Dahlal. 2012. Pengaruh orientalism dalam gerakan anti hadis di Malaysia: analisis kritikal. Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD). Halaman 70.

Rosni binti Wazir, Abdul Mukti bin Baharuddin, Zaidul Amin Suffian bin Ahmad, Mohd Norzi bin Nasir & Nor Asyikin binti Hasan Adali. 2020. Analisis pemahaman golongan antihadis di Malaysia terhadap hadith. E-Proceeding of 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith.

al-Siba'ie, Mustaffa. 1985. al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashric al-Islami. Edisi ke-4. al-Maktabah al-Islami. Beirut.

Syed Abdul Majid Ghouri. 2015. Asas-Asas Berinteraksi dengan al-Sunnah al-Nabawiyyah. Terj. Zulhilmi bin Mohamed Nor. Bangi: Penerbit KUIS.

al-Uthaimin, Muhammad bin Salih. t.th. Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul Tafsir. Terj. Fadhlan bin Mohd. Othman. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Al-Zahrani, Muhammad bin Matar. 1996. Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyah. Arab Saudi: Dar al-Hijrah.

Zaidul Amin Suffian Ahmad, Abdul Mukti bin Baharudin, Rosni binti Wazir, Mohd Norzi bin Nasir. 2019. Kebebasan beragama menurut Kassim Ahmad: sorotan awal. 5th International Seminar on Islamiyyat Studies (IRSYAD 2019).

Published

2024-05-28

How to Cite

Abdul Hamid, N. Z. ., Azizul Akmal, N. A. ., & Amran, N. N. (2024). Solat Dan Kaifiyat Solat Berdasarkan Golongan Anti Hadis: Anti-hadith Group’s (GAH) Stance on Prayer and Kaifiyat Prayer. Jurnal Pengajian Islam, 17(1), 20–40. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.302