Amalan-Amalan Dakwah dalam Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah kepada Saudara Baru Orang Asli

Dakwah Practices in Islamic Treatment of Ruqyah Syariyyah among Orang Asli Muslim Converts

Authors

  • Mohamad Haslan Mokhtar Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Marlon Pontino Guleng Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Syarul Azman Shaharuddin Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Zulkefli Aini Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.296

Keywords:

Amalan-amalan Dakwah, pengubatan Islam, ruqyah syariyyah, Saudara baru, orang asli

Abstract

ABSTRAK

Perubatan Islam merupakan salah satu daripada amalan dakwah yang boleh dijalankan kepada masyarakat Orang Asli di semenanjung Malaysia. Melalui amalan ini dapatlah diterapkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, doa dan ruqyah sebagai asas kepada penerapan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli disebabkan masyarakat ini juga masih kuat berpegang amalan rawatan tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan-amalan dakwah melalui pengubatan Islam ruqyah syariyyah kepada saudara baru Orang Asli di Selangor. Kajian ini menjalankan metodologi kualitatif iaitu temu bual bersama lima orang yang terlibat secara langsung dengan perubatan Islam dan disokong dengan data kuantitatif sebagai dengan melibatkan 94 orang responden. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa amalan-amalan dakwah dalam pengubatan Islam ruqyah syariyyah kepada saudara baru Orang Asli ialah menjadi platform kepada praktikal dakwah, kaunseling secara tidak langsung, penjelasan mengenai perubatan Islam, kebajikan kepada masyarakat Orang Asli dan motivasi bahkan pesakit turut mendapat kata-kata nasihat supaya sentiasa bersabar dengan ujian hidup. Implikasi daripada kajian ini adalah amalan perubatan Islam sudah diterima dalam kalangan pesakit sehingga mendapat tempat  dalam hati masyarakat Orang Asli.

References

Abdul Ghafar Don et. al. 2014. Masyarakat Orang Asli Muslim Malaysia: Senario dan

Realiti Kefahaman dan Penghayatan Islam. Dlm. Kertas Kerja Seminar

Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Abdulrahman Halim, Atsco. (2019). Dakwah Melalui Ruqyah (Studi Di Klinik Ruqyah Dan

Bekam Syar’iyyah Ustad H. Agus Aswadi Kota Bengkulu). Diss. IAIN Bengkulu.

Badlihisham Mohd Nasir. 2012. Islam dan Dakwah Dalam Zaman Kebangkitan Awal

Islam dan Era Penjajahan Barat di Tanah Melayu. Dlm. Jurnal Islamiyyat. 34: 5

Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz & Zainab Ismail. 2018. Trait Personaliti Pendakwah

Muslim: Satu Sorotan Literatur Al-Hikmah. Dlm. Al-HIKMAH, Journal of Islamic

Dakwah. 10 (1): 34-54. Atas Talian: https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/258.

Kasim, Tengku Sarina Aini Tengku, & Faridah Che Husain. "Pendekatan kaunseling

dalam dakwah bagi kesejahteraan insan dan peradaban Ummah." Jurnal

Usuluddin 23 (2006): 199-216.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, et. al. (2012). Communication of Orang Asli muallaf

with their Malay counterparts. http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index.

Zulkefli Aini, Abdul Ghafar Don, Ahmad Irdha Mokhtar, & Nur Uswah Ahmad Fauzi.

(2018). Topik-Topik Komunikasi Dakwah Dalam Mesej Akidah Kepada

Masyarakat Orang Asli di Selangor. Jurnal Sains Insani, 3(2), 15–21.

Published

2023-11-30

How to Cite

Mokhtar, M. H. ., Guleng, M. P., Shaharuddin, S. A. ., & Aini, Z. (2023). Amalan-Amalan Dakwah dalam Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah kepada Saudara Baru Orang Asli: Dakwah Practices in Islamic Treatment of Ruqyah Syariyyah among Orang Asli Muslim Converts. Jurnal Pengajian Islam, 16(2), 182–190. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.296