Perlaksanaan Amalan Pembelajaran Tahfiz di Institusi Tahfiz Sabah

Implementation of Tahfiz Learning Practices In Sabah Tahfiz Institution

Authors

  • Azihal Bangsawan KUIS
  • Zetty Nurzuliana Rashed KUIS
  • Muhammad Hafiz Salleh USIM

Keywords:

Practices, Learning, Sabah, Tahfiz, Tahfiz Institution

Abstract

Kajian ini membincangkan perlaksanaan amalan pembelajaran tahfiz yang diaplikasikan oleh pelajar-pelajar tahfiz di Negeri Sabah. Metodologi kajian ini adalah berbentuk metode campuran antara kajian kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan tinjauan soal temu bual dan pengedaran soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Kajian ini melibatkan  seramai 15 orang informan bagi mendapatkan data kualitattif manakala 76 orang  responden  pula  akan  menjawab  data kuantitatif. Analisis data tematik bagi menjelaskan data kualitatif manakala data kuantitatif dilaporkan secara statistik deskriptif untuk mengenalpasti amalan pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz di Sabah. Bagi menentukan dapatan kajian, data telah dianalisis menggunakan min bagi mengenalpasti tahap amalan tersebut. Hasil dapatan kajian menemukan bahawa tahap kesuluruhan amalan pembelajaran tahfiz adalah berada pada tahap sangat tinggi iaitu dengan min 4.21. Ini menunjukkan bahawa amalan pembelajaran tahfiz di Institusi Tahfiz di Sabah berada pada tahap yang sangat tinggi sesuai dengan respon yang diberikan oleh para pelajar terhadap soalan-soalan yang ditanyakan kepada mereka. Manakala hasil dapatan kajian melalui kajian kualitatif pula menjelaskan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan dalam amalan pembelajaran tahfiz antaranya ialah proses pembelajaran pusat tahfiz, teknik hafazan berkesan bagi pelajar, laporan mingguan hafalan pelajar tahfiz, ganjaran yang diberikan oleh institusi tahfiz dan hukuman yang dikenakan kepada para pelajar. 

This study discusses the implementation of tahfiz learning practices applied by tahfiz students in Sabah. The methodology of this study is in the form of a mixed method between qualitative and quantitative research that is using survey interview questions and distribution of questionnaires to obtain research data. This study involved a total of 15 informants to obtain qualitative data while 76 respondents will answer a set of questionnaires to gather quantitative data. Thematic data analysis to explain the qualitative data while the quantitative data is reported by descriptive statistics to identify the learning practices of tahfiz students in Sabah. To determine the findings of the study, data were analysed using mean to identify the level of practice. The results of the study found that the overall level of tahfiz learning practice is at a very high level with a mean of 4.21. This shows that the practice of learning tahfiz at the Tahfiz Institution in Sabah is at a very high level in accordance with the responses given by students to the questions asked to them. While the results of the study through qualitative research also explains that there are several things that need to be implemented in the practice of learning tahfiz such as the learning process of tahfiz center, effective memorization techniques for students, weekly memorization report of tahfiz students, rewards given by Tahfiz institutions and punishments imposed on students.

Published

2022-08-29

How to Cite

Bangsawan, A., Rashed, Z. N., & Salleh, M. H. (2022). Perlaksanaan Amalan Pembelajaran Tahfiz di Institusi Tahfiz Sabah: Implementation of Tahfiz Learning Practices In Sabah Tahfiz Institution. Jurnal Pengajian Islam, 1–15. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/179