Exploring the Malaysian Law on Halal Imported Products

Menerokai Undang-Undang Malaysia Berkenaan Pengimportan Produk Halal

Authors

  • Yuhanza Othman UITM
  • Mimi Sofiah Ahmad Mustafa UITM
  • Zuhairah Hasan UITM
  • Mohair Nizam Johari Kolej Professional MARA

Keywords:

Halal import, Halal law, Foreign halal logo, Halal certification and Consumers

Abstract

At the end of 2020, Malaysia was slapped with the issue of imported frozen meat from countries not certified halal by Foreign Halal Certification Bodies (FHCB) recognised by the Department of Islamic Development of Malaysia (JAKIM). Regrettably, that was not the first time of such an incidence as there were many cases before that involving misleading halal logos. Indeed, many laws were introduced by the government and JAKIM has taken numerous steps to curtail such an issue from recurring. However, there are still cases reported on the misused of halal logos. Therefore, the first objective of this study is to explore the Malaysian laws, guidelines, and procedures on halal certification for foreign halal logos. In addition to that, the awareness of foreign recognised halal logos is important as a self-protection mechanism to avoid purchasing products with misleading halal logos. Thus, the second objective of this study is to assess the awareness level among consumers toward foreign halal logos attached to imported products marketed in Malaysia. This study is social legal research using content analysis to achieve the first objective and the quantitative method adopted was the descriptive analysis using the Statistical Package for Social Science (SPSS) to achieve the second objective. This study found that the existing laws on the foreign halal logo are comprehensive, but they need to be supported with stringent implementation and enforcement. Also, there is a high level of awareness among respondents toward halal food products but there is less awareness concerning foreign halal logos. Thus, there should be an active awareness campaign regarding foreign halal logos to Malaysians so that self-protection could be enhanced to avoid misleading foreign halal logos.

Pada akhir tahun 2020, Malaysia dikejutkan dengan isu daging beku yang diimport dari negara-negara yang tidak diperakui halal oleh Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malangnya, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia kerana terdapat banyak kes sebelum ini yang melibatkan logo halal yang mengelirukan. Kerajaan telah banyak memperkenalkan undang-undang berkenaan halal dan perlbagai langkah telah diambil oleh pihak JAKIM untuk membendung masalah tersebut dari berulang. Walau bagaimanapun, masih terdapat kes yang dilaporkan mengenai penyalahgunaan logo halal. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah untuk menerokai undang-undang, garis panduan, dan prosedur yang sedia ada di Malaysia berkenaan pensijilan halal luar negara. Selain itu, kesedaran mengenai logo halal yang diakui oleh negara luar adalah penting sebagai mekanisme perlindungan diri untuk mengelakkan pembelian produk dengan logo halal yang mengelirukan. Oleh itu, objektif kedua kajian ini adalah untuk menilai tahap kesedaran pengguna terhadap logo halal luar negara yang terdapat pada produk import yang dipasarkan di Malaysia. Kajian ini adalah penyelidikan undang-undang sosial yang menggunakan analisis kandungan untuk mencapai objektif pertama dan kaedah kuantitatif yang menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk mencapai objektif kedua. Kajian ini mendapati bahawa undang-undang yang ada pada logo halal asing adalah komprehensif, tetapi memerlukan sokongan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang ketat. Juga, terdapat tahap kesedaran yang tinggi di kalangan responden terhadap produk makanan halal tetapi kurang kesedaran mengenai logo halal luar negara. Oleh itu, haruslah ada kempen kesedaran yang aktif mengenai logo halal luar negara kepada rakyat Malaysia agar perlindungan diri dapat ditingkatkan bagi mengelakkan kekeliruan terhadap logo halal luar negara.

Published

2021-11-27

How to Cite

Othman, Y., Ahmad Mustafa, M. S., Hasan, Z., & Johari, M. N. (2021). Exploring the Malaysian Law on Halal Imported Products: Menerokai Undang-Undang Malaysia Berkenaan Pengimportan Produk Halal. Jurnal Pengajian Islam, 14(2), 43–55. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/130