Cabaran Islam Menghadapi Sains dan Teknologi Abad Ke 21: Analisa Pemikiran Prof Dr Seyyed Hossein Nasr
The Challenge of Islam on Science and Technology Towards 21st Century: Analysis of Seyyed Hoesein Nasr’s Thought
Keywords:
Islam, Science, Technology, Modern West, Plural ObligatoryAbstract
Sejak dari zaman rennainsance hingga kini, penguasaan bidang sains dan teknologi terus cemerlang di tangan kuasa-kuasa Barat di mana umat Islam masih belum mampu keluar dari kepompong westernisasi dan kolonolisasi Barat. Dari sekecil-kecil aspek hingga sebesar-besarnya ternyata umat Islam masih bergantung kepada Barat dan umat Islam masih gagal mencari formula keajaiban untuk keluar dari krisis ini sepertimana yang dicapainya sebelum kebangkitan sains Barat Moden. Makalah ini akan cuba melihat beberapa cabaran yang dihadapi oleh umat Islam samada cabaran dalaman mahupun luaran berdasarkan analisa terhadap pemikiran dan pandangan tokoh pemikir Islam antarabangsa yang tersohor dalam bidang sejarah dan falsafah sains Islam iaitu Professor Dr Seyyed Hossein Nasr. Analisa ini berdasarkan satu ucaptama Prof Nasr yang bermauduk, “Islam and the Challenge of the 21st Century” yang merupakan salah satu siri wacana pemikiran beliau yang menjangkaui pelbagai disiplin ilmu termasuklah sains dan teknologi. Penulisan ini berbentuk kualititatif dengan metod analisis kandungan yang dilakukan secara deskriptif terhadap beberapa cabaran dan solusi yang dibincangnya yang tidak sahaja menuntut perpaduan di kalangan negara Islam malah menuntut pemikiran yang mendalam dalam pelbagai bidang politik, ekonomi, sejarah dan sosial. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh umat Islam abad ini dalam menangani pelbagai isu terutamanya yang berkaitan dengan sains dan teknologi akibat daripada perkembangan sains Barat Moden. Apa yang menariknya Prof Nasr menekankan Islam sebagai solusinya samada melibatkan dimensi esoterik mahupun eksoterik. Adalah diharapkan akan terdapat satu kajian yang lebih komprehensif berhubung isu ini pada masa akan datang. Justeru itu dengan penguasaan semula umat Islam dalam bidang sains dan teknologi akan melahirkan umat yang bermaruah berdikari sekaligus menjadikan semula Islam sebagai agama yang menekankan dimensi keseimbangan atau equallibrium fardu ain vis a vis fardu kifayah.
Since the Rennaisance period until now, the dominance of science and technology continues to excel in the hands of Western powers where Muslims have not yet been able to get out of the cocoon of Westernization and Western colonization. From the smallest aspects to the largest, it turns out that Muslims are still dependent on the West and Muslims have still failed to find a miracle formula to get out of this crisis as they did before the rise of Modern Western science. This paper will try to look at some of the challenges faced by Muslims, whether internal or external, based on an analysis of the thoughts and views of a famous international Islamic thinker in the field of history and philosophy of Islamic science, namely Professor Dr Seyyed Hossein Nasr. This analysis is based on one of Prof. Nasr's keynote speeches, "Islam and the Challenge of the 21st Century" which is one of his series of thought discourses that spans various disciplines including science and technology. This writing is qualitative with a content analysis method that is done descriptively on some of the challenges and solutions discussed which not only demand unity among Muslim countries but also demand deep thinking in various political, economic, historical and social fields. The objective of this writing is to identify the challenges that must be faced by Muslims in this century in dealing with various issues, especially those related to science and technology as a result of the development of Modern Western science. What is interesting is that Prof. Nasr emphasizes Islam as the solution whether it involves esoteric or exoteric dimensions. It is hoped that there will be a more comprehensive study on this issue in the future. Therefore, with the re-mastery of Muslims in the field of science and technology, it will give birth to a dignified and self-reliant community and re-establish Islam as a religion that emphasizes the dimension of balance or equalibrium fardu ain vis a vis fardu kifayah.
