Etika Islam dalam Membina Peradaban Manusia yang Cemerlang
Islamic Ethics in Building an Excellent Human Civilization
Keywords:
Islamic ethics, human civilization, excellent civilizationAbstract
Etika Islam adalah sinonim dengan adab. Adab didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Qur’an dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia. Metodologi penulisan ini adalah berasaskan kepada kajian kepustakaan dan analisa maklumat yang diperolehi melalui kajian-kajian lepas. Kajian ini membahaskan tentang pengertian etika Islam menurut al-Quran dan as-Sunnah dan kepentingannya dalam pembinaan peradaban manusia. Seterusnya hasil kajian ini merumuskan kepada empat impak utama dalam pembinaan peradaban manusia iaitu dari sudut pemikiran yang positif, tingkah laku yang baik, kerohanian yang sempurna dan identiti yang kukuh. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan ilmu terhadap pembinaan etika Islam yang berkesan bagi membina peradaban manusia yang cemerlang.
Islamic ethics is synonymous with manners. Adab is defined as a trait that is embedded in a person's soul and actions arise from it easily without needing to consider the mind beforehand. The basis of Islamic ethics is sourced from divine sources (dalil naqli) which are al-Quran and al-Hadith. At the same time, Islam also recognizes human resources (dalil `aqli) which consists of reason, instinct and human experience. However, this intellect, instinct and experience must be used with the guidance of the revelation of the Qur'an and the Hadith itself. This combination of divine resources and humanitarian resources produces a solid Islamic ethic to underpin all activities of human life. The methodology of this writing is based on literature research and analysis of information obtained through past studies. This study debates the meaning of Islamic ethics according to the Qur'an and Sunnah and its importance in the construction of human civilization. Next, the results of this study summarize four main impacts in the construction of human civilization, namely from the point of view of positive thinking, good behavior, perfect spirituality and a strong identity.The findings of this study are expected to contribute knowledge to the construction of effective Islamic ethics to build an excellent human civilization.References
Amini Amir Abdullah (2011), Masa Depan Peradaban Manusia: Impak Kehidupan dan Sosial, Suara Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, 8 April.
Asar Abdul Karim & Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin (2008). Kepentingan Pendidikan Rohani dalam Pembangunan dan Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6. Anjuran Fakulti Pendidikan UKM dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak & Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Azwira Abdul Aziz. 2006. 15 asas pembinaan jati diri Muslim menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Baharin Mesir, Aminatuzuhariah M. Abdullah, Mohd Farhan Ngatman & Norsamsiah Muhamad @ Wahab (2008). Kajian Perlaksanaan Program-Program Kerohanian Untuk Mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan, Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008.
Floricica, C. M. (2018). Dialogo Journal. The Influence of Religios Sentiment and Positive Thinking on Life Quality. November 3 - 12, 2018 p 68 - 78.
Hardiono (2020) Sumber etika dalam Islam, Jurnal Al-Aqidah: Jurnal Ilmu Aqidah Filsafat, Volume 12, Edisi 2, Desember 2020 m 26-36.
Muhammad Zuhal A. Lathif (2018), Etika Dalam Al-Quran. https://blog.pergas.org.sg/etika-dalam-al-quran/
Nik Safiah Nik Abdullah, Selamah Maamor, Abdullah Abd Ghani, Norazlina Abd Wahab, Mohd Shahril Ahmad Razimi, Ahmad Bashir Aziz & Nor Hanim Elias (2015)Kepentingan Elemen Kerohanian Dalam Perlaksanaan Aktiviti Di Mrsm Ulul Albab: Kajian Kes Di Mrsm Gemencheh, Negeri Sembilan.Journal Of Global Business And Social Entrepreneurship (Gbse). Vol. 1: No. 2 (2015) Page 77–88.
Rosli, Tasnim; Muniandy, Yogenathan; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 115-130.
Ruslan H., Farid M. Z., Kaseh A. B. & Azmul F. K.(2020). Kefahaman Nilai Etika Dan Moral Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan Literatur.Malim: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 21: 126–141
Sekaran, U. and Bougie, R. (2009) Research Methods for Business: A Skill-Building Approach. 5th Edition, John Wiley and Sons Inc., Hoboken.
Syarifah Habibah (2015). Akhlak Dan Etika Dalam Islam. Jurnal Pesona Dasar. Vol. 1 No. 4, Oktober 2015, Hal 73 - 87
Syarifah Nooraida Wan Hasan & Syarifah Fatimah Wan Jamel (2011). Tinjauan Keperluan Aktiviti Kerohanian dalam Kalangan Guru Pelatih Muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 1-13.
Wiyono, D. F. (2017). Pemikiran Pendidikan Islam: Konseptualisasi Pendidikan Karakter Dalam Perspektif Intelektual Islam Klasik Nidhomul Haq : Jurnal Manajemen Pendidikan Islam. ISSN: 2503-1481 Hal: 164-179.
Yuan Andinny (2015)Pengaruh Konsep Diri Dan Berpikir Positif Terhadap Prestasi Belajar Matematika Siswa. Jurnal Formatif 3(2): 126-135.
Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin (2012).Islam Asas Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu-Muslim.Jurnal Hadhari Special Edition. 129-141.