Sejarah Kemunculan Teori Hifz al-Nafs dalam Maqasid Syari‘at: Analisis Sorotan Teoritikal
History of The Emergence of Hifz Al-Nafs Theory in Maqasid Syari 'At: Analysis of Theoretical Review
DOI:
https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.246Keywords:
Hifz al-Nafs, Kronologi, Maqasid Syari'at, Sejarah, TeoritikalAbstract
Sejarah kemunculan teori Hifz al-Nafs ini sering dikaitkan dengan perbincangannya yang begitu tuntas dalam ilmu Maqasid Syari‘at pada zaman al-Syatibi (790 H). Namun begitu, ia disangkal oleh beberapa literatur lepas apabila sebahagian mereka mendakwa bahawa kemunculannya telah lama wujud tatkala turunnya al-Quran dan al-Sunnah dan secara tidak langsung telah diperincikan oleh ilmuan-ilmuan Islam sebelum zaman al-Syatibi (790 H). Oleh yang demikian, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kronologi sejarah kemunculan teori Hifz al-Nafs itu dengan lebih terperinci bersandarkan kepada pandangan-pandangan ulama silam dan kontemporari. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Manakala kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa, teori Hifz al-Nafs itu telah wujud lamanya di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Namun, teori Hifz al-Nafs itu secara istilahnya telah mula diperkenalkan oleh Abu Hassan al-Amiri (381 H) dalam bukunya yang masyhur al-I’lam. Walaupun kemunculan ilmu Maqasid Syari‘at secara mustaqil tidaklah dipopularkan oleh beliau, namun perbahasan tentang pecahan-pecahan ilmu tersebut telah lama diperkenalkan oleh beliau dengan susunan awalnya iaitu Hifz al-Nafs, Hifz al-Mal, Hifz al-Nasl, Hifz al-‘Ird dan Hifz al-Din. Teori ini mula digunakan dan dibincangkan secara meluas oleh kebanyakan ilmuan Islam selepasnya bermula kurun keempat Hijrah. Setelah runtuhnya kota Granada, Tahir Ibnu Asyur memperluaskan penulisan Maqasid Syariat hinggalah pada hari ini. Oleh itu, kejumudan sebahagian pihak yang terlampau taasub kepada kemunculan teori Hifz al-Nafs itu adalah daripada mazhab Maliki oleh al-Syatibi (790 H) perlulah diharmonikan dengan mengambil kira isi perbincangan dalam kajian ini.
Kata kunci: Hifz al-Nafs, Kronologi, Maqasid Syari‘at, Sejarah, Teoritikal
References
Aay Siti Raohatul, H. (2020). Formula Pemeliharaan Jiwa (Hifz al-Nafs) Pada Undang-Undang Nomor 16 Tahun 2019. Jurnal Islamic Revie: Jurnal Riset dan Kajian Keislaman. IPMAFA Press.
Ahmad Raysuni. (1995). Nazariyat al-Maqasid ‘inda Imam al-Syatibi. 4th ed. Al-Ma‘had al-‘Alami li al-Fikr al-Islami, Herondon.
Al-Amidi, A. H. (1991). Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam. n.d. Muassasat al-Halabi, Kairo.
Al-Baydawi, U. M. (2016). Minhaj al-Wusul ila ‘Ilmi al-Usul. 1st ed. Dar al-Mustafa, Damsyiq.
Al-Ghazali, A. H. (2008). Al-Mustasfa. n.d. Dar al-Kutub ‘Ilmiyat.
Al-Juwayni, A. M. (1978). Al-Burhan fi Usul al-Fiqh. 1st ed. Qatar.
Al-Juwayni, A. M. (2003). Mughith al-Khalq fi Tarjih al-Qawl al-Haq. n.d. Al-Matba‘at al-‘Asyriat, Beirut.
Al-Qarafi, S. (2011). Syarh Tanqih al-Fusul. 1st ed. Maktabat al-Kuliyat al-Azhariyat, Kairo.
Al-Raysuni, A. (1995). Nazariyat al-Maqasid ‘inda Imam al-Syatibi. 4th ed. Al-Ma‘had al-‘Alami li al-Fikr al-Islami, Herondon.
Al-Razi, F. (2012). Al-Mahsul fi ‘Ilmi al-Usul. 1st ed. Dar Kutub al-‘Ilmiat.