References
Abdul Rahman Abdullah (1995) Falsafah Alam Semesta Dalam Sejatah Tauhid Melayu Petaling Jaya: Access Infotech Sdn Bhd
Ahmad Zaki Abd Latif ,Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2015) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi KETIGA Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd
Ahmad, Hassan (2006) Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal. Shah Alam: Alaf 21 SDN BHD
----------------------(2002) Imbasan Edisi Kedua Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Attas, S.M.N (2020) Islam and Secularism (terj) Khalif Muammar A.Harris Kuala Lumpur: RZS-CASIS-HAKIM.
Baba, Sidek (2009) Acuan Minda Shah Alam: Alaf 21 SDN BHD
Bakar Osman (2008) Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban Jurnal Dialog Peradaban Universiti Malaya Jilid 1 2008 hlm 75-97.
Dusuki, Ahmad (2004) Pembaharuan Pemikiran Islam Tun Dr Mahatir Mohammed Kuala Lumpur: RD NETWORK SDN BHD.
Jauzi, Mohd Idris, (1990) Faham Ilmu, Pertumbuhan dan Implikasi Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Ismail Mamat (2012) Isu-Isu Semasa Aqidah dan Pemikiran Islam Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia (OUM).
Izzi Dien, Mawil (2000) The Environmental Dimensions of Islam Cambridge: The Luttereworth.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mahathir Mohammad (2000) Menghadapi Cabaran Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn Bhd.
_________________ (2001) Islam and the Muslim Ummah Selected Speeches of Dr Mahathir Mohammad Subang Jaya: Pelanduk Publications(M) Sdn Bhd.
Mat Akhir, Noor Shakirah (2011) Alam Sekitar dan Manusia: Kajian dari Perspektif Pelbagai Agama Geran Penyelidikan Research Universiti Minden: USM.
Mohd Yusuf Othman (1998) Isu-Isu dalam Ilmu dan Pemikiran Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd.
Mohd Yusuf Othman (1998) Penjanaan Pemikiran Saintifik, Kritis dan Kreatif Kertas Kerja Sempena Wacana Pengukuhan Akademik Shah Alam: CITU UiTM Shah Alam.
Mohd Zuhdi Masduki (2002) Etika Alam Sekitar Dari Perspektif Islam, Timur dan Barat Bentong: PTS Publications.
Muhammad Hazim Mohd Azhar (2021) Wacana Dekolonisasi Ilmu Dan Pembentukan Kearifan Tempatan RJS, Vol 8 No 1, hlm 65-88.
Nasr S.H (1984) Science and Civilization in Islam Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar
Nasr S.H (1990) Islam and the Environmental Crisis MASS Journal of Islamic Science July-Dec Vol 6 No 2 .
Nasr S.H (2004) Muhammad Insan Kamil (terj) Baharudin Ahmad Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasr S.H. (1989) Etika Kerja dalam Tradisi Islam (terjemahan) Nasir Muhamad (Kata Pengantar) Osman Bakar Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Nasr S.H. (2010) Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam (terj) Baharudin Ahmad & Osman Bakar Edisi Kedua Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .
Nasr, S. H. (1993). Islam and the Challenge of the 21st Century. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
________________ (1993) Islam and the Challenge of the 21st Century (terjemahan tidak diterbitkan)) Khalid Ismail (2006) Islam dan Cabaran Abad Ke 21 Arau : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Perlis.
Panel Penulis. (2003). Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pisol Maidin et.al (2012) Kesepaduan Agama dan Sains Shah Alam: Penerbitan UiTM, UiTM Press.
Rahim, Jaafar (2015) Dunia Pemikiran Jaafar Rahim Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Toffler A (1980) The Third Wave, New York: Bantam
Yang Abu Bakar (2005) Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia dari Perspektif Islam Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Zulekha Yusoff & Asmak Ali (2008) Ikhtisar Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM






