Perbandingan Silibus Pengajian Miftahul Ulum, Sri Petaling dengan Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Sumbangan terhadap Pengajian Hadis di Malaysia
A Comparison of The Syllabus of Miftahul Ulum Studies of Sri Petaling and The Faculty of Islamic Studies and Civilisation, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) and The Contribution to The Study of Hadeeths in Malaysia
Keywords:
Syllabus, Study of Hadeeths, Madrasah Miftah Darul Ulum (Sri Petaling), Department of al-Quran and al-Sunnah, KUISAbstract
Pengajian hadis adalah satu bentuk pengajian ilmu Islam yang sedang berlangsung dengan rancak di Malaysia. Ia dilihat sebagai satu perkembangan yang positif seiring dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingan hadis dalam kehidupan mereka. Secara umumnya, pengajian hadis di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua bentuk; formal dan tidak formal. Institusi formal melibatkan Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). Manakala Institusi tidak formal boleh dikategorikan kepada masjid dan surau, madrasah, sekolah pondok, organisasi atau pertubuhan. Kajian kualitatif ini akan menumpukan kepada perbandingan pengajian hadis di antara Madrasah Miftah Darul Ulum (MMUSP) dan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, FPPI, KUIS dan juga memfokuskan kepada sumbangan MMUSP kepada pengajian hadis di Malaysia. Kajian mendapati bahawa wujud beberapa perbezaan di antara keduanya kerana beberapa faktor seperti kecenderungan bentuk pengajian serta syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Dapatan paling ketara adalah pendekatan MMUSP yang menumpukan kepada pengajian hadis secara dominan dan kemahiran ilmu lain seperti Bahasa Arab, Feqah, Akidah dan lain-lain yang dipelajari secara serentak dengan ilmu al-Hadith.
The study of hadeeth is a form Islamic knowledge studies which is currently flourishing in Malaysia. It is seen as a positive development in line with the awareness of the society on the importance of hadeeths in its life. Generally, the study of hadeeths in Malaysia can be categorised into the formal and informal forms. Formal institutions include secondary schools, and public and private institutions of higher education. While the informal institutions are the mosques, suraus, madrasah, pondok schools, organisations or societies. This qualitative study focuses on the comparison in the study of hadeeths between Madrasah Miftah Darul Ulum (MMUSP) and the Department of al-Quran and al-Sunnah, Faculty of Islamic Studies and Civilisation, KUIS and also on the contribution of MMUSP to the study of hadeeths in Malaysia. The findings show the existence of differences between the two due to factors such as their preference in the form of study, and established terms and conditions by authorities. Significant findings include on the approach of MMUSP which focuses on the dominant study of hadeeths and simultaneous study of other knowledge skills such as the Arabic language, fiqh and akidah.
References
Al-Khatib al-Baghdadi. 1417. al-Faqih wa al-Mutafaqqih. Arab Saudi: Dar Ibn al-Jawzi.
Al-Muqarrar li Manhaj al-Dirasi bagi Miftah Darul Ulum Sri Petaling.
Al-Qinnawji, 1987, al-Hittah fi Zikr al-Sihhah al-Sittah, Beirut : Dar al-Fikr.
Faisal Ahmad Shah, 2016, Pengajian Hadis di India dan Pengaruhnya di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, and Latifah Abdul Majid, and Mohd Arif Nazri. 2013. Penerokaan talaqqi bersanad (TB) dalam Pengajian Hadis di Malaysia, Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 35 (2).
Fauzi Deraman, Ishak Hj Suliaman & Faisal Ahmad Shah. 2010. Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi. Kuala Lumpur: Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Fauzi Deraman. 1998. Karya-Karya Hadith Dalam Tulisan Jawi. Jurnal Usuluddin 7(7): 163-174.
Hasyim Asy’ari, Keistimewaan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Al-Qur’an, Jurnal Manajemen Pendidikan Islam (Nidhomul Haq). Volume 1 (01) 21-28.
Husen Hasan Basri. 2012. Pengajaran Kitab-Kitab Fiqih Di Pesantren. 2012. Edukasi Volume 10, Nomor 1, Januari-April.
Ibn al-Salah. 1986. ‘Ulum al-Hadith. Tahkik: Nur al-Din ‘Itr. Dimasyq: Dar al-Fikr.
Maulana Hussein Abdul Kadir. 2015, Tahap Pengajian Hadith, Jabal Maraqy Sdn. Bhd. : Kota Bharu, Kelantan.
Mohd Nasran Mohammad, Anwar Fakhri Omar, Mohd Zamro Muda, Metodologi Fiqh, Bangi : JQS FPPI UKM,
Muhadir Haji Joll, 2017, Misbah al-Duja : Syarah Safinah an-Naja, Galeri Ilmu : Petaling Jaya, Selangor.
Muhammad Arif Yahya, Jawiah Dakir, Najah Nadiah Amran, 2107. Application of Hadith Memorization Methods in Teaching and Learning: The National University of Malaysia's Experiences, October 2017, Turkish Online Journal of Educational Technology
Muhammad Faidz Bin Mohd Fadzil, Dr. Fauzi Bin Deraman & Selamat B. Amir, 2014. Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di Malaysia, HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keempat, Bil : 7, Syaaban 1435H, (Jun 2014).
Ustaz Syamsul Niza, Ustaz Luqman Nul Hakim dan Ustaz Abdullah Marbuqi (2018, September 27). Silibus dan Bentuk Pengajian Hadis di Miftah Darul Ulum Sri Petaling [Temubual].