Al-Subki, T. (2011). Jam‘u al-Jawami’. 1st ed. Dar Ibnu Hazm Beirut, Lubnan.
Al-Syatibi, A. I. (1997). Al-Muwafaqat fi Usul al-Syari’at. n.d. Dar al-Ma‘rifat, Beirut.
Al-Zarkasyi, B. M. (1993). Al-Bahr al-Mughith. n.d. Wizarat al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyat, Kuwait.
Arieff Salleh, R., Nurrulhidayah, A. F., Zulkiflee, H., Mohd Nasir, R., Aminuddin, H., Mifedwil, J. & Nor Azwa, O. J. (2019). Fatwa dan Sains Perubatan Moden Menurut Perspektif Maqasid Syari‘at. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Universiti Teknologi Mara (UTM).
Ibnu Manzur, A. A. (2012). Lisan ‘Arabi. n.d. Dar al-Tawfiq li al-Turath, Kairo.
‘Iwadh Al-Qarni, M. (2013). Al-Mukhtasar al-Wajiz fi Maqasid al-Tasyri’. 2nd ed. Dar al-Andalus al-Khadra’, Jeddah.
Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Krippendorff. (2004)., & White. & Marsh. (2006). Content Analysis: a Flexible Methodology. 1st ed. Library Trend, University of Illinois at Urbana Champaign.
Mohamad, A. D., Hamjah, S. H., Mokhtar, A. I., & Abd Ghani, M. Z. (2017). Tazkiyat al-Nafs dalam Kerangka Maqasid Syari‘at. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mohd Azman, F. N. (2016). Nilai-Nilai Kerohanian dalam Pembangunan Modal Insan menurut al-Ghazali. Jurnal Of Islamic And Civilisational Studies. Vol. 3 No. 1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Muhammad Latiffi, M., Shaik Abdullah, H. M., Mohd Afifuddin, M. & Rafidah, R. (2019). Pembangunan Jiwa Berasaskan Konsep al-Nafs Menurut Perspektif Ibn Bajjah. Jurnal Usuluddin 47. Universiti Sains Malaysia (USM).
Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia.
Mustaqim Roslan, M. (2012). Masalih al-Mursalat dan kaitannya dengan Maqasid al-Syari‘at: Kajian Perbandingan antara Imam ‘Izzuddin Abd. Salam & Imam Al-Syatibi. (Postgraduate Thesis). Universiti Sidi Abdellah Fes, Morocco.
Mustaqim Roslan, M. (2023). Hifz al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Kesan Psikologi dan Masalah Sosial. (Postgraduate Thesis). Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar – Perak Darul Ridzuan.
Ruslan Fariadi. (2019). Menggagas Fikih Lalu Lintas Perspektif Manhaj Tarjih Muhammadiyat. Jurnal Tarjih dan Pengembangan Pemikiran Islam. Majelis Tarjih dan Tajdid Pimpinan Pusat Muhammadiyah.
Sai‘d Halim. (2010). Maqasid ‘Ulya li Syari‘at Islamiyat. 1st ed. Ma‘had al-‘Alami li al-Fikr al-Islami. Beirut.
Tjetjep Samsuri. (2003). Kajian Teori, Kerangka Konsep dan Hipotesis dalam Penelitian. Semiloka Penyusunan Program
PLSP Pamong Belajar dan Staf Administrasi Balai Pengembangan Kelompok Belajar. Universitas Negeri Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Zidni Nuran, N. & Zaizul, A. R. (2017). Perbandingan Proses Tazkiyat al-Nafs menurut Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Jurnal al-Turath. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Zubair Amir, N. R., Nur Mardia, M., Mohd Fuad, M. S. & Nan Noorhidayu, M. L. (2019). Aplikasi Maqasid Syari‘at dalam Sistem Pendidikan di Malaysia: Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Business Economics and Law. International Islamic University Malaysia (UIAM).
Zubair Amir, N. R., Nur Mardia, M., Mohd Fuad, M. S. & Nan Noorhidayu, M. L. (2019). Aplikasi Maqasid Syari‘at dalam Sistem Pendidikan di Malaysia: Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Business Economics and Law. International Islamic University Malaysia (UIAM).
Additional Files
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Jurnal Pengajian Islam
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.